Hooreee! Cuti Sekolah: Perbelanjaan Jimbaan Weekend Keluarga di TGV


Helloooo warga makbapak!
Bertemu kita sekali lagi dalam laporan siasatan "Perbelanjaan Jimbaan Weekend Keluarga di TGV"
Keluarga kami tak ramai, anak sorang je pun. So, baca dengan sedikit perhemahan la yek sesuai dengan saiz keluarga anda.

Al-kisahnya...budak kicik ni dah reti sebut "shopping mall" dan mengajak "jom kita tengok wayang?" Aku rasa sepupu sepapat dia pun tak reti lagi sebut "shopping mall". Kemain lagi si kenit nih. Kami yang makbapaknye pun dah lama gile tak tengok wayang, dan kami pun combine dua filem dijadikan marathon pada hari itu. The Hobbit pukul 2 PM dan Frozen pukul 5.40 PM.

Aku sesiap beli tiket ni sehari sebelum hari kejadian. Masuk website TGV beli online sajoh...senang! Total untuk 3 orang dan dua filem tersebut : RM86
*nak pitam? jangan, habiskan baca dulu hihiks

Dulu time aku single mingle beli tiket sendiri, aku rasa harga tiket tak la mahal macam sekarang. Time dating & lepas kahwin, biasanya Mr Z yang beli tiket...so boleh katakan agak lama aku tak beli tiket sendiri. So time beli tiket untuk weekend berjimba kami ni, aku agak terkejut..sebab even seat depan dengan twin seat tu dinamakan premier seat laa konon-konon dan berharga mahal sikit dari seat yang lain-lain. Maknanya twin seat paling mahal, premier seat yang just berdepan dengan twin seat tu second mahal dan seat lain-lain sesuai untuk rakyat marhaen macam hamba neh. 

Kalau beli online, ada booking fees RM1 setiap kali transaction. Bongok kan perlu ke RM1 tu padahal I am NOT booking, BELI terus apa...bukak MBB bagai deduct duit suma. Perlu ke haa? ha? *tunjal-tunjal skrin PC

 Weekend yang bercuaca syahdu mengundang kemalasan untuk bangun awal. Makanya, sampai TGV One Utama ni pukul 1 PM. Aku pilih TGV One Utama sebab ada tempat makan kat dalam...senang untuk para marathon filem! Hehehehe...

Memperkenalkan, Vie Cafe..~



Agak berpatutan harga set lunch dia. So kami amik set Kari Laksa Nyonya & Nasi Lemak Ayam Merah. Untuk budak kicick, ala carte Nasi Ayam. Set Lunch RM9.90 ni didatangkan dengan air minuman dan ais-krim. Ok lah kan? :)

 Menu ala carte. Siap ada kueh mueh nyonya...


Setting dalam kedai makan Vie Cafe, mostly hitam dan merah, skrin tv yang besar dan beberapa poster wayang...


Budak yang dah pandai ajak tengok wayang. Dah remaja sok taktau la pandai ajak ape lagi ntah..


 Aku suka set lunch dia, biasanya  kedai makan yang offer set lunch air minuman nya soft drink atau ice lemon tea kan..tapi sini, teh tarik ais! Terbaik!! 

Total bill kat sini: RM 31 ++ sebab aku order extra kopi o gak. ngeehee...
Seperti yang aku cakap, cafe ni dalam TGV je so tak gusar makan lama-lama...
Keluar-keluar cafe je sepelaung dari kaunter TGV yang menjual makanan dan pintu masuk tiket.


Showtimes dalam skrin LED


Awal lagi, belum boleh masuk! So lepak-lepak kat red sofa ni..




Acara seterusnya, tengok The Hobbit! Baru teringat ending citer Hobbit yang 1st kan ada dragon. Habisle menjerit budak kicik ni kang time kuar dragon akibat trauma 3D Shrek kat USS tak lama dahulu! Hahahaha last-last she missed the dragon part sebab tertido sampai habis wayang!

Tapi time start filem tu dia cargas, dia biasa lah...banyak tanya soklan.
Sabo je la.
"Papa, tu orang jahat ke".."Papa, dia nak buat apa" ...  biar Papa jawab.
Mama nak fokus hokeh~  *meliur kat Bard the Bowman.

*last-last aku dapat tahu Luke Evans tu GAY! eeeks. sesia aku merembes!

So, habis Hobbit pukul 5...so kami ada kira-kira 40 minit untuk makan-makan minum-minum kentut-kentut ahaks..! Teringin nak makan burger lak...so kami pergi ke Chill*X Cafe yang terletak DALAM kawasan panggung tu. Means, korang takyah turun bawah carik makanan. Dalam kawasan panggung tu ada cafe ok. Kerrlasss..


Chill*X Cafe


Setting dalamnya sempoi...


Order ... order...anak papa nak apa? Apsal muka budak kicik macam emo time ni? Hahaha


Port dating-dating...

Menu dia mostly burgers, lite bites, shakes, segala macam air..


Lepak tunggu burger! Time ni dia ada Krismas promo set. RM19.90 for burger, wedges & shake. Burger dan shake boleh pilih apa-apa dari menu. 


Didatangkan dalam bekas takeaway sesiap! Senang nak bawak masuk panggung. Haaa sekarang TGV kasik bawak masuk burger ni dalam panggung. Takyah smuggle food lagik! Tapi kalau dah namanya penyeludup tegar, tetap gak nak seludup roti ke...kerepek ke..aku bawak gak kerepek muruku..tapi tak makan..kenyang dah! Ada orang smuggle food jenis food yang orang kenal bau food tu macam KFC, McDonald...konfem lah kantoi! Sekarang takyah sesusah, korang beli je burger kat Chill*x ni..




Pearl Harbour Burger


Casablanca Burger

Tapi shakes kat sini manis ya amat! Tak sanggup nak habiskan...
Total bill kat sini:  RM 40 ++




Ngam-ngam pukul 5.40 PM kami masuk tengok Frozen. Time ni cargas laa budak kicik sebab dia tidor baik punye time Hobbit. Seronok dia. Aku lak macam..alamakkk dia banyak nyanyi-nyanyi ke..mampoih bosan ni. Tapi takde la bosan mana..ok la. Part Olaf suruh minah Anna tu blah while dia distract attention Kristoff sebab dia bajet mamat tu gile cakap-cakap dengan batu....hahahah part tu lawak..berdekah-dekah tanpa malu aku gelak sakan!

Jadi total seeeemuaaaa untuk Jimbaan Weekend Keluarga di TGV ni ialah RM 157 plus minus lah..
Malam dah tak makan...sebab kenyang dari burger tadik! Tapi tetap lah beli roti as back up.

Aku taktau dengan uols, tapi kami ada weekend allowance yang kami allocated for a month. Jumlah weekend allowance dalam RM500 untuk sebulan..so bahagi empat, jumlah boleh belanja dalam RM 125 per weekend. Acara ni kira dah EXCEED bajet hahhaha so, esoknya...duduk rumah dendiam sajoh! Begitu kekdah nya! Harap mendatangkan pedoman kepada warga makbapak sekalian...lebih-lebih lagi time cuti sekolah ni, bisa bikin pusing kepala deh! Anak nak main playground la (playground berbayar lak tu!)...nak toys la..nak nak nakkkk jee tahu. Kita la kena pandai bajet dan tepis-tepis seskit rengekan mereka.


 Nih..ex-boipren aku kembali beraksi di layar perak. Sila pergi nonton ke panggung berdekatan. Sekian. *ex-girl solehah

Aku sangat suka dengan TGV One Utama sejak ianya menjalani renovation besar-besaran ni. Vibe yang classy, cafe yang dekat terletak dalam kawasan TGV dan selesa lah. Mungkin jadi cinema fave aku..kot. After Paradigm lah. Hehe. Paradigm takleh lawan la...sebab dekat dengan rumah...nak midnite anytime jek! Heee..~