Jom Bali - Galeri, Tegallalang, Batur & Tirta Empul


Lepas menonton tarian Barong, kami langsung aja ke Galeri. Sebenarnya tak masuk dalam iti pun nak bergedik kat galeri lukisan ni...tapi Mr Z ada cakap kat aku, dia nak tengok Balinese painting yang hanya terdapat kat Bali sahaja jenis lukisan tu. Lukisan tu jenis padat, full of Balinese people doing their daily activities. Dia tengok kat majalah AA, 3sixty tu sometime ago. Aku memula tak berapa ingat yang mana...tapi Pak Ujang macam paham kehendak Mr Z, lalu dibawanya kami ke Galeri. 

Macam ni la rupa dia. Sumber dari google



Aktiviti orang Bali sepanjang perjalanan ke Galeri. 




Sampai sudah! Jom kita tengok apakebenda yang papa awak gedik sangat nak tengok painting orang Bali ni, Aaira. Jom jom~



Kat sini tak boleh tangkap gambar lukisan secara khusus-khusus. Kena snap secara general. So, terpaksalah posing bersama lukisan. Hehee!




Tuudiaah! Mr Z dah jumpa barang dia. Lukisan macam ni ada dua jenis...jenis dibuat dari master dia memang mahal. Nak yang jenis murah, beli daripada understudy dia. Satu ni, harga dia 1.6 million. Aku ingat dia nak TENGOOOK je. Rupenya dia nak sambar untuk gantung kat rumah baru nanti. Aku dah pandaaaaang jeee dia dengan muka hairan. It's like I don't know him at all. Memule ukelele, now this?! A balinese painting? *tepuk dahi. Ubud telah membangkitkan semangat artistik beliau gamaknya...

Aku lak hampir autisme mengira kebocoran bajet!

So, okay la. Fine. I think the painting was somewhat alright but NOT THE PRICE. Kami terus nak half price. Dia bagi IDR 800,000 tau. Seronok bargain kat Bali ni! Pastu, Mr Z rasa macam janggal lukisan tu sorang-sorang jeee...dia nak amik in pairs lak! Aku pun rasa lukisan ni patut digandingkan juga so kami pilih lagi satu not the same ones tapi yang lain. Bargain hard...dapat lah harga 1.6 mil untuk dua lukisan tu. Maksudnya, harga asal dia 1.6 mil untuk SATU lukisan tapi kami dapat DUA lukisan dengan harga tu! Bwahahahaha!~



Anyways aku jeling-jeling Mr Z sambil berkata pembelian lukisan ni tak boleh guna duit bajet Bali kita ok. Guna duit you!
*arahan dari unit perancang ekonomi




Lama benar tunggu Mr Z kat galeri ni, sampai sempat tinggalkan souvenir kat tandas dorang! heheheh.
Aaira pun sempat pose-pose terpaksa kat sini...



Di setiap rumah dan kedai orang Bali, sure ada temple mereka sendiri. Tapi dilarang masuk lah. Pose jee bleh..  :)




Di sekitar Galeri


Dah melampiaskan rupiah kat Galeri, kami menuju ke Tegallalang. 
Nak tengok ape adik-adik? 
Nak tengok sawah padi bertingkek-tingkek lah!
Perlu ke berasa jakun dengan keadaan itu???

PERLU! 
Sebab bertingkek tu hanya pada kek pengantin, bukan pada sawah padi. 

Hehehe *matilah reason bangang.



Sepanjang perjalanan ke Tegallalang, aku ralik tengok kekedai nih..
Kedai jual patung batu komodo bapak besar!! Ni nak buat orang tak berani pergi beraya umah kau, boleh la taruk seekor dua komodo tu kat laman ghomah.

Kedai jual hammock sesaje pun ada! Macam best je taruk hammock kat umah?
Ape kate Mr Z? Dia nak mendecorate sangat rumah ala MODS..
Aku lak nak recreate beach feeling kat rumah..
Memang clash ah.

Sesampai kat Tegallalang, cuaca dia mampu mengundang sawan panas. Bayang-bayang tegak dan sama panjang tingginya. Ni menandakan masuk waktu Zohor. Tetiberrr..



Tu la dia sawah padi bertingkek tu dik oi..
Ape?
Tak bertingkek macam mangkuk tingkat?
Ntah la..ko pegi tanya si pesawah padi sanaaa..
It was too hot for me to appreciate the view or to interview si pesawah. hehe.

*cepat-cepat masuk kereta

Kita masuk bab makan pulak! Yeaahhh~ aku bab JJCM ni suka sangat la. Pak Ujang bawak kami ke Batur Sari restoren yang komfemnya halal.


Makanan sini jenis buffet dan ala carte pun ada. Tapi lagi berbaloi amik buffet. Untuk dua orang buffet hanya 218K sahaja, budak kicik FOC. Elok-elok jadi manusia terus jadi piranha di hidangan buffet! View makan kat sini memang superb lah, menghadapkan Mount Batur tu. Food was alright. Anak aku jee tensen nak telan makanan orang Indonesia ni...tekak tak universal macam aku.


Bergambar kenangan berlatarbelakangkan Mount Batur. 




Kami naik rooftop dia dan mencapap gambar lagi. Anak berlari riang ria. Maklumlah asik confined dalam kereta je sepanjang hari. Udara kat sini sejuk-sejuk nyaman jee :)

Tempat seterusnya ialah antara yang ditunggu-tunggu. Di idam-idam. Di dambai sangat. Oleh pencinta kopi seperti aku.

 
Selamat datang ke Coffee agro farm!

Tempat ni takla tunjuk coffee sesajoh, tapi ada jugak tumbuhan & pokok lelain macam daun pandan, serai, pokok durian etc. Kalau mat saleh, ternganga la dorang. Bagi kami yang pan asian asian ni, ade aku kesah?

Hari hari guna serai buat sambal tau!
*menumbuk serai dengan riang

Mati lah sambal tak laku....



Walaupun aku pan asian  asian, terpegun gak tengok pokok bunga kantan sebab tak pernah nampak.
Ala..kantan pun taktau ke?
Kau tau popiah?
Popiah tu digulung guna bunga kantan ni la..
*Chef Wan rebah meniarap disisi pokok kantan



Ni la LUWAK. Dah kenyang makan buah kopi kot. Satgi membuang lah ia..
Pastu dalam droppings ni ada biji kopi..
Orang kutip, basuh bersih-bersih dan panggang biji kopi tu..
Lepas ditumbuk-tumbuk, jadilah serbuk kopi.
Tuang air panas, kopi luwak kaw-kaw tersedia untuk dinikmati bersama popiah kantan tadi..

Sila jangan menjengkelkan aku dengan ayat "kopi dari taik pun nak minum kerr?"
Nanti kena simbah dengan kopi panas bang!

Dah. Jangan citer banyak. Mana kopi aku?



Biji biji kopi yang dah dibersihkan



                                                             
Proses memanggang biji kopi


                                               
Ouh. Kena tumbuk sendiri rupanya.



Selain kopi luwak, dia ada produk lain gak macam minuman koko, beras merah, teh halia, teh lemon, teh roselle, teh serai, kopi vanilla, dan macam-macam kopi lagi...bahan-bahannya semua organik katenyeh!

Semua ni dia bagi test minum free je. Kalau berkenan nak beli, ada terdapat kat kedai dia.


Yeaaa..meet the luwak coffee. Hitam pekat menawan dengan dua sudu gula perang. 




MMMmMmmMMmMMMMmmmmmmmmm~~~!!!

Sesuai dengan tekak kopi aku. Kopi ni pekat dan strong. Bisa bikin badan panas. Harganya...tak ingat. Tapi secawan kopi luwak ni dan sebungkus teh halia kami beli totalnya ialah 140K. Teh halia dia kaw-kaw gak rasa dia.


Acara penghabisan di hari kedua ialah menjengah Pura Tirta Empul. Ni la satu-satunya temple yang kami pergi sepanjang kat Bali ni. Aku pilih yang ni sebab nak tengok orang mandi-manda. hehe! mungok sungguh perangai.




Pura ni ialah pura Hindu dan terkenal dengan kolam air suci ni untuk penyucian diri.
Jangan lah ada orang kita yang mungok pergi mandi hadas kat sini ye!

HAHAHA!




Tengah mensucikan diri



Boleh bawak air balik rumah? Kot segan nak mandi kat sini..



Kebetulan ada locals yang datang untuk bersembahyang



Mari zoom. Senang cara dorang bersembahnyang kan? Pak Ujang kata wanita-wanita kena pakai kebaya kalau nak pegi sembahyang. Feeling ratu kebaya pergi temple gituuu! Dorang sembahyang sekali sehari either pagi atau petang. Sembahyang dorang disertai dengan offerings which can be costly.



Pura Tirta Empul ni dibina tahun 962 A.D semasa dinasti Warmadewa dimana kawasan itu ialah kawasan mata air yang luas.

The Jeroan (inner yard) is regarded as the holiest part, where the prayers take place. The Outer Yard is known as Jaba Sisi and the middle yard is called Jaba Tengah. Devotees usually make an offering at the temple and then get in to the long rectangular pool carved of stone to bath in the holy water and pray. - sumber google


Not sure ni bahagian Jaba yang mana...
 

Aku tengok ramai yang dok kerumun kat sini. Takde spesel pun. Cuma kain-kain tutup batu je. Rupenye tempat ni tempat mata air holy lah...



Ini taktau apekebenda


Offering



Bahagian derma

 

I guess ni Jeroan kot! Bahagian yang paling holiest sebab kakak tadi tu datang kesini dan sembahyang lagi.




Orang local je boleh masuk...



Lastly, layan ikan kekek mak iloi-iloi..!~
Banyak gile ikan kat kolam ni! Kalau terjatuh, mau diserbunya kita macam sekeping roti. Oh noo..


Balik hotel, rehat-rehat. Santap roti je sebab masih kenyang dengan buffet siang tadi. Anak seronok memekak dengan ukelele dan thunder. Melompat katil dengan girang. Seronok beno kome ye!


Kiteorang dok belek pembelian kat Ubud Market semalam. Taklaaa banyak sangat..hehe

Untuk rujukan:

Cermin = 80K
Ukelele = 200K
Bowl (dua) = 100K
Beg (dua) = 100K
Coaster (enam) = 100K
Dining mat (dua) = 150K
Sabun (lima) = 50K
Aromatheraphy set = 30K
Karimba = 50K
Thunder = 30K
Child's art (tiga) = 100K
Art at Galeri (dua) = 1.6 mil

Fridge magnet tak beli kat Ubud Market, konon-konon saving skit nak all out kat Krishna. Rupanya Krishna tu sangat hampeh. Tak banyak variety benda-benda dia. So, if korang nampak barang yang korang suka kat Ubud Market or Sukawati, beli jeee sebab Krishna mungkin takde!


Ukelele + Karimba + Thunder.
Cukup syarat nak masuk Rainforest World Music Festival tahun depan kan?
Ape motippp bebeli barangan musik ni ntah~



Okay, siapa nak ikut kakak pergi berbeskal besok, angkat kamera!


Jom Bali linkie:


JOM BALI: UBUD MARKET, TANAH LOT & JIMBARAN

JOM BALI - BARONG DANCE DI BATU BULAN

JOM BALI - GALERI, TEGALLALANG, BATUR & TIRTA EMPUL

JOM BALI - BERBASIKAL KE PERKAMPUNGAN BALI

JOM BALI - SUKAWATI, KRISHNA DAN AYAM BAKAR WONG SOLO