Jom Bali - Berbasikal Ke Perkampungan Bali


Rahhh!! Excitednya nak berbasikal! Agak-agak ada la dalam 8 tahun tak main basikal...tapi skill tetap tak luput dari ingatan eh. Bagi je basikal ape pun, pasti boleh dikayuh donk! :D

Cycling tour ni aku ambil dari Bali Eco Cycling di mana pakejnya untuk dua orang dewasa dan seorang budak hanya IDR 870K sahaja. Budak kicik macam Aaira disediakan baby seat yang approved by Australian standard. Jalan yang dilaluinya jenis senang je dan banyak turun bukit. Paling penting kita dapat belajar tentang Balinese culture dan dapat merasa masakan tengahari yang istimewa. 



Apa-apa pun, first sekali kita showru dulu. First part dari tour ni macam ulangan dari semalam sebab kita repeat Batur lagi & coffee agro farm. Nasib baiklah aku penchenta kopi ^ ^



Ni la orang-orang yang satu kumpulan dengan kami. Satu keluarga Cina dari HK, satu keluarga India dari Singapore dan sorang mat saleh dari Holland. Mat saleh ni kami dah beramah mesra dahulu sebab dia tinggal dekat-dekat dengan hotel kiteorang, so kami sama-sama tunggu van. Namanya Yanz (ejaan diragui salah hehe) dan baru grad jee mamat ni. Muka sweet macam Sam Winchester of Supernatural! *peminat Supernatural say AAAIII!!

Aaira pun ada kawan gak sebab family dari HK dan Singapore tu bawak anak memasing...
Tour guide kami namanya Agus, orangnya sentiasa senyum dan peramah..in fact terlampau ramah sampai bertepuk tampar lak dengan aku. Nasiblah aku jenis tak kisah...

Berikut ni view sekitar restoren:



Pemusik gamelan yang menyambut ketibaan kami...




                                       
                                    Haha dapat snap sikit je, segan nak snap buffetnya.. :P










View restoren ni lagi mantops dari restoren semalam sebab lagi dekat dengan Batur dan tasiknya...
Tapi pagi tu agak panas...tak nyaman sangat ah..

Lepas tu gerak ke coffee agro farm, nasib baik laaa bukan tempat yang sama semalam! Oke gak...layan jeee. Yang aku tahu, this is my second coffee within one hour. Galak mata jadinya ~



Takde buah! Patut laa kat hotel satu hari tu dia hidang air jus hijau time buffet breakfast. Rasa jus tu sangat teruk...antara rasa kiwi dan sayur. Rasanya jus tu dari buah ni kot!



Cer teka pokok apa batangnya berduri? :P


 
Tunjuk rempah ratus antaranya ialah kunyit *rolled eyes
Laaaaaaayan kan je.
Yang dengar very attentive tentulah si mat saleh tu. Heehehee



Okay, nextttt!




Gahahaha..! Meh minum air sampai kembung perot...
Kat sini tak berapa kaw lah berbanding tempat semalam...

Kali ni tak order kopi luwak sebab semalam dah try kan..
Aku order kopi bali pulak..



Pehhh! Sekali pandang macam Bong daaa...~
Ape?
Bong pun tak tahu?

erm...
Tak payahlah tahu..
Nanti jadi BONGok. Oke.


Eh, lihat! Secangkir kopi!
*tuka tajuk gear 3



Ketara perbezaan gambar antara kopi luwak dan kopi bali ni. Nampak sangat kopi bali ni tak sehitam dan sepekat kopi luwak.

Taaapiii!!
Bersudu-sudu gula aku taruk tau! Sebab pahit dia bleh tahan..~


Yanz was like "how was it eh?" Mamat ni sangat menjaga segala, kopi pon tak minum oke! Aku yakin  dia jenis budak baik ni. Bong pun ntah-ntah tak layan padahal berlambak kat Amsterdam sanahh~

Cerita pasal mamat ni, alkisahnya dia datang Bali sorang diri je. GF dia kat Holland sana, tak dapat nak bawak GF datang Bali sebab GF dia sakit. GF dia seorang yang aktif dan jenis menjaga segala la jugak, then one day tiba-tiba dia menghidap penyakit yang sangat rare sampai hilang pendengaran sebelah telinga dan penglihatan sebelah mata. With all the meds segala, agak susah dia nak travel bersama-sama apetah Bali yang panas berdenting ni. Impressive that he is still with her kan! Dia kata kat GF dia I will get you presents & I will bring you to Bali one day.  *love story sangattt


Si tukang korek cerita ialah Mr Z la. Aku tukang sampuk je. Hehehe..




Buah bernafsu. Eh. Buah berkeinginan besar. Eh! Buah Ghairah? Erk! Macam salah jee. Taktau la nama buah ni dalam bahasa melayu!
Dalam bahsa Inggerisnya passion fruit. Rasa macam lendir-lendiran telur huhuhuhu...

Then, kami bergerak ke site basikal..
Sila pilih basikal yang breknya 'makan' dengan lahap. Dan seat ketinggian yang sesuai.





Dia dah seronok kat belakang tu. Ready to roll! 



Aku gak terkial-kial lagi neh! Agus came to the rescue..



Semua ready untuk berlepas! Aku macam takut gak memula sebab beskal tu takleh naik bukit. Rupanya kena main gear lahhh. Gear-gear ni la yang leceh ni. Dah la memang tak pandai pun main gear hatta gear kereta pun! *ya saya kaki bangku kereta

Time berlepas jee, maid kepada keluarga India tu berlanggar dengan ntah sapa ntah lalu terjatuh! Dah macam tour de langkawi dah plak...dia injured lalu ketinggalan kat belakang.

Aku pun ketinggalan gak nih. Sibuk stop and snap stop and snap.
Layankan gambar dibawah..
Pemandangan kampung orang Bali

Temple. Setiap rumah ada temple masing-masing


Kedai runcit jual jajan

Sekolah. Sempat aku tanya tak sekolah ke dik. Ngakk! Dia tanya aku dari mana. Malaysia. Oke. Daaa!~

    Jalan kampung yang tak sibuk langsung



 Entrance rumah orang Bali memang macam ni. Pintu gerbang tu mesti bercirikan balinese...







Sekali-sekala berhenti supaya orang yang ketinggalan *aku ler tu* dapat catch up with the group.
Group kami diiringi oleh Agus di depan dan belakang pun ada orang jaga :)
Coaster pun mengiringi kami gak kot ada yang dah give up naik beskal, bleh je naik coaster..



Aaira memula pesan kat papa dia, papa bawak slow-slow ok. Lepas tu dia naik syok, dia suruh papa dia bawak laju-laju tinggalkan mamanya. Amboi sangat!




Tiba di rumah orang Bali. Jom tengok kat dalam!


Compound rumah orang Bali ni besar. Dalam kawasan rumah dia je, ada beberapa bilik yang dibina berfungsi sebagai bilik tidur, dapur dan lain-lain. Masuk jee compound rumah ni, jemuran kain di belah kanan. Dapur dibahagian depan manakala bilik-bilik tidur ada tiga dibina keliling. Work area di tengah-tengah laman manakala temple ada di belakang belah kiri. Jalan lagi terus ke dalam ada toilet, dibina sebelah kandang babi. Juga ada telaga dan tangki air berhampiran. Disitu gak dorang jemur-jemur daun mengkuang.


Kita tengok dapur dulu jom.



Usang sangat dapur kau Kak Ton. Ada memasak ke tak ni? 
*kena baling periok

Agus kata biasanya famili Bali masak cuma sehari sekali dan makanan yang sama dimakan pagi petang siang malam. Dapur masih guna kayu api walaupun gas ada dijual di kedai. Sebab gas pakai duit, pakai kayu api free...jimat duit kekdah begitu...




Dapur usang kan?
Ni dia...~ binaan yang paling cantik antara semua kat dalam kawasan rumah ni, and it belongs to the eldest family member.
Ya, atok dan nenek duduk kat bilik tercantek.
Yang lain-lain duduk kat bilik buruk-buruk je.
Terserlah betapa hormat dan sayangnya dorang kat orang tua.
Ibaratnya macam kita bagi atok & nenek kita duduk kat banglo, kita tinggal kat PPR sajoh. Mampu idak kita buat camtu?  *terkebil kebil




Ni bilik-bilik tidur untuk ahli keluarga yang lain.





Ni work area or common area la terletak kat tengah laman. Sini la segala acara gossipan, mesyuarat keluarga ataupun aktiviti menganyam dijalankan. Jangan tak tahu, pangkin tu fungsinya kalau ada ahli keluarga yang meninggal, dorang letak mayat kat pangkin tu.

Pastu dia biarkan mayat tu berhari-hari.
Membusuk.
Jus badan keluar bagai.
Then dia panggil orang kampung buat jamuan makan kat situ.
I just can't imagine the stinkinesss!

Tu zaman dulu.
Zaman sekarang dia awet kan kejap guna formalin.
Tapi still ada bau laa..
Hish!




Ni la kawasan temple dia..berpagar tau. Agak luas gak temple tuan rumah ni. Tu la aku mushkil pondok kekecik tu ada apa di dalam? Pondok besar ni pun takde patung..ntah apa yang dorang sembah ntah...
Dan kita takleh masuk temple keluarga macam ni secara sembarangan. In fact orang luar macam kita hanya boleh pergi melawat temple yang besar je, temple kekecik kat kampung tu takleh masuk.

Ahli keluarga yang gigih potong-potong buluh


The tour guide, Agus. 


Toilet yang horror, bersebelahan dengan kandang babi dan telaga


Jemur-jemuran

Kanak-kanak Bali

Peace! 


Layankan lagi perkampungan mereka yang aman damai ni:

Sekolah

Kandang lembu yang bersih, kemas, tak busuk *surprisingly

Signboard kat kampung pun ada ciri balinese










Wanita-wanita baru balik dari temple, duduk lepak kangkung.




Next kita stop kat sawah padi. Trekking sket masuk sawah.
Haaa! Ni first time experience lah untuk anak.
Aku? Penah masuk sawah....
Untung kampung ayah aku menghadap sawah padi..
Siap pakej ada ular sawa, belalang padi bagai..
Sekarang..lain sangat kampungku..
Arus kemodenan melanda..~ sawah padi pun hampir dah takde T T




Takleh nak fokus bergambar sangat sebab ketidakstabilan diri meredah batas-batas sawah padi. Aaira lak sebelah kakinya dah terjerumus ke lumpur. Kenangan terindah! Hahah!




Anak keluarga dari HK tu pun terjerumus gak...habislah mak dia bising-bising..maid tolong cucikan bagai..budak tu pun nanges bagai..drama sangat

Aku? Aku biar jee kasut berlumpur dak Aaira ni macam tu..kat restoren baru la aku cuci..ngeheheh

Time nak balik dari sawah padi ni ternampak bekas kulit ular kat parit tau..guide kami cakap, ni nampak gaya macam ular cobra. Panjang omaigawd aku. Cecepat grab beskal dan blah..~


 Kat kampung ni ada perayaan, hence the street deco


 The banyan tree yang berusia 500 tahun. 




Berhenti kat sini untuk admire pokok yang besar gila ni. Sempat aku tanye Agus, pokok ni angker ngaak? Dia kata ngaakk siang hari, malam..siapa tahu ya.. :P 
Pada aku, kompem laa tempat ni tempat bersosial segala jenis entiti! 




Kat sini berhenti lama sikit untuk minum-minum, makan biskut, pisang...tour yang sediakan. Agus kata kita dah halfway tapi harus kayuh cepat sikit sebab kami agak kelewatan untuk lunch. Lagipula cuaca mendung lak macam nak hujan. 

Kami pun mengayuh pantas persis tour de langkawi lagaknya.
Aku pun dah berhenti tabiat stop & snap.
Lekasss kayuhh~




Tempat penghabisan!



Pulang balik beskal, naik coaster dan terus ke restoren..
Aircond blast kuat gila..
Masing-masing penat, panas & berpeluh pelangi.. *teringat kat LRT advert rexona ke hapentah pasal peluh pelangi hahaha!


Penat jugak cycling ni .. penat je takpe ni montot pun sakit gak ni..sebab seat keras.. T T
Ada time kena naik bukit tu memang aku cannot go ah..kena turun dan pimpin beskal tu.
Overall, trip cycling ni memang fun..in fact it made this trip memorable :)


Terjah buffet lah apelagi! Specialty kat sini ialah smoked chicken and smoked duck



Satay Bali. Sedap gak, tapi takleh lawan Satay Malaysia lah beb! Aaira makan banyak satay ni sebab dia kurang makan nasi kat Bali. Ntah apa yang dia tak suka ntah.. 



Group pose! Minah HK tu kat table baru lah dia banyak cakap dengan aku kheenn!...Husband dia movie director uols. Anak lelaki yang drama kasut berlumpur tu english berhabuk gila. Masuk international skool katernyer. Yanz la melayan budak tu. Keluarga India dari Singapore tu macam pendiam .. tak banyak bicaranya..

It was an awesome experience for us! Untuk usha cycling tour kat Bali ni, memang recommend sangat Bali Eco Cycling ni. Sebenarnya aku usha dua kampeni..antara Bali Eco Cyling dengan Bali Bike. Tapi ternyata pakej dari Bali Eco lagi murah..so yeah, I went for cheaper deal! :)

Besok nak balik dah!
Ke mana kami besok?
S*k*w*t*,  K**s*a dan santap terakhir yang best giler...kalah semuaaaa food yang aku makan selama aku kat Bali ni! *muka seriusshit


Jom Bali linkie:


JOM BALI: UBUD MARKET, TANAH LOT & JIMBARAN

JOM BALI - BARONG DANCE DI BATU BULAN

JOM BALI - GALERI, TEGALLALANG, BATUR & TIRTA EMPUL

JOM BALI - BERBASIKAL KE PERKAMPUNGAN BALI

JOM BALI - SUKAWATI, KRISHNA DAN AYAM BAKAR WONG SOLO