Jom Bali - Bajet, Jadual & Kamandhani Cottage




 " Tak heran la Bali ni, orang kata Bali is overrated..." = kesombongan si Nanatron pandang Bali sebelah mata. 

Tapi, kalau AA free seat promo tu tiketnya murah, rembat jugak kheennss...
Hahah!
Aku bukan apa, aku nak tengok apa yang best sangat kat Bali tu and why people say it's overrated. 
Tiket pulak memang tengah cun, RM634 je for 3 pax termasuk luggage & seats. 
Why not?
Jom Bali!

*jumbalika jumbalika jumbali jumbalee!~~

Travel

Sembang-Sembang Preparation

Di mana: Bali

Bila: 12 Oct 2013 - 16 Oct 2013 (4 Hari 3 Malam)

Cuaca: Cun like I expected *tekun tengok accuweather

Temanya Kak Ton?  : Mengenali Balinese Culture (dan membangkitkan semangat artistik in youuuu...hehe)


Booked on 14 January tuuu tapi travelnya pada 12 Oct - 16 Oct. Time AA buat promo free seats ni biasanya aku tak tunggu time 12 malam hari pertama sebab aku tau mesti website tengah jem. So keep calm & sleep sajoh! Pukul 4-5 pagi baru aku bangun, belek2 website AA tuh. 
*pecah rahsie 
*jangan ditiru aksi ni!

Ada beberapa pilihan kat atas kertas ( dah tulis siap-siap dengan date yang sesuai ) and Bali was not in the list pun tapi Bali yang paling murah antara choices atas kertas dan kena dengan jumlah duit yang ada kat account pada ketika itu. Hehehe. Aku tahu kalau tak rembat malam tu, esoknya gerenti habis tiket murah dan dia tayang tiket harga up skit dari tiket murah tadi. Tahu sangat dah taktik AA ni. Biasanya tiket murah hanya ada pada hari pertama je. YOU SNOOZE YOU LOOSE bebeh!

Since then, aku  kumpul info sikit-sikit dari FB group, dari blogs, dari wikitravel, tripadvisor, fodor etc dan mana-mana link yang berguna dan aku berkenan aku tepek kat email draft aku. Kat ofis kalau takde keje (atau malas nak buat keje, so kita mengular cari info travel ye kawan-kawan), aku standby dah bukak yahoo mail untuk tepek link-link atau copypaste info yang best kat draft. Then aku namakan draft tu and saved as draft. Aku suka cara ni sebab ianya mobile. Aku boleh bukak kat laptop umah atau kat PC ofis. HEHEE. Gitooo lah kekdah Nanatron mencarik ilham travelling.

Benda paling first aku suka usha setiapkali nak travel ialah hotel. Sebab benda ni makan sebahagian besar dari perbelanjaan. Aku suka sangat guna booking.com sebab tak perlu duit muka dan kalau nak kansel pun free je. Tapi akhir-akhir ni,  booking.com guna kekdah lain dah.. ada certain hotel yang zero deposit dan free cancellation dan ada juga hotel yang buat style, kau bayar sekarang dapat harga murah kalau kau booked zero depo dapat harga mahal. Aku tentu la carik hotel zero depo free cancellation and at same time cheap!  So untuk Bali ni mula-mula pegi booked Diwangkara Holiday Villa yang pool villa tu. Pergh. Last-last aku kansel je sebab aku fikir duit sebanyak tu boleh guna banyak benda kat Bali nanti. Aku pun ada booked hotel lain-lain tapi at the end aku kansel je bila hati macam tak berkenan. Hahaha tu lah yang best nya pasal booking.com ni!

Dari pembacaan blogs, aku dapat contact supir muslim di mana pelanggan puas hati dengan servis dorang. Advantage amik supir muslim ni sebab dia tahu mana kedai makan yang halal dan solat pun senang. Aku mula email dan tanya-tanya harga dan bagi iti aku kat dorang suruh quote harga. Dia susun balik jadual supaya dapat memaksimumkan masa:

12 october 2013  = idr 250.000
*pick up in airpoort
*chek in hotel kuta area

13 october 2013 = idr 300.000
*lunch
*sunset Tanah Lot
*Dinner in jimbaran..

14 ocober 2013  = idr 400.000 full day
*barong dance
*tegallalang(rice terrace)
*kintamani(volcano)lunch
*Bali coffe agro..
*tirtha empul temple
*padang-padang beach
*uluwatu

15 oktober 2013
*free and easy

16 oktober 2013 = idr 300.00
*chek out jam 11.30 siang
*krisna
*kuta area,,sampe airport at 3 petang

Cost transport include:car,petrol,parkingfee,driver,mineralwater..
Not include:lunch,dinner & entrance fee..

FYI, aku engaged supir dari www.balifuntourisme.com
Total transportation = 1.25 mil tapi dapat kaotim bayar 1.2 mil je :)

Aku turut usha aktiviti cycling tour kat Bali sebab came across website  BALI ECO CYLING nampak macam menarik jee! Kayuh basikal tengok-tengok kampung orang Bali dan dapat lihat life dorang macam mana...ni memang menarik dan tertarik! Lagi teruja sebab anak pun boleh join sebab dia ada child seat. Heehee by hook or by crook aku nak juga berbasikal keliling kampung!
More specifically aku amik tour ni : http://www.baliecocycling.com/cycling-tour/
Setelah confirm tour ni ada insurance, meal ialah halal dan child seatnya ialah Australian standard, aku dengan riangnya setuju dengan harga IDR 870 000 dan diatur pada hari 15 Oct yakni RAYA HAJI.

*matilah macam mana nak bitau orang tua kami takde kat mesia time Raya Haji??

Pastu blur sotong pula nak duduk area mana sebab banyak area kat Bali ni. Aku tanya diri, nak pergi Bali nak tengok apa? Aku sememangnya nak tengok culture dorang sebab that's what makes them unique. Ubud memang really hit the spot, and more than what we expected. 

Kat FB group lak kecoh pasal hal-hal misteri lagi angker kat Bali. Adoyaaaai, selain kriteria harga affordable dan location perlu juga nak tahu hotel tu berhantu ke? 
Huhuuhu. Leceh leceh....
Tapi since aku dah tertengok satu ganba yang boleh tahan ngeri lah gak, aku takmo lah tersalah pilih kan! Aku pun cari la hotel yang kurang sikit la patung-patung tu. Atas recommendation dari FB group tu aku pilih Kamandhani Cottage kat Ubud. 

Sebaik saja dapat booked Kamandhani Cottage ni kat booking.com, terus dapat welcome email dari hotel tersebut. Bukan dari booking.com TAPI dari HOTEL TU SENDIRI yek. Never I received personalized email from hotel itself! Dia bagitau waktu check in dan check out dan cerita sedikit sebanyak pasal hotel dan complimentary things yang kami dapat. Aku jadi makin kompiden dengan hotel yang aku pilih ni :)

Sebelum bertolak, kami biasanya decide sapa pegang duit apa. Aku pegang duit yang penting-penting macam hotel, supir, cycling tour dan airport tax manakala husband aku pegang duit makan, shopping, entrance fees. (nampak tak strategy duit shopping aku tak pegang? teknik menjaga bajet hihi) Kami bawak cuma RM3k je, convert ke rupiah dapat 8 mil close to 9 mil lah...
JUTA JUTA LEMON WOO..~

Dalam excel file aku siap ada table dah lengkap time & date, aktiviti, any notes regarding the activity, entrance fees dan apa apa incurred cost dalam rupiah dan RM. Nak tepek kat sini macam tak reti la plak. Hihiks. Sape nak, just email me la oke?

Kamandhani Cottage

Penginapan 4 hari 3 malam = RM700 termasuk breakfast

Flight dah lar malam, delayed plak. Sampai Bali dah gelap. Nasib baik airport Ngurah Rai tu menggiurkan la jugak...baru siap renovate sempena APEC. In fact minggu yang kami pergi tu APEC baru je selesai. Banyak betul mat saleh...sepanjang kami queue tunggu imigresen..depa jee yang ramai. Sure ramai Aussie sebab Virgin airlines direct ke Bali. Kat airport jee dah boleh tengok handsome & beautiful people. Heehee..! *mati la mata roaming

Di sambut oleh Pak Ujang, supir kami dan terus dibawa ke Ubud menaiki Toyota Avanza. Ubud agak sunyi time pukul 12 malam oke...hotel ni pulak kedudukannya di hujung jalan yang kecil gitew. Sampai je terus mintak kunci hotel, lelah nak isi-isi form..besok je la yek! 

Kami dapat bilik aras bawah yang huuujuuung sekali. Pastu dekat dengan temple dorang plak tu! Ayoyoiii!~ Daripada nak mengelak pepatung ni suma...bole dapat plak bilik berjiran dengan temple..terkono gue!



Benda kelakar terjadi, aku jengah bilik air takde towel.

ayooo mana towel ni?! *sikit irritated

Merata aku carik towel
Dalam almari
Laci meja
Bukak laci almari ada spender & bra merah pulak! Siapa punye laaa niii..~

Ghopenye towel tengah  posing cantik atas katil. Sumpah tak perasan! HEEHEHE
Dari muka nak marah terus gelak macam orang gile dapat towel wangi.


Lengkap LCD TV, mini fridge, desk, hanger. kettle, coffee & tea. Bagus!



Keadaan bilik air, ada shower & bath tub
Toiletries
View terus nampak temple! ayoyoi!

Katil queen empuk. Muat la tidor bertiga dengan anak :)

Mata dah goyang tengok katil. Kita tidor dulu~!


Esok paginya mata aku sejuk jee pandang tumbuh-tumbuhan kat luar tu~



Malam tadi berharap takde la perkara seram berlaku. Esoknya aku tenung temple ni, macam ok je. Sebab patung-patung tu takde sangat lah. Lagi satu dorang tak pasang colok kalau pasang pun bau dia wangi je. Aku rasa orang Bali suka wangi-wangi je la tak macam colok C*na or In*ia hehe


Setiap pagi ada je offering ni dia letak kat depan temple



Swimming pool, tak jauh..depan bilik je uols

Tu la bilik kiteorang!



Syok deh duduk kat kerusi tu, sambil tengok pokok dan tumbuhan ni. Terdetik hati nak bikin garden macam ni kalau rumah aku besar besok. Hehehe!


gede gede


Hari terakhir, baru perasan simboliknya kain-kain yang menutup tokong tu. Aku sebenarnya pelik apsal tokong dia macam takda apa-apa pun, takde patung hape pun tau! Dan apa motip kain-kain tu?! Aku pegi kat rumah kampung orang Bali pun templenya jenis pondok-pondok kecil, bertingkap tapi bertutup, ada yang terbukak la tapi tak nampak sangat juga patungnya. Rupanya kain yang cantik macam songket tu untuk tuhan perempuan yakni Dewi, yang kain macam pelikat tu untuk tuhan lelaki yakni Dewa. Last day baru dapat tangkap derr...apekehalnya slow benor kome..

Apa-apa pun tempat ni ok, sesia jee aku menakutkan diri sendiri.

Ruang lobby


View dari atas

Restoran di tingkat atas

Breakfast seperti tiada esok. Pinggan bertingkek tingkek.
Macam biasa dia ada breakfast buffet tapi tak la banyak variety. Ada roti, butter, jem, telur, nasi goreng plain, fruits, goreng pisang, madu, sosej masak ape ntah, kopi, teh & fruit juice. Sosej-sosej aku tak makan haaa....meragukan. Yang lain aku makan. Aku tengok mat saleh amik roti & jem je. Kiteorang? Selagi apa yang ada semua nak amik nak rasa! Kalau selalu orang Mesia menetap kat hotel dorang ni, bole bangkrap! Hehehe

Tetibe teringat malam check in tu, receptionist tahu aku orang Malaysia dari percakapan aku. Dia cakap kat kawan dia, "oh..Malaysians. Again" - nada lemah

Motipp??

Aku cakap " yea malaysians. why aa? "
Dia cakap " today already 4 Malaysians checked in "

Barangkali dia dah selalu tengok orang mesia makan buffet seperti piranha - hence nada lemah ittew~



Bahagian reception


Lepas breakfast, we had half day all to ourself. Petang-petang nanti baru la keluar merambu. 

Antara pepatung kat sini

Aku macam biasa, tak main ah swimming pool. Gua beach gal. Duduk lepak luruskan kaki je. Lunch kami makan megi mamee chef je..hadap swimming pool ni. Makin best rasa megi tu ~!



Aaaa, nampak awek ni? Kalau nampak, ni maknanya kami dah nak keluar outing ke Ubud Market, Tanah Lot & Jimbaran.

Ayohh~!!

Lazada Malaysia

Jom Bali Linkie:

JOM BALI - BAJET, JADUAL & KAMANDHANI COTTAGE

JOM BALI: UBUD MARKET, TANAH LOT & JIMBARAN

JOM BALI - BARONG DANCE DI BATU BULAN

JOM BALI - GALERI, TEGALLALANG, BATUR & TIRTA EMPUL

JOM BALI - BERBASIKAL KE PERKAMPUNGAN BALI

JOM BALI - SUKAWATI, KRISHNA DAN AYAM BAKAR WONG SOLO