AirAsia Free Seats Sale


Hooomaaaai~!

AA Free Seats Sale datang menghantui orang ramai lagi~~!!
Sejak kebelakangan ni, sales dari AA yang terpaling buat aku gatal tangan untuk shopping tix murah.
Gone the days that I spent lots on clothes of nice retailers in shopping malls.
Aku pun tak kuasa menjaga rambut di salon dah!
Handbag? Mr Z tolong payungkan.
Kasut? Aku jenis pakai satu kasut yang aku suka sampai lunyai...
Penjagaan muka..dulu pakai memurah je, skang ni kene pakai mahal skit sebab kulit tak sesuai yang memurah. Kulit 30-an memang cenggini, mengada-ngade! hihiks


Kalau berjaya ke Maldives, ni la pose yang aku nak buat. HEHE

Entry ni ditulis sebab tengah boring-boring tunggu 12 malam...
Aku aim tix ke Male for Disember 2014
Dalam kepala taktau nak bajet harga dia yang sesuai di mata aku
Kalau nampak cantik price tu, cantik lah..
Aku ni jenis cheapskate..kalau bole nak less than RM700 for two person
Ngahahahaha..
Tapi still bole difikirkan kalau ianya RM1K...

Cuaca Maldives cun time Disember - Apr/May
Tapi Disember is high season..so apa-apa hotel kene booked awal
Aku dah riki info pasal Maldives ni..
Saje tepek sini untuk informasi bersama...

Bila cakap pasal Maldives je orang bayangkan hotel-hotel mewah yang bapak mahal!
Tapi ada jee hotel yang murah.
Yang aku dapat kenalpasti ialah on Maafushi Island:

1. Stingray Beach Inn
2. Kaani Beach Hotel

Ada banyak lagi kot, tapi ni dua je yang aku berkenan.

Dari Male nak ke pulau Maasfushi ni, jangan ah mengade naik speedboat..
Tu memang mahal nak mampos!
Naik ferry je sudeyyy..USD2 jee per person, perjalanan dalam 1.5 jam
Ferry Male - Maafushi gerak pukul 3PM setiap hari
Masfushi - Male ferry gerak jam 7.30 AM setiap hari
Hari Jumaat tak gerak langsung, cuti hokey
Dorang majority Muslim, so menghormati hari Jumaat

Aktiviti yang aku idam-idam sangat nak buat kat Maldives tu:

1. Sandbank (sebab jakun)
2. Picnic on island (feeling romantika d'amor)
3. Fishing (hayati watak nelayan)
4. Snorkeling (beramas mesra dengan ikan-ikan laut Maldives)
5. Canoeing  (dah lamaaaa tak kanoe dengan Mr.Z heehe )
6. Dolphin watching  (kalau murah la. Mahal takmo)

Kalau nak feeling mewah, boleh je pegi resort mewah-mewah tu dan rent the facilities kat sana for one day use. Nak arrange candle light dinner kat pantai pun bole...pendek kata..macam-macam dorang bole buat kan, sediakan duit je la. Masalahnya, sampai hari ni aku taktau range harga aktiviti-aktiviti kat atas ni.
Hehehe. Masalah gak tuuu...

Masalahnya (masalah lagi..) aku jenis fickle huhuhuh...
Time ni memang lah aim Male
Tetibe karang terbeli tix Busan....apemacam?
Agak-agak ape reaksi Mr Z..
Memang konpem aku kene UP kaw kaw..
Sebab selama ni kiteorang dok kutuk Korea and say something like Korea is the last place we wanna go because tak suka K-pop, K-drama, K-heroes, K-food dan Datuk K.Heee
Taaapiii, Busan pada aku macam beeeessss jeer??
Gamcheon village & Diamond Bridge..
I am dying to see that diamond bridge..
That place is more like my styleee...
Sebuah bandar yang ada pantai..dan ada jambatan indah..  :P



Mesti cam tangkap lentok jee lepak situ lelama..kan kan kan?!


warghh dah 12 malam..
mari memburu tiket..
May the odds be ever in your favor! :D



*** UPDATE:  Tix ke Male 23 Disember - 28 Disember lebih kurang RM1536 utk dua worang! Gile mahal! blom campor bag, seat dan maknenek yang lain! huuuuuuurrrrmmm. kansel kansel.

Baik tunggu 25 ribu Big Points yang Std Chtrd janji nak bagi kat aku tu...then aku redeem beli tix Male ni.  Sabar lah sikit ye wahai hati. sabar sabar. dah dah ! tutup website AA ! jangan tengok busan! jangan tengok kathmandu! jangan!!