Boracay The Best Beach in Asia: Hari Ketiga

*SelakKamusTagalog* Kumusta ka ngayon?

Lambat benar update Boracay Hari Ketiga neh. I was caught up with lots of things lately ni...minta dimaafin ya?

Kita langsung terus...

Pagi hari ketiga, kita cuci mata nak?

Hot or not?
Pelancong-pelancong yang datang ke sini memang rata-ratanya camwhore tegar. Haha! Macam gambar di atas. Kemudian depa jalan slow-mo lak dalam air sambil 'paparazzi' snap gambar. Ada seorang mamat ni, gigih neh pacak tripod astu dia posed sensorang. Buat somersault la, jumping la, macam2 aksi la depan camera tu. Aku nak tergelak sbb dia gemuk astu buat somersault! Demi sekeping gambar profile FB...anything will do.


Awek korean tak segansilu berposing seksi

 Actually terpaksa aku jadi paparazzi snap gambar macam ni sebab kawan opis my hubby sume teruja nak tengok awek-awek hot kat Boracay. Kalau korang datang kena dengan musimnya, bersepah-sepah Hyuna dan Sunmi. Senang je nak spot spesies ni. Rambut manja-manja curly bagai di-set, style busana memang fashionable walaupon just gi pantai je...itu lah awek korean.




Breakfast hari ketiga. Mine was so damn good! Tiga telur mata kerbau combined with salsa sauce di atas. Kat bawah tu ada kerepek tortilla..ala macam nachos tapi besar la...hmm. Bes! Nama dish ni tak igt sbb nama mexican uols. 


Selepas breakfast, kami nak usha kedai-kedai sepanjang White Beach menyusuri pantai Station 1. Lagipun sandal dah terputus malam tadi so nak mencari sandal baru! Dalam perjalanan, terserempak dengan penjual mutiara. Kalau nampak orang pakai vest hijau ni, mereka ni peniaga muslim. Untuk tolong ekonomi mereka, kami beli satu-dua pearl earrings, boleh lah jadi souvenirs






Layan gambar dulu...this is White Beach walk...















Ramai betul orang kat sini. Ada nak pegi massage. Nak bertattoo kat perot. Lepak minum-minum di beach bars. Nak berangkat island hopping. Nak pegi scuba diving. Bermacam ragam. Kami pun nak beragam gaks! Stop jap kat stall braiding service nak braid rambut anak. I think I should have done this on day one! Takde la rambut berbuai dek angin laut tu masuk mata je. Dan rambut tu takda la berpasir sgt bila main-main pasir. Take a note, mothers. BRAID UR CHILD's HAIR ON DAY ONE. Hehe! 




Kemas dan stylo

Kami nak pegi cari ofis Southwest Tours sebab nak book transfer balik. Ofis dia terletak opposite hospital. Naik je tricycle, dorang tahu tempatnye.


Perasan tak shrine kecik tu. Ada patung perempuan, ada dedaun skit dan bekas air holy water. Actually I'm quite fascinated sebab tak pernah tengok shrine orang Kristian. Maybe orang Sabah Sarawak biasa tengok ni. Bagi aku yang dok KL ni...terbiasa tengok kuil/tokong orang Cina dan India je. Aku taktau tu patung perempuan tu apa...Mother Mary or one of the Saints. 

So kami book transfer balik consist of pick up ke jetty, boat fees, terminal & enviroment fees dan bus fees ke Kalibo hanya PHP 900 for 2, budak macam free jek. Kami cadang nak check out lambat besok around 1 PM sebab tak puas weh mandi manda! Pick up datang 3 PM, kira oke le tu. Kami akan bermalam satu malam kat Kalibo sebab flight Kalibo-Clark awal pagi. Nanti akan diceritakan lebih lanjut.


Sebut betul-betul okeh! Dorang pantang korang sebut Bora....


Kami on the way nak repeat D'talipapa neh. Jalan kaki je sebab dah dekat. Malam tadi dok berkira-kira macam tak cukup lagi souvenirs nak bagi kat orang. So letsgoooo!


Nak habaq...kalau korang pegi Boracay pelis beli dried mango. Sedap gile. Menyesal beli dua paket je! Tak silap PHP100 sepaket.


Layankan je lagi geganba D'Talipapa yang tak sempat diupload kat previous entry tu...

Selesai sudah membeli more FM, purses and shirts!

Haa kalau korang amek tricyle kat dalam D'Talipapa ni, dorang caj mahal skit. If tahan kat jalan, sorang PHP10 jek! So, kami tahan sebuah tricycle and next stop is D'Mall. Tak bercadang nak shopping kat sini, saja nak tengok-tengok sambil tengok mana sesuai nak lunch.

Layan gambar D'Mall jom? D'Mall ni banyak kedai-kedai baju and souvenirs tapi harganya mahal la sikit dari D'Talipapa maybe sebab kedai-kedai banyak jenis proper and boutique-like. Safety guard ada di mana-mana...bagus betul.

First time nampak mannequin yang tanned gile! Filipino tanned katernyer! *pitam di kaki patung


Lunch simple haritu, crepes!

Sampaikan crazy nak buat pilihan...

Mango Vanilla Crepe @ Crazy Crepes

Nak cerita sikit pasal tukaran wang kat Boracay ni. Kiteorang dah siap2 tuka pesos kat KL and ada lah bawak beberapa ratus RM as back up. Kat D'Mall ni baru lah terhegeh nak tuka RM tu kan! Hehe. Carik punye carik kebanyakan tempat takde offer RM to pesos. Time ni nak menyesal patut bawak USD tak berguna dah. So lesson learnt, lenkali bawak USD kemana saja korang pegi oversea tu. Tapi kami nasib baik la terjumpa satu-satunye kedai ada RM! 

Bogarte, kedai yang ada tukaran wang asing RM ke PHP

Rate mahal yakmats! Jadinya....bawak USD as back up lenkali.

Then, kedai makan berlambak kat sini.



Keluar dari D'Mall tu bersambung ke arah White Beach walk..so kiteorg jalan je sampai la ke hotel balik. Duduk relax jap menanti pukul 4 PM for parasailing. 

Parasailing ni dah booked sehari sebelum time kiteorg tunggu budak-budak buat pasir tu, datang la seorang mamat ni dok soft selling pasal water activities. Kat Boracay ni ada macam-macam water activities tapi dalam hati memang dah target nak buat parasailing, hehe! Tanye harga agak mahal gaks, so bargain punye bargain dapat lah PHP 1600 untuk dua orang. I don't know if this is a good price. Kalau korang dapat harga lebih rendah dari ni, please leave a comment? Please?
Aku cakap kat mamat bernama Leo ni boleh tak bergilir-gilir naik parasailing ni sebab takde sape jaga anak. Dia cakap dia bleh jaga sementara kiteorg berdua berparasailing. Eh, tak percaye aku eh! Lebih rela naik bergilir. Setelah yakin dan dia confirm kata boleh naik bergilir, baru lah aku setuju dengan deal tu. 

On the way nak berparasailing. Petang tu ramai orang! Cuaca dah macam mendung sikit. Alamak tak bes!


Time naik boat tu, kelihatan ramai budak-budak mandi laut with full clothes on. Pelik dengan keadaan tu, aku tanye kt Leo apsal dorang mandi macam tu? Katanye, hari tu last day of school so budak-budak ni meraikannye dengan mandi laut reramai dengan lengkap berbaju. Haha! Lambai-lambai tangan lak lagi dorang ni, aku lambai la balik bak Ratu. Kekeke...~


Sebenarnya laju gak dia bawak boat ni, aku tak kesah sangat kalau tak bawak anak. Tapi bawak anak ni, rasa cuak tu lebih sikit. Cuaca mendung skit and ada angin so its quite a bumpy ride.


Boat hantar kami ke platform terapung ni, and exchanged to another boat. 

Boat tu hantar kami ke tengah laut sikit...then, wallah! Tapi..tapi! Si Leo ni pulak kata kiteorg naik berdua terus. Dah pulak! Semalam cakap boleh bergilir! Tanak amek risiko so hubby cakap takpe, aku je yang naik. Aku macam whaattt...rugi la PHP1600 sorang je naik. Sebab sayang anak, dia sanggup tak naik, tunggu dalam boat jaga Aaira. 


Dalam 15 minit juga aku kat atas ni, Best dapat pemandangan from bird's eye view. Depan pulau Boracay, belakang lak lautan luas with awan nan terpilu. Senyap sunyi hanya dengar bunyi angin dan burung. Tried my best to capture this moment in my head! Pastu, eh, rasa pepening macam leloya lak. Ah, sudah! Rasa nak buat hand signal turunkan aku!


At last, hubby dapat merasa gak! Selepas ayat mengayat dan juga dapat sokongan dari tukang bawak boat tu, akhirnya Leo akur dan merasa la hubby berparasailing! 


Aaira kemain lak syok tido dalam boat, kita ni kemain lak risau kekalau dia mabuk laut. Last-last kita yang mabuk oi! Memang takbleh la duduk lama-lama dalam boat yang slow terhuyung hayang camtu. Adakalanya rasa nak suruh Leo turunkan hubby cepat-cepat. Adakalanya mata melilau tengok port mana aku nak muntah. Haha! Tu la! Lenkali sebelum naik boat, perut tu kena isi lebih sikit! Kan dah masuk angin dan pening-pening lalat...

Lepas dia turunkan hubby, aku dah lega. Boat terus meluncur laju membuatkan aku tak pening dan tak jadi muntah. Hehe~

Si Leo DiCaprio, pinoy mari...

Time ni ramai la sewa bangka yatch ni nak tengok sunset. Huhuh kami nak jaga bajet so aktiviti ni lupakan sajoh. Maybe next time ;)

Terus lepak je tepi pantai, sambil minum Buko Shake. Buko maksudnya kelapa. Enak betul... stopped terus keinginan mau muntah tadi.

Seronok tengok budak-budak ni bergado. Dah la debab-debab. Macam bola bila kena tolak. Hee~!


Layan sunset...

Senja makin larut...

Malam tu tak berjalan dah. Nak rileks je sebab esok nak bangun pagi-pagi layan pantai lagi. Dinner pun kat hotel je...


Nasi, wedges, mixed vege and grilled tuna belly. Tuna belly ni sedap gaks rupenye! I'm also a tuna virgin! Hehe. Next time bleh order tuna lagi


End of day three. Esoknya kami dah nak balik, huhuhuk! 



Baca yang berikutnya: