Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 2

Sambungan dari Bahagian 1 ...

Kami sampai di Tammalang Pier dengan selamat. Abang bot sangat baik melayan kami hingga ke sessi cop mengecop passport di Satun dan disitu dia perkenalkan kami kepada agen pelancongan muslim di sana untuk urusan feri tiket ke Koh Lipe. Tiket feri pergi-balik berharga 1,200 baht seorang.

Tammalang Pier


Tiket feri 1200 baht
Feri ke Koh Lipe di Satun ini terhad saja tidak silap hanya dua kali perjalanan dalam sehari, satu pagi dan satu lagi 2 petang. Nasib kami baik sempat sampai di Satun just in time untuk feri petang.

 Kami ada masa sejam setengah sebelum menaiki feri jadi kami pergi makan tengahari dulu di cafeteria, perut dah tak sabar nak jamah makanan Thai yang asli. Hehe.

Imegresen Satun
Kita makan dulu! Green Tea Thai ni memang terbaik. Tak pernah minum green tea jenis bersusu, memang sedap tapi manis sikit
Lepas makan, dah tak tahu nak buat apa. Teringin juga nak jenguk pekan Satun, akhirnya dapat la bonceng motorsikal ke pekan.

Ingat dapatlah merasa naik jeep merah ni, tapi bonceng motor je la. Murah sikit 
Pekan Satun kecil je sebenarnya dan sejujurnya tidak ada yang menarik untuk pelancong. Tetapi kalau mahu tengok kehidupan seharian orang Thai; di mana mereka makan, di mana mereka membeli sayur & ikan, bagaimana sikap mereka di jalan raya (hehe), jadi ini boleh jadi menarik. Menarik kan subjektif ? :)





Pasar siang di pekan Satun
Suasana pasar basah di Satun
Antara aktivti pekan Satun

                      Lebihan muatan perkara biasa di sini...
Yang pastinya, Satun banyak salon atau kedai gunting rambut. Di setiap deretan kedai pasti ada dua tiga salon. Rasa-rasanya kedai salon di Satun terlalu banyak sehingga melebihi permintaan ni sebabnya banyak kedai kosong tiada pelanggan, kalau salon yang ada pelanggan ramai tu maknanya salon tu bagus kot. Pasar siang banyak menjual baju bundle yang murah murah sangat. Singgah sebentar di pasar basah, memang ghetto! Mungkin sebab pasar itu bangunan lama dan juga kami kena sesuaikan diri tengok gerai mee tak halal berniaga berhadapan je dengan gerai mee halal. Jadi, bau babi tu kuat juga lah. Kami duduk jauh sikit di gerai pakcik muslim, order air teh o saja.  Orang muslim sini ada yang tahu berbahasa melayu dan ada yang tidak. Jika datang ke pasar basah ini, jangan lupa beli roti keras planta dari gerai muslim di bahagian paling depan pasar, memang sedap makan dalam feri rasa rugi tak beli lebih.

Sekembalinya kami di Tammalang Pier, feri dah sedia tapi mereka loading barang-barang mentah dulu seperti sayur, telur dan lain-lain. Agaknya di Satun ini lah tempat pengusaha Koh Lipe mendapatkan bahan mentah.

Ramai-ramai menunggu feri
Feri yang kami naiki namanya Andaman. Perjalanan ambil masa dekat dua jam juga jadi kami mengambil kesempatan untuk berehat maklumlah perjalanan kali ini banyak gunakan masa dan menunggu.

 Feri Andaman
Thai Long Tail Boat
Disebabkan Koh Lipe tiada jeti, kami kena berpindah pula ke long tail boat untuk dihantar ke pantai Koh Lipe. Upah dalam 50 baht. Akhirnya, sampai juga kami di Koh Lipe setelah 17 jam perjalanan menaiki bas, bot kayu, feri dan long tail boat! Penat gila.

Sudah lewat petang
Yey! Touchdown!

Baca yang berikutnya:

Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 1
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 2
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 3
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 4