Tempoh: 3 hari 2 malam
Bajet: RM1,500 untuk dua orang perbelanjaan
Perjalanan ke Koh Lipe sebenarnya ringkas tetapi nasib kami sahaja yang kurang baik, hehe. Perancangan awal ialah menaiki bas ke Kuala Perlis, kemudian naik feri ke Langkawi kerana di sana ada servis bot laju terus ke Koh Lipe. Namun, seawal pagi kami sampai di Kuala Perlis terdapat ratusan pelancong tempatan mahupun luar negeri berpusu di kaunter tiket Jeti Kuah. Nasib kami kurang baik kerana melancong ketika cuti umum! Maka, perancangan bertukar sedikit. Kami bertanya orang tempatan bagaimana mahu ke Satun kerana dari situ juga terdapat feri ke Koh Lipe. Mereka mencadangkan menaiki bot di Jabatan Imegresen. Maka kami pun berjalan kaki ke sana.
Bangunan di kiri itulah Jabatan Imegresen |
Tiket KL-Kuala Perlis cuma RM42.80 |
Sampai kami di sana, passport diserahkan untuk sessi cop mengecop, kemudian menyegarkan diri dengan membasuh muka dan menggosok gigi di tandas dengan keizinan pegawai disitu tetapi kemudian makcik cleaner nasihatkan kami jangan guna tandas mereka kerap sangat sebab mereka tak suka. Tapi, ada aku kisah? Kalau tak suka cakap depan-depan tapi belakang-belakang tak suka suruh makcik cleaner tolong cakapkan pula. Eee...no balls u know!
Pejabat yang lengang. Mungkin kami awal sangat. |
Penantian penuh harapan. HEHE |
Ghetto tak? |
Berserah sajoh.. |
Baca yang berikutnya:
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 1
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 2
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 3
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 4