NANATRON GOES KUWAIT: Malam yang Hangat



Harini aku menaip guna pisau
Barangsiapa menchoba jadi Ramli MS kat sini aku tikam halkum dia...


Wokeh. Sambung. 
Lepas makan breakfast, depa hidang buah-buahan lak. Dah semacam rutin everytime lepas makan, memang depa stock up buah-buahan untuk santapan tetamu. 




Beberapa ketika kemudian, Hajah A dan Haji A turun dan bersembang dengan kami. Dari situ kami dapat tahu serba sedikit pasal femili dia. Haji A merupakan katerer untuk para jemaah haji Kuwait, in fact dia baru pulang dari Mekah. Hajah A seorang surirumah. Mereka ada tiga orang anak iaitu HN (ni yang bujang trang tang tang *kenyit pembaca bernama Fida hee) , TT (anak gadis, pelajar universiti dan seorang national volleyball player) dan HD (paling bongsu, masih bersekolah)



Lepastu depa ajak kami tour rumah dia yang tiga tingkat ittew. Haruslah kita jangan ketinggalan! Rupa rupanya HN ni penchenta kucing, siap ada satu bilik khas untuk kucing-kucing. Memang lah ioll tak sanggup nak masuk bilik ittew. Jenguk dari luar sajork walaupun ko comey kucing oii. 

Host tanya apa plan kami pada hari tu. Sebetulnya hari tu nak keluar awal dan jumpa ahlil jemaah yang lagi 3 orang tuh. Masalahnya rumah host ni jauh dari kemudahan public transport so apa pun kena harapkan host. Host memang tak kisah in fact dia memang offer diri bawa kami ke mana saja, cumanya dia prefer keluar waktu lepas maghrib lebih sejuk sikit katernye. Mana tak sejuk, dah hampir tamat siang hari...dah nak masuk malam kot! Aduh pasrah je lah. Ahlil jemaah tiga orang tu enak-enak aja mewassap gambar gempak-gempak sekitar Kuwait City...huhu bernanah mata inih! 

Aku cakap kat Hajah A aku teringin nak tengok padang pasir. 

"Wallah! You want to see desert? Come here I show you"


Dia pun bukak pintu rumah dia dan tunjuk seberang jalan kawasan perumahan dia yang sememangnya tanah tandus! Hahah! Mesti dalam hati dia kata punya lah lawak bebudak ni datang negara aku nak tengok padang pasir, sebelah ghomah aku je ni ader Jenah oi. 



Bila dapat keluar dan lihat cahaya matahari, rasa seronok hokkay! Kau bayangkan lah setengah hari duduk-duduk bodoh je dalam rumah berhekon tak buat apa-apa macam dalam sangkar emas 

Aku seumpammmaaaa...
Tersiksaaaa dalam sangkar emas  *Endang S Taurina key taklehblah

Hati lemmmas...
Pandangan terlepas..

Sungguh menyayat hati dan kena dengan situasi. 

Bergambar depan rumah Haji A. 

Hajah A berhajat untuk masak Mandy Lamb dan buat kek kacang untuk kami sebelum kita keluar lepas maghrib. Okay lah. Weolls tunggu, menunggu dan jadi penunggu sementara ahlil jemaah 3 orang tu dah khatam Kuwait City. Hiba tau tak.


Mandy lamb Kuwait style. Sedap tak terperi. Lain dari apa yang aku biasa makan kat sini. Lagipula condiments sambal dia mantops dan sentiasa disaji with ulaman dia, basil leave kalau tak salah.



Memang truly surirumah sejati lah Hajah A ni. Suka entertain tetamu. The cake also sedap tak terperi. Dah la aku memang suka kekacang neh..hiks.


Iraqi tea yang tersangatlah wangi. Tengok pic atas Hajah A pegang teko tu, teko tu diletakkan atas burner kecik to boil the tea leaves. Bila dah mendidih bau wanginya semerbak hoccay...menandakan teh dah siap. Sedap teh ni!



Ahkak bottoms up berkali-kali. Ngehee!


Akhernya! Tiba masa untuk menjongket dan keluar dari sangkar emas !


Sebelum keluar, Hajah A bagi kami perfume untuk dipakai. Katanya dia nak kami berbau seperti a Kuwaiti gitu. Perfume tu diletak je dalam bilik kiteorang. Even kat bilik air pun ada perfume untuk kegunaan tetamu. Sungguh lah menyukai bau-bauan mereka nih.


Keluar-keluar je dah remang-remang petang nak masuk ke malam. Pasrah terjelupuk dalam kereta.

Kuwait Tower di waktu malam. Menchobe selpi di sini tapi empunya diri jadi sejenis entiti mak lampir pule. DELETE terus ganba. 



Tu pasal aku benci kuar malam-malam. Hauk nak meninggey ganbanya. 

Kami memang dah mention dengan host nak pegi Souq Mubarikiya sebab nak cari FM.
So, tempat seterusnya ialah Souq Mubarikiya. Ini memanglah dinanti-nantikan sebab sebuah pasar mampu memberi gambaran tentang sesebuah negara dan masyarakatnya. Tak gittew kakaks?
*kaverline niat sebenar

Kat sini jugak kami bertemu kembali 3 ahlil jemaah yang dah puas khatam Kuwait City siang tadinya.

Kalau nak tahu, Souq ni ialah yang terfemes di Kuwait. Locals come for fresh produce, food, groceries, clothings, home wares and such. Diluar souq ada deretan kedai makan yang mengancam selera tapi since kiteorg had late lunch kat umah, napsu aku tu lebeh kepada nak cuci mata lar kat sini 

Fridge magnet sini 1.5KD. Mintak kurang pun just bagi 1 suku KD jek. Sebenarnya host cuba gak tolong nak nego-nego kan tapi stail sini ada sikit diskriminasi la. If orang speaking idgham Egypt, dia bagi harga murah. If speaking idgham Kuwait, dia bagi harga mahal. The cons of being *batukrichbatuk* Kuwaiti.



 Kedai menjual baju tradisi Kuwait

Jenjalan lagi dan biasalah sebagai hot blooded women senang tergoda dgn baju dan tudung (niat sebenar hihi)
Jubah budak..lawa laaa ingat nk beli tapi 5KD ! Kansel!
Jalan lagi nampak kedai baju tradisi Kuwait. Dress Kuwait tu sangat la lelawa tapi rega 9KD



Sambil menyeka airmata aku kuar dari kedai dan jalan lagi...mata ternampak tudung Kuwait! Ah ah ah! Gotta have disssss! Walopon rega 2KD...memula hesitant tapi fikir-fikir balik kat Mesia aku beli naelopa pun limaploh inggit ni kan pulak tigeplohingit ajer. Sambar sehelai sajork. Insaf tengok purse ada empat helai duit kertas je! Haha. Lagi pembelian aku ialah dua FM sajork untuk sendiri & mama.



Traditional Kuwaiti sweets



Aku tanya kat host kalau beli bawa balik mesia tahan tak. Tetibe dia speaking arob dengan seller then seller start amik bekas polistrin. 


"What are you talking to him" -- aku dah riso ni. 

"Oh its just sample...he giving us sample"



Bohong sunat tau dia. Rupanya dia beli dua bekas manisan untuk kiteorang


Okay. Aku takkan bersuara lagi. Riso dengan orang yang baik sangat niii 



Buah kurma muda



Kedai parfum. Haruman arob-arob belaka. Sangat murah...antara 1KD to 1.5KD je. Jangan convert nescaya bahagia kepala otak


Dried edible rose bud. Hajah A beli sedikit, katanya nak buat kek ros pulak besok. Menarik!


Kawasan sayur-mayur


Olives & pickles. Pepelik weh campuran pickles dia. 



Kurma. Apelagi aku pun free tasting le yang macam pelik skit -- kurma yang disalut dengan spices.


Sebenarnya time kat Souq ni aku fikir nak roaming berpecah kecil daripada bergerak reramai sebab lagi senang nak menjelajah. Pernah sekali aku pergi ke kedai lain dan terpisah dari group, bila depa jumpa aku...aku diberitahu bahawasanya host feels uneasy sebab dia merasakan tetamu macam tak memerlukan dia. Erk. Terpijak red tape rupanya daku. 

Aku ada rasa sedikit keciwa dan rimas pulak. Lepas insiden tu depa ni suma tak berani pegi roaming, dok berkumpul reramai at one corner dengan host. Mane tahan batin aku bila masa terbuang begitu sahaja di tempat begini dan kita hanya ada masa yang singkat saja?
Lepas dapat FM je dah nak balik! 
Sebab? Dinner time *seka airmata dan usap perut


Okaylah. Moh la kite makan.
Terkenangkan Souq...adakah ada hari esok untuk aku kesana lagi. huks



Restoren ni terletak tepi laut


Aku prefer makan tepi laut macam ni.
Tapi since kita ikut host, haruslah ikut preferance host kan. huhu


View memang nice gile. Ganba je hauk. Iye sila ketuk jemari aku yang tak berseni nih.



Host selalu cakap yang jantung kambing memang sedap & feverit locals di sini. Ofchors ahkak nak menerai! Bila dah choba, terus jatuh hati. Sedap sangat hingga stop makan hati sebentar tadi di Souq.

Aiyoo. Andai kata aku peknen dan ngidam jantung kambing ni mana lah nak carik. Eh kesitu pulak.



Haji A seorang yang banyak bercerita dan suka bergurau & melawak. Aku rasa memang top priority dorang nak tetamu rasa happy & terhibur kot. Tak kering gusi rasanya gelak sakan sampai terubat lah sikit kekeciwaan aku tadi. Cewahhh~! 

Then Haji A tanya apa plan kami untuk hari esok. Ada sorang ahlil jemaah kata takde plan, free & easy. 
Amboih. 
Terjengil jap mata aku. 
Aku datang jauh-jauh siap bawak dua mukasurat iti aku dok meresearch --- since when we agreed to be free & easy?
Eh ini takleh jadik! 

Aku mencelah dan bagi pendapat. Ada baiknya host just turunkan kita kat town dan kita roaming sendiri sebab takmau susahkan dia. Host pulak tak bagi, berkeras dia nak jadi chaffeur. Masalahnya dia suka keluar lepas Maghrib.

Time will be too short kalau keluar lewat walhal ada banyak tempat nak pegi. Di tambah pula dia kena amik anak dari sekolah etc so cara ni paling baik dan tak menyusahkan dia. 

Mati-mati lah dia bertahan nak drive us around.
Aku dah buat muka degil. Aku agak dia pun tahu aku keras kepala. Aku kuarkan kertas dua mukasurat iti tu dan tunjuk kat dia if he feels comfortable boleh bawak ke tempat-tempat ni. 

Dia okay sajork. Alright. Maafin ya kalau sikap keras kepala keluar sebab aku ni datang jauh-jauh dan tak mungkin dapat ripit lagi Kuwait ni so I just wanted the best out of this. 



Melegakan keadaan, host orderkan kopi arab untuk aku. Ahkak punya lah excited akhirnya dapat gak ngopi. Bila sampai kopi tu, it does not resemble a coffee at all. Its not even black! Rasa dia macam concoction herbs and spices dan color pun murky gitu. Since tekak ahkak internasional aku minum je sampai abeh.
😂

Skang aku yakin tekak ni kalo minum kopi dari planet Marikh pun mampu neh..

Sempat aku tanya.
"Is this traditional cup to drink coffee?"

Host jawab
"Yes. Coffee and...
Tequilla"

Tergelak aku. Aku macam hampir pasti dia terdengar joke "bottoms up" aku dengan noorina time minum air teh kat umah dia tadi. Kahkah!
Tahun depan masuk Maharaja Lawak tentu juara neh.

Group photo. It was a feast with Haji A, Hajah A & HN :)
Makan minum hari pertama ialah...ditanggung bereh. Jadi aku macam yakin duit dinar ada berlebihan ni nanti! Muahahaha.



Aku tanya Hajah A wanita boleh hisap shisha secara terbuka ke sebab aku nampak orang lelaki layan shisha kat restoren tu. Sembang punya sembang dia dapat tahu aku layan shisha gak then she went like --- "laa knape tak cakap awal-awal Jenah! Mekjah ada satu kat umah. Nanti kita layan yeee"

Whoops.


Gatal kan mulut ni mention itu ini
Sebenarnya weolls dah learnt our lesson iaitu depa ni pantang tetamu sebut benda, selagi mampu dorang sediakan. 
Thats why esok lunch kami ialah ikan bakaq arob style. Berterimakasihlah kat zali sebab dia mention haha
Dan thats why tadi mendapat manisan kuwait. Berterimakasih kat dirisendiri. haha. well. Seriyes aku inesen jee tanye tak sangka lak dia nak beli!

Adoi. 
Serba salah kan jadinya bila host terlalu baik dan dalam masa yang sama terlalu protective atas tetamunya dan sikit sensitip.

Silap besor lah tak khatam adab-adab arob sebelum ke mari. Huhuks.


-bersambung