Adventure of A Lifetime 2015



Hello warga alam maya,

Tahun ni acara travel ada beberapa destinasi yang "susah"macam Makassar, Bohol, Flores Komodo. Bukan susah apa sangat cuma mencabar sikit dari segi pengangkutan yang mengambil masa berjam-jam. Dan bermacam-macam jenis pangangkutan pulak naiknya! Nasib baik ahkak sado mental. Aku dah macam menyukai pulak jenis destinasi macam ni, adventure habis ! Sempena hari terakhir tahun 2015 ni aku nak imbas kembali moment yang paling tak dapat dilupakan dan semoga kita terus mencipta moment indah, bahagia, busuk, masam --- and make it a helluva unforgettable life journey!




Okay. Harus aku mengakui moment yang paling tak dapat lupa ialah sampai-sampai je tengok kaler laut ialah kelabu asap! Cuaca sangat tak menyebelahi kami sepanjang trip ni. Hujan dan angin setiap hari sampaikan aku nak mandi laut pun tak lalu sebab sejuk banget ! Tapi haruskah kita patah semangat? No no no! Acara tetaplah berlangsung. Trip ni lah kali pertama kami nampak sekawanan dolphin liar berenang melompat-lompat kat depan boat je ! Eksaited takbleh nak cakap. Kalau dia kuar bunyik-bunyik lagi osemus primus. Hehe. Dan juga first time aku jejak masuk church and I have to say the churches kat sana adalah vintage elegance gitu. First time jugak tengok hewan sejenis Tarsier, yakni mata beliau ialah besar mampu hipnosis orang buat #2kerja sambil makan donut & berdiri sebelah kaki. 




Ini ialah trip akibat tengok tivi banyak sangat, so dah disengat racun Peter Kuruvita -- cook+travel show host. Hehe. Sangat puas hati sebab memang seperti yang dinampak kat tivi, macam tu lah laut dia ! Sangat indah. Cukup mempersona. Lautnya biru yang bertingkek tingkek dan pasir yang putih. Pantai nan bersih. Ada gazebo lelepak. Ah. Whats not to love. Tinggal lagi takde Nicholas Saputra je kat sisi aku masetu. Kih!

Kat Makassar ni lah first time makan daging kuda. Sedap! Efek dia...memang membawak sampai ke malam. Nak tido pun resah, susah nak lelap! Baru aku tahu arti tenaga kuda =D




Paling takbley lupa opkos pendakian Bohey Dulang yang mengundang kecungapan melebihi kadar normal. Sungguh tak fit diri ini! Terus datang kesedaran harus kansel je niat nak panjat Gunung Kinabalu. Damn. Pose-pose kat pintu gerbang saja selayaknya.

Mabul still cantik tersendiri di mata aku. Setiapkali snorkeling perasaan terpana tengok hidupan marin tetap ada. Its like there is something new everytime I went there. Tahun depan harap dapat pegi lagi. huhu *merenung pasung kat kaki*

Secara rasmi Mabul digelar kampung saiaaaa. Next nak amik adik angkat Bajau lah. Hihi.





Moment takley lupa ialah ---
Bertabah lah sehari semalam atas cruise yang dikelilingi air laut tetapi washroom dia takde pili ayaqqqq. Hahaha. Memasing dok bantai mandi kat swimming pool. 
Pentidoran pula kelas bulan & bintang, atas sunlounger je keh ! Langit malam menawan, ditambah pulak pencahayaan dari pelabuhan Pulau Pinang mengingatkan aku pada Victoria Harbour, HK






Ohmai~ Where to begin. 
Disini sesuatu bermula --- solo. single. uno.
And I'm loving every single minute of it.  Perasaan yang mengujakan bila berjalan solo. 
Macam --- 
dunia dalam genggaman. Gitu. 
And hoping I could repeat soloing. I wish. 
Mana jin toncit kabulkan wish. Biar aku gosok sampai muncul jin berupa Jericho Rosales.

Pengalaman salah naik tren.
Tak gali alamat hostel so menjaja diri menanya orang ramai.
Berasak dengan pinoy semata nak masuk tren stesen yang long queue.
Berjalan kaki dari hostel ke Manila Bay. Dan jalan kaki juga balik ke hostel. Ni epik. hiihii
Mingle dengan backpackers sejati kat hostel, maklumlah sedar diri aku sejenis jadian sajork. 

Pengalaman ni menyegar ruh dan jiwa
Aku rasa memang aku born to be solo
Janam & janam... merangkul leher SRK






Ini antara trip yang pasti nya layak dapat jolokan YOLO (You Only Live Once) hahaha sebabnya memang once je pun aku jejak negara arab nih! Gilekau tiket mahal kalau normal price. Lepasni suma pun mahal ! Paling takkan dilupakan ialah layanan bak raja oleh CS host. Hanya Tuhan saja yang boleh balas budi baik dorang ni. Kuwait had been amazing and I felt so blessed to given chance by God to go for this trip. Bes sangat sangat~




Ni trip penutup tirai 2015. Harus aku akui trip ni paling terbestest ever dalam sejarah. Graf suka duka naik turun namun ahlil jemaah kepala rileks je dan memang korang : Laily, Nisa, Jijoy aku chop mohor kat dahi #gengtravelterindah  kahkah. Meh till jannah ciked !

Terlalu banyak yang berlaku sampai dah tak tahu nak citer dari mana.
Skala adventure dalam trip ni sepuluhpersepuluh bersandarkan trip aku yang lepas-lepas la.
Tunggu saje lah entry Flores Komodo ni kuor. Hehe


2015

Water adventure
Hiking adventure
Food adventure
City adventure
Near-college adventure
Sailing adventure
Near-dangdut adventure


Hiks.
Looking for more adventure to come ~!


Adventure of a Lifetime - Coldplay

"if we’ve only got this life
this adventure oh then I
and if we’ve only got this life
you get me through
and if we’ve only got this life
in this adventure oh then I
want to share it with you"





2016
Tahun yang aku tak pasti.
Dari segenap segi.
Full of uncertainty & possibilities.

Walaupun rasa malas & longlai melangkah ke 2016, tapi aku syukur sebab dari 2015 aku dapat sesuatu untuk dibawa ke 2016


Sebenarnya tahun ni blog yang paling aku gemar baca 

Kalau politik ---
Sebenarnya dah malas nak amik port pasal politik, tapi sekali skala kena amik tahu jugak kan bila perasaan nak menjemah tu datang. 


Kalau ketuhanan ---
Sebelum aku came across blog ni, menerjah satu persoalan di minda: what makes life meaningful?
fikir-fikir, google-google,baca-membaca. Oneday melintas url blog ni kat fb. baca satu kali dah jadi nak khatam satu blog. To me it makes perfect sense sebab aku selalu ada lingering questions sejak kecik lagi. 

Mungkin. Akan ada perubahan pada aku.
Dan aku rasa perubahan itu akan mendatangkan resah orang terdekat & orang ramai. 
Janganlah risaukan untung nasib aku didepan Tuhan. Sebab kita kembali pun sendiri-sendiri.
Kalau aku dah "yakin", harap takda orang yang nak force "yakin" dia kat aku. Please respect. And I'll respect yours. It's already a hard battle & it's going to be harder if we don't share same basic value. Kalau takleh nak share, respect it. Kalau susah nak buat, choices ada kat tangan kan? Kita bukan pokok.


Kalau travel ---- opkos abam meng. every year punnn gemar~ hihi
Perluke hurai. Blog travel tersengal. Dan saya ialah naib presiden fanclub beliau. Nak borang? Hihi

*mampoh kena gelak dalam wassap grup

Tadi baca blog dia
Lupakan perkara yang menyakitkan supaya dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan.
Hikmat jurus master jedi ayat beliau.


Okay gais.Happy New Year~
Moga terus mencipta memori
Moga Tuhan berikan kesihatan, rezeki dan peluang travel untuk saya & korang sumah..


xoxo
Nanatron