PRELUDE KUWAIT: MERAMBU DI MANILA - HARI KEDUA



Bangun pagi tersenyum simpul. I'm in Manila bebeh! And survived solo ! I knew I'm cut out for solo adventure. Aku suka discover kemampuan diri dan meningkatkan skill yang aku tahu aku ada cuma kurang prektikal gitu. Dan aku suka bersembang, bertukar-tukar cerita & buah fikiran dengan fellow traveller yang lain tentang negara and kehidupan dorang. Something yang aku tak dapat dalam rutin harian.

Dalam berangan dan bermalas-malasan atas katil tu, lama-lama pagi pun dah tak berapa pagi. Hiks. Aku mandi, siap & pegi common area untuk breakfast.

Common area berhadapan dengan swimming pool. 

Beramah mesra dengan minah dari China. Dia kata kawan dia suggest dia pegi Penang for the beach katanya. Aku kata NO! You will get disappointed! Pelis pegi Perhentian, Redang atau Mabul kalau suka pantai & nak bersnorkeling bagai. Penang tu untuk makan-makan je bleh la *tolak LGE dari jembatan*



View dari hostel

Curik dengar perbualan sorang mat saleh ni. Dia pegi rave party kat town tu, kena conned! Dia just sembang dengan girl pinoy ni. Sembang biasa not doing anything tetibeee kena serbu dengan bonzer dia dan demand duit konon dia dah "guna" girl tu. Diayamkan oleh bapak ayam lah kau. You've got hayamas! Kah ! Kan kakak dah kata, takda pekdah kau pegi rave party ittew. Ingat ye hadek-hadek. Stay away from trouble!


Since dah tak berapa nak pagi, terkubur lah niat nak pegi Intramuros nih. Walhal dah dekat nih. Tapi aku malas nak hangkut beg anak gajah berpanas-panasan berkeliling kota lama ittew! Lantas aku check out & bertemu para jemaah di airport sajork.


Check out sini macam biasa lah pukul 12. Hari tu pukul 11 aku dah caucincau~



Hustling Manila streets. Wah kuar tongkat sakti hokey. Mampus lah orang nak pandang ke hape. Tapi since tak selalu guna tongkat nih, nak senyum pun dah tak berapa nak reti lak! Lagisatu takut henpon terhempas jatuh. Kebimbangan sangat. Hiks.


Peta train sistem. Agak straight forward. Cuma maybe kat stesen tu kurang signboard entrance stesen Line-3 or Line-1 *ker mata aku merambang* membuatkan orang salah masuk stesen & train = = '


Lelama rasa can-do lah gak sini. Rasa boleh je ripit on weekends --- just nak pegi Intramuros, museum, market, halo-halo! *nampak tak TIDAK PUAS nya hati ni sebab tak khatam*

Kali ni naik airport shuttle dari EDSA/TAFT AVE station tu rasa kejap pulak sampai ke airport. Macam 15 minit je. Walhal semalam dari airport nak menyampai ke EDSA/TAFT AVE ni rasa macam 800 juta tahun cahaya jauhnya. 

Sampai airport terus naik level paling atas dan carik transit hotel The Wings sebab some para jemaah bertanggak kat sana & some more lagi belum sampai. Orang first yang menyambut aku ialah the fofuler Kenyalang Celup aka Kembara Razali. hiii! Pertama kali jumpa dah mesra macam lama kenal ;) Bila semua para jemaah dah dapat dikumpulkan, kiteorang decided untuk makan tengahari kat penempatan Muslim di Edsa. 


 Para jemaah konker seat blakang-blakang senang nak meriuh. Hee. Macam biasa lah naik airport shuttle dan sekali lagi turun kat EDSA/TAFT AVE. Dari situ jalan terus melalui Dunkin Donuts tu dan belok kiri. Jangan ke kanan...tu nak pegi tren station. Then jalan je terus menerus....




Sampai jumpa pintu gerbang nih...masuk tau.



Jalan sampai jumpa masjid Al-Nur


Berhadapan masjid tu korang akan jumpa Amor Halal Restaurant. Ah yes! Nasik come to mama!


Style lauk hidang dlm portion kecik macam nasi padang. Lauk ayam 65p. Lauk sayur 30p. Lauk ayam goreng 70p.


Ofkoz lah kelisin sume pinggan! Sedap...kena dengan tekak weols


Kalau jalan dalam lagi akan jumpa lah another kedai makan halal


Area penempatan ni ramai orang Muslim dan meriah dengan aktiviti perniagaan


Sempat beli kuih lokal & orang lokalnya ramah menerangkan tu kuih apa.


Kalau orang mesia gila bola, depa ni pulak gila basketball. Asal ada tanah je depa main basketball. 



Teringin nak beli kekacang goreng ni otw ke penempatan Muslim tadi. Kedai makan halal tadi kata kacang ni okey untuk dimakan so ahkak dengan gumbira membelinya. Ada yang jenis bergoreng bawang putih dan jenis bergoreng cili.



Kih! Ingat dia packing guna bungkusan besar. Rupanya comey je packaging dia. Harga pun padanlah 5P sajork !


Sekembalinya di airport...

Dok lah bertanggak kat depan hotel demi wifi hotel yang laju ittew. Flight lama lagi neh !


Posisikan diri depan tv pulak tuh. Strategik tak!


Susun-susun beg bak bunga seroja


Time to check in! Dapat tahu yang flight tak penuh so memintak seat yang takde orang. Bleh tido bagai dirumah sendiri :D


Letssgooo!


Kamilah traveller penindas !

Antara penindasan yang kami buat demi trip Kuwait nih. 

1. Menindas Cebu Pacific dgn mendapat tiket return manila-kuwait dengan harga rm60 sajork.
2. Mengguna kan wifi hotel sehabis baik walaupun zali n mohd dah check out, kami bertanggak kat depan otel ni demi line tenet 
3. Penindasan terhadap rakyat Kuwait. Sepanjang kat sana, kami tinggal kat rumah orang lokal. Makan minum pulak ditanggung bereh ^ ^

"Sudahlah murah, menindas pula" 

Katernyerrr.... *jeling cicak kat siling*

Oh para jemaah kali ni suma random people, yakni memang tak kenal langsung. Suma 1st time jumpa kat Manila. Aku ni ntah nape suka travel dengan random people. Maybe sebab dengan stranger kita tend to be more berhemah, considerate dan respectful. Dan tak gedik dan mengada-ngada. Dan tak senang nak menyampah. Dan tak ngam. Sebab sebagai stranger, aku akan cuba sesuaikan diri jugak. Itu pada aku lar, tatau la pada orang lain cemana...

Ada terbaca yang Ninoy Aquino ni dilabel antara worst airport in the world. Aku rasa okay jeee airport ni sebab aku penah pegi airport lagi worst. Yakni Clark airport. Maybe skang dah okay kot sebab time aku pegi tu beberapa tahun lepas, tengah proses upgrading. 



Flight dijadual pukul 9.55 pm tapi onboarding kol 8.55 haa awal gile. Natijahnya, kiteorg sampai Kuwait 25 min awal  😄

Penumpang kebanyakannya pinoys yang keje sebagai maid atau staff in service industry.

Legroom not bad lah...


Melahap megi seafood & air mineral sajork. Total 150P. Lepastu tidor tak sadar diri. 

Tidor lena gileee sbb konker semua seat, tido mcm atas katil...splohjam pun tade hal gini gaye. Takde turbulence sangat ah...ker aku tido mcm kayu hihi
Lagi satu, ramai jee bawak makanan sendiri naik flight. Depa macam x kisah.



Pukul 3 pagi di Kuwait. 
Aidonbilivit! *slide turun dari tangga, somersault kendian flipped tudung*

-bersambung