Nana & Nini Jalan-Jalan Cari Nunu Di Makassar: Last Kopek Yop!


Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Meriah lagu dangdut yang berkumandang dalam kereta perjalanan balik ke Makassar.
It was our last day !!


Kalau abang pilih perawan 
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
belum berpengalaman

DAAAAFUQQQ...??!!

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

Okeh. Aku dah tak tahan. Gelak terkekek kekek dalam keta sampai Pak Asri pun dah sinyum malu-malu. Bengong lah lagu Cita Citata niiiii~ !


Singgah sebentar kat gerai lemang di Jeneponto. Pepagi dah menjual lemang haa. Pak Asri lah berhajat nak beli untuk anak isteri beliau. Aku tengok dia hepi gile hari ni --- beli kain untuk isteri & lemang untuk anak. Agaknya banyak profit dia dapat jadi supir kiteorang. Heee~
Aku tanya dia biasa makan lemang dengan apa kat sini. Dorang makan lemang dengan telor asin rupanya. Ha pelik tak pelik ?!

Sampai di kota masih ada masa untuk jenjalan sekitar town Makassar. So kita ke sini --- Kawasan Kuliner Makassar untuk isi perut dulu


Kalau datang sini, boleh try Nasi Campur --- menimbun & banyak gile. Es Pisang Ijo --- something different lah, try as dessert okeh. Coto Makassar --- sedap ! Dan akhir sekali Ikan Bolu Bakar --- ikan tak bertulang, wangi rempah ratusnya & sedap jugek. 


Hey you. Are you Cita Citata ? 


Sempat singgah Fort Rotterdam lepas makan-makan tadi. 




Petikan dari Wikipedia Indonesia:
Nama asli benteng ini adalah Benteng Ujung Pandang, biasa juga orang Gowa-Makassar menyebut benteng ini dengan sebutan Benteng Panyyua yang merupakan markas pasukan katak Kerajaan Gowa. Kerajaan Gowa-Tallo akhirnya menandatangani perjanjian Bungayya yang salah satu pasalnya mewajibkan Kerajaan Gowa untuk menyerahkan benteng ini kepada Belanda. Pada saat Belanda menempati benteng ini, nama Benteng Ujung Pandang diubah menjadi Fort Rotterdam.Cornelis Speelman sengaja memilih nama Fort Rotterdam untuk mengenang daerah kelahirannya di Belanda. Benteng ini kemudian digunakan oleh Belanda sebagai pusat penampungan rempah-rempah di Indonesia bagian timur.


Bahan bacaan tentang sejarah & culture di Selatan Sulawesi turut dijual disini



Pada haritu aku nampak ramai benor bebudak rombongan sekolah dengan cikgu cekginya. Speaking berhabok.



Rupa-rupanya ada English Meeting & Conversation Club setiap ahad kat sini ! Bukan setakat bebudak je take part tapi orang dewasa, malah orang-orang tua pun aku tengok trying nak speak English. Bagus betul lah aktiviti macam ni...


Lepak kangkung santai-santai borak English bawah pokok. Kagum lah dorang make full use of tempat historical jadi tempat aktiviti yang bermanfaat. 


Jalan-jalan lagi dan terpandang Clay Painting


Zainal Beta ni lah yang aku jumpa time ni :D
Dia cerita serba sikit tentang clay painting. Dia even ada buka kelas untuk sesapa yang minat nak belajar. Hahaha aku masuk-masuk je dia interview aku --

"kamu dari mana..."

"malaysia mas..."

"malaysia...haha kadang saya pening dengan bahasa kamu. pusing-pusing kok jadi jalan-jalan deh! pusing-pusing itu headache. "

HEHE.

"ngaa apa-apa mas..biar saya cakap bahasa indonesia sajaaa..."  Lalu aku senyum terpaling sweet sekali.
Konon dapat lah kot diskaun kalau beli painting dia. Non hado !


Takpa lah....aku faham jiwa & keringat dicurahkan oleh seorang seniman. Aku bayar full price art dia...


Hari makin petang dan kami berangkat ke airport

Dah macam orang Makassar dari belakang  = = '


Selamat Jalan !


Okeh. Rumusan untuk Makassar/Tanjung Bira/Selatan Sulawesi :

1. Kalau dapat tiket Makassar yang mahal, baik lah korang panjangkan duration hari dan jelajah Selatan Sulawesi cecukup. Antara tempat menarik selain Tanjung Bira ialah Jeneponto, Malino, Kawasan Adat Ammatoa & Tanah Toraja.

2. Kalau nak tahu tempat menarik di Kabupaten Bulukumba sahaja, boleh follow IG 'explorebulukumba' dan disitu terdapat banyak pantai lawa-lawa selain Tanjung Bira.

3. Pegawai imigresen dorang agak tegas jadi sila disiplin skit -- beratur belakang yellow line, jangan beratur silap lane & bawak kuar boarding pass return sesiap sebab depa nak tengok. Kalau korang terkial-kial nak kuarkan boarding pass, dia suruh ketepi dan next!!! --- garang gils.

4. Cari teksi bermeter sebaik saja keluar airport. Heks...jangan ulangi kisah kami ! Taksi liar !

5. Kalau nak naik public transport ke Tanjung Bira, boleh rujuk blog ni yang menerangkan cara ke sana dengan lengkap :  http://www.indonesianholic.com/2013/11/tips-backpacking-ke-tanjung-bira.html

6. Ladang garam di Jeneponto paling cun jam 2-3 petang gitu.

7. Bulan paling sesuai pegi Tanjung Bira ialah anytime asalkan bukan dari Disember to March.

8. Lagi blog yang boleh membantu percutian korang ke sana :- http://www.scoopsofjoy.com/tanjung-bira-tips/

9. Tanjung Bira banyak gile tempat menginap so boleh konfiden je walk in tapi tak gerenti lah dapat bilik kalau weekend. Kena sampai awal kat sana dan secured bilik macam kiteorang sebab menjelang petang orang local dah ramai...

10. Aktiviti di Tanjung Bira : Island hopping -- Pulau Liukang & Pulau Kambing, mandi manda, snorkeling, banana boat, makan minum semua lengkap.

orait, xoxo olls ! Happy travels !

Edisi Makassar: