Mai la Penang: 24 Jam Berlayar Dengan Superstar Libra


Teringin nak naik cruise tapi rasa skeptical?
Rasa mahal kalau amek pakej beribu?
Rasa membazir sebab berada dalam confined environment?
Rasa curious apa ada atas ship?
Rasa nak gamble atas ship? Hakss...
Eh. Tidak. Jangan dibuat perkara yang last tuh ya !

Sebenarnya aku teringin nak naik cruise. Bila tengok pakej cruise kat Matta Fair punya la ribu riban so I questioned myself, adakah berbaloi banjer duit ribu-riban dan mostly masa kau spend atas kapal je? Ada orang kata kapal tu banyak facilities. So ahkak mushkil facilities apa yang ada sebab ahkak cepat bosan orangnya. haha. 

So, one fine day ada kawan organize naik cruise yang jenis standing pax. Tahu standing pax tu apa?

Jenis check in petang, esok pagi dah check out.
Tak disediakan bilik, so tidorlah korang bergelandangan kat mana-mana atas kapal tu. Tidor atas enjin bakal ditampar kapten. Hiks. 
Makanan buffet style disediakan dua kali --- dinner & breakfast.
Boleh join semua aktiviti & acara. Ada yang free & berbayor.
Dan yang paling penting --- tiket murah ! RM176 jer per pax.

Oke sudah jelas? Tergoda sudah? Jom ikut ahkak gi cruiseeeee~

Since bergerak dari Seremban, kiteorang pilih naik flight sajork. Kiteorang ni noobis kat Negeri Sembilan nih *hi orang NS!* jadi walaupun flight time kami agak petang tapi pagi dah kuor sebab nak naik bas dari Seremban ke KLIA2. Aku googled katanya ada bas KLIA2 kat Terminal One pukul 10 pagi. Alih-alih bas MIA, even orang terminal kata bas tu tak tentu masanya. Atas suggestion sorang makcik ni, kami naik KTM ke Nilai dan amik bas dari sana. HAZAB ye pepagi dah berjalan kaki dari Terminal One ke KTM. Merecik recik ketiak. Bas dari Nilai ke KLIA2 harga tiketnya RM4.50 je tapi hadaplah duration nak sampai epot tuh dekat sejam = = '


Naik flight, tak sempat nak buat aksi tidor pun...dah sampai Penang. Disambut oleh para jemaah trip nih yang dah lama sampai seawal pagi tadi.

Sebenarnya sementara tunggu petang nak naik cruise ni, ada lah berlaku acara-acara sampingan. Tapi itu akan diceritakan kat entry yang lain ye. 

Senja sudah kat Pelabuhan Swettenham. Ekceli kita dah boleh start check in kapal dari pukul 5 hingga pukul 8. Kami sampai dalam pukul 7 ++ gitu. 

Kapal ni memang besar lah. Eksaited dah rasa nak naik kapal dan dinner sambil telan angin laut. Hahaks. Adik aku penah naik cruise time honeymoon dia, dia kata agak kuat angin lautnya. So aku macam teruja...


Lepas check in kat kaunter, dia bagi kad ni so apa apa perbelanjaan bleh guna kad ni. Di akhir trip, dia kira perbelanjaan korang atas kapal tu based on record dalam kad ni.


Boarding. To the right to the right~


Meriah dengan mural kat dinding pintu masuk


Terus naik Deck 6 sebab kat kad tertera deck 6. Haha. Padahal bleh je naik deck 9 terus --- deck paling atas dan segala benda happening tengah berlaku



Acah-acah la check in cabin...hahah. Bilik sapa pon tatau laa...

Naik ke deck 9, terus kelaparan menerpa walaupun dah JJCM skit kat area Penang seblum naik kapal ni. heh. Buffet line berderet-deret dengan orang ramai. Nak chop sunlounger pun dah penuh. Takpa, kita amik food banyak-banyak dulu :D


Sambil didendangkan dengan lelagu cina dan lelagu melayu yang kedengaran kecinaan. hee~

Menu malam ittewww



Food dia overall so-so je. Dalam pinggan ni yang sedap cuma fish tu je. Selain tu, lasagne dia sedap gak la. Pizza pun oke. Grilled minute steak tu liat nak mampus, bleh lempar ke laut jadi buoy. Rugiii lah...kalau reti masak menatang tu memang berbaldi aku amik.


Sementara tengah makan-makan tu, kapal dah nak start belayar. Sebelum belayar, dorang ada safety drill just like AA. Dia tunjuk cara pakai life jacket dan apa nak buat time emergency. Safety drill start dari 8.30 ke 9.00 malam dan semua buffet line dihentikan seketika semasa safety drill. Ada orang yang tak paham/ tak tahu/ tak amik port, maka mengamuk dan nak bergaduh dengan staff disituh sebab dihalang daripada mengambil makanan ! Grab popcorn kejap...


Daripada ang dok amok sebab tak dapat amik food, baik pose seketul dua kat sini sementara orang tak ramai neh  ^ ^


Tersandar selepas membuffet. Dalam hati --- "kalau malahun kat sunlongers tuh sume tak blah, kat ne aku nak tido malam ni. hmmm"

View gegor vaganza. Walaupun ganba hodoh, pecaya lah view malam tak sehodoh ganba. Lawa juge sky line Penang...mengingatkan aku kat Victoria Harbour, HK.


Lepas makan, tawaf kapal lor. Jom hikuttt~

Tak dinafikan bila naik kapal ni otomatik akan teringat Titanic ....  :D


Ada golf cage. Terbiar sepi takde orang main...

Gym

Jogging track

Basketball court yang sama deck dengan jogging track. Deck 6 ni sunyi lah. Port layan perasaan, dating-dating boleh nih. Hee. Tapi takleh lebey haaa, cctv merata-rata kat kapal ni.

List of decks


Berada di deck 4. Sini lah ada kekedai, reception, salon, restoren sume...


Reception



Barangan duty free. Tak jengok pun harga. Malas...


Hiburan yang sedap sikit daripada band cina deck 9 tadi. Pinoy marrriii. 

Para management. Noticed the captains ialah mat salehs.

Diberi jadual persembahan dan aktiviti malam itu, so to kill time kita gi jengah kejap. Aktiviti memang sampai ke pagi lah. Tapi yang cina-cina ni aktiviti dia dok bertapa kat casino! Haha. Datang pakai selebet je tapi pouch punya lah besar kat pinggang memasing. Rilex je jalan masuk casino. Ada ATM jugak area luar casino tuh. Aku sempat jengah dari luar je. Nak tengok kot ada mesin tarik-tarik macam kat Las Vegas ^ ^


Show musical - Starstruck. Sampai-sampai je dah nak habes = = '


Game Bingo. Pun sampai je dah nak habes pulak !


Ah. Barang baik mestilah berbayor ye tak ? Topless show RM35 per pax. Sesapa yang MIA antara pukul 11-12 am tuuu, haa tahu la dia pegi mana *kepit lengan pakwe tak kasik gi memane

Ekceli dah terdetik niat jahat nak pegi tengok sesama. Tapi show dah halfway so macam rugi lak. Kahkah. Rasa curious adakah show ni sekadar goyang dada atau ada tricks lain. Hihi. Andaian uolls??

Selain dari tu, facilities yang lain ada KTV, disco, casino, swimming pool dan hot jacuzzi. Snooker tadak...so agak sangap. Oh bilik air kat sini jenis takdek pili air...malah bidet pun takdek. Haruuu. So bawak lah botol air atau bekas sebagai gayung sesiap...

Akhirnya kami dapat "check in" cabin kami ! Hahaha. Ni lebih dari 5 stars okeh. Nih status stars & moon. Ko mampu dik ??


Dah nak lelap tuh, aku tengok balik jadual dan ternampak ada tayangan movie kat Stardust Lounge. Movie ni kiteorang tak tengok lagi --- Hobbit & The Battle of Five Armies sooo malam tu layan sampai 3 pagi. Lounge tu ada sofa-sofa panjang dan beraircond so macam bes nak tido situ. Saat aku meletakkan kepala kat sofa tu memang terasa macam gelandangan pule. Kejap tido sunloungers, kejap tido indoor lounge. Ada gak standing pax macam kami melelapkan mata kat Stardust Lounge ni. Tapi tak aman sangat tido situ sebab pekerja dia datang clean up & memvakum. So balik lah kami ke cabin berstatus stars & moon tuh ^ ^

Selamat Pagi !


Syahdu je subuh atas kapal ni


Rise & Shine !

Breakfast dia not bad lah. Banyak pilihan dari western ke tradisional --- even lontong pun ada.


Boleh juga posing-posing dengan 3D wall art nih...


Around 10 am kapal pun berlabuh kembali ke pangkal jalan. Takde konar-konar pegi Krabi or Phuket, memang dia hanya kat perairan Mesia ni satu malam. 

Para jemaah cruising trip. Mr Z turut hadir memberi sapot pada hobi wife dia. Haksss..

Jadi berdasarkan pengalaman aku ni, okaylah RM176 semalam sajork sebagai trip pengenalan tapi untuk berhabis beribu untuk pakej cruise memang TAK AKAN ah di masa akan datang. Ni just opinion aku je tau. Orang lain maybe seronok kot ^ ^

xoxo olls !~
Edisi Penang:
Mai La Penang: 24 Jam Belayar dengan SuperStar Libra
Mai La Penang: Chew Village, Bukit Bendera & JJCM