Nana & Nini Jalan-Jalan Cari Nunu Di Makassar: Keindahan Tanjung Bira




Akhirnya kami sampai di Tanjung Bira selepas harung enam jam perjalanan disertai bunyi honk tak henti-henti dari Pak Asri yang kekadang annoying gak. Dah memang gitu gaya pemanduan orang sana, dah tak terkata apa dah diri ni. ~ sakitnya tuh di gegendang telinga guwe ! Nak acah-acah tidor pun tak dapat...





Sampai je Tanjung Bira kami terus cari bilik untuk disewa satu malam. Ternampak Wisma Bukit Jabir yang colorful dan macam comel je bilik dia. Lagipula chalet ni dekat dengan pantai walaupun bukanlah betul-betul depan pantai.

Tanjung Bira ni takde chalet yang betul-betul beachfront. Yang ada maybe kat cliff yang menghadap pantai dan pastinya harga ialah tak mesra bekpekes.


Dapat bilik berkipas berharga Rp250K per nite sebab bilik aircon sudah penuh. Berkuap-kuap dalam bilik ni ha. Ada terasa macam nak transform jadi model Victoria Secret dan bukak tingkap luas-luas, voley? Choiii or chehhh !? Sila vote kat komen.

Bilik air nya pula just tandas cangkung, paip & baldi. Okayla kiteorg blasah sajork ! 

Oleh kerana tak betah duduk dalam bilik, baiklah kita keluar jenjalan time matahari tegak atas kepala. Tempat ni menjelang petang, suma room dah full. Even bilik berkipas dah naik rega jadi Rp350K. Gitu kau dia buat duit time weekend. 


Dari chalet tadi kita jalan kaki je ke pantainya di hujung lorong ni.


Di sepanjang tepi pantainya terdapat deretan gegerai yang menjual makanan, minuman dan cenderahati. Bukan hanya tu saja, gegerai ni suma ada macam pangkin untuk pengunjung melepak dan berteduh dari panas.


Okay. Tahu korang tak sabar nak tengok pantai Tanjung Bira kan? Layan jom geganba. Memang as seen on tv lah tempat ni!

Hampun ya banyak ganba muka sendiri...tersengih-sengih sebab finally biru mata hitamku !!









Pantainya takde lah panjang macam Long Beach, so bleh je khatam dari kiri ke kanan dalam 20 min jalan setop sengih jalan setop sengih selfie. Gitu.


Then, ada tangga naik ke atas dan wallah~ dihidang view macam ni ! Ni lah ganba wajib kalau korang google Tanjung Bira !




Nah sekali tiga snap aku bagik !






Untuk pengetahuan semua, Tanjung Bira terletak di Kabupaten Bulukumba dan Tanjung Bira lah area terpaaaaleng hujung sekalis di Selatan Sulawesi ! Pantai ini mempunyai segala kecantikan tropikal --- laut nan membiru & pasir yang memutih. Pantai sangat cetek dan landai bagi lapisan pertama, lapisan kedua pun still landai dan warnanya sedikit gelap sebab dasarnya diliputi seaweed sejenis kelp rasanya. 

Aku dok nyelam area tu nampak ikan kecik berenang-renang cecelah dedaun kelp. Comel. Tapi hikan hikano dia takde lah colorful macam kita selalu jumpa time snorkeling.


Puas hati ! *walaupun sangat terik time ni



Bahagian atas ni ada lagi gegerai. Singgah gerai tetepi tu untuk berteduh. Panas sungguh haritu. Sape pulak pakwe yang berjalan ke arah aku ittew. heeeww ~ 


Gerai ni air sejuk pun takdok ! Telan ayliyor je la. 


Pemandangan dari atas


Turun ke bawah semula dan mencarik eskrem. Eskrem tu macam eskrem mesia je tapi dipotong dua kendian dicelup dalam coklat. Jadi lah ia Es Celup ! 


Nikmat donia lahai makan eskrem tetengah panas macam neh di tempat sorga donia...




Pahtu lepak kat pangkin macam ni. Gratis saja tanpa bayar apa-apa. Haa kat sini ada air dingin. Beli sebotol dua. Berbaring. Sumbat earfon. Layaaaaaaan~



Souvenir sini ada baju bajan je dan designnya agak ol skool. Jadi aku tak membeli...

Lepak sampai Nini dah mengantuk dan nak sambung tidor kat bilik. Aku lak masih disini layan kopok emping malinja bersalut madu yang dibeli kat gerai tadi...pahit-pahit manis. Sedap gaks.


Sorang-sorang sambung melayan rasa...


"Aku tersesat menuju hatimu. Beri aku jalan yang indah"

"Izinkan ku lepas penatku untuk sejenak lelap di bahumu...."



Tetibe mic di tangan  --- "Dapatkah selamanya kita bersamaaaaaaa menyatukan perasaaaaaan. 
Kau...dan akuuuuuuuuu~~~~ *menggengam tangan di dada


Dah duduk tegak miming korus sepenuh jiwaraga

Okaylah akhirnya aku pun kalah dengan cuaca panas yang mengundang mata menjadi kuyu.
Balik bilik, tingkap tutup, kipas static & full blast dan tidor sekejap. Adriana Tujuh penat fotoshoot tadi taw...

Aktiviti air segala mala suma ada kat sini. Island hopping pun ada jugak kalau korang ada masa, bleh jenguk pulau Liukang dan pulau Kambing. Penginapan amat banyak kat Tanjung Bira ni so boleh je walk in mana-mana. Walau bagaimanapun kalau weekend, pantai memang ramai orang jadi tempat penginapan pun makin penuh. Aku tengok Tanjung Bira ni dah seropa Port Dickson pada kita  ----- yakni pantai orang local selalu pegi dan mandi manda bersantai mantai. Cumanya, Tanjung Bira punye laut beribu kali ganda lawo lah dari Port Dickson. Hiks. Jangan baling aku dengan durian banggggg ~

Aaaa lagi satu, nak masuk Tanjung Bira ada entrance fee sebanyak Rp10K. Okeh dah.

Tolong kejutkan bila tiba sunset bleh? *peluk wings Victoria angels


Edisi Makassar: