Nana & Nini Jalan-Jalan Cari Nunu Di Makassar: Jeneponto




Halo! Pagi hari kedua tu kami bergerak ke Tanjung Bira seawal jam 6 pagi. Ini memang tujuan utama & highlight bagi trip ni la. Dalam perjalanan ke Tanjung Bira, kita akan melalui lima kabupaten dan Tanjung Bira ni terletak di Kabupaten Bulukumba. 

Aku agak kabupaten ni macam daerah lah kot?

Supir ke Tanjung Bira ni aku dah arrange dari KL lagi tapi bila dah jumpa & mesra dengan Pak Asri, langsung aja aku amik dia je jadi supir. So supir yang sebenarnya aku kansel !  Kira dalam kategori selingkuh tak neh ? :P


Harga Pak Asri letak Rp1.4 mil return. Dia agak fleksibel kalau nak suruh dia stop kejap sana sini untuk motret. Tapi kan, makan minum dia kita kena tanggung. Lain daripada supir yang aku penah engaged kat Bandung & Bali. Kereta yang dipakai ialah kereta Avanza. Skill pemanduan --- agak FF7 hingga aku merasakan perlunya aku pakai seatbelt bila nak tidor. Ngeh !

 So, Jeneponto ni antara lima kabupaten yang korang akan lalui dalam perjalanan ke Tanjung Bira.
Jom layan geganba sat. Geganba ni diambil sepanjang 6 jam perjalanan dari Makassar ke Tanjung Bira. Snap dari dalam kereta je ye. Dengan kelajuan umpama Toretto beliau, banyak ganba failed terok!


Pasar pagi di Kabupaten Gowa. Bahan bahan di dapati daripada Pergunungan Malino yang berjarak 60km dari sini.



Rumah orang kayaaa. Belakang suma sawah padi..


            Sungai yang mengalir damai...

Nak bawak kerbau berjogging


JENEPONTO


Kalau dah nampak kuda, ni bermakna kita dah sampai Jeneponto !


Kabupaten Jeneponto terkenal dengan kuda. Daerah kuda ini sememangnya banyak menggunakan kuda untuk pengangkutan & makanan tradisi yang terkenal disini pun daripada daging kuda. 

Aku pun tak faham dari mana dorang dapat kuda ni suma. Sebelum sampai Jeneponto banyak nampak lembu & kerbau. Masuk sini jee nampak kuda. Menurut supir, memang dah turun temurun tradisi membela kuda kat sini. 


LADANG GARAM 


Selain daripada terkenal dengan kudanya, Jeneponto jugak femes sebagai penghasil garam terbesar di Selatan Sulawesi nih. Lihat ganba diatas tu --- itu ialah ladang garam. 

.

Disebabkan kami sampai agak pagi --- jam 10 kalau tak salah, so garam tu belum terbentuk lagi. Garam akan terbentuk bila time yang betul betul terik --- jam 2 ke 3 petang gitu


Hasil garam dijual disepanjang jalan bertentangan dengan ladang garam tadi. Garam asli lagi alami lagi organik ahgitchewww...


Rawanlah lagi hati ini sebab tak dapat tengok betul-betul garam nya ! Kalau garam dah terbentuk, seluruh ladang ni jadi putih tau....gorjes~!


Huhuk..layankan lagi ganba ladang garam sepanjang perjalanan di Jeneponto :








COTO KUDA


Kami singgah sebentar di sebuah warung untuk merasa masakan tradisi Jeneponto iaitu Coto Kuda. Aih seronok nak terai-merai bebenda pelik ni. Well maybe sesetengah orang tak berapa pelik sebab penah makan daging kuda. Mr Z cebik je kat aku bila aku cerita benda ni sebab dia kata penah makan rendang daging kuda dulu-dulu. Aku plak first timer! Teruja nau nau nauuu `~


Macam chemical berbahaya plak aku tengok botol cuka nih

Mangkuk-mangkuk kecil yang dah bersedia untuk para pengunjung


Kedai makan yang bersih & kemas tersusun. Lelebih lagi ketupat tu elok je bersusun susun macam tu. Daun ketupatnya lebih hijau dari versi Mesia...

Aku mintak coto kuda campor means campor daging dengan usus, hati, etc. Mangkuk tu kecik je sebenarnya tapi isi daging memang banyak. Daging kuda macam sedap tapi aku takleh blah sangat organ dalamannya. Hati kuda tu tekstur macam berbiji-biji.

Begini cara makannya. Letak sambal skit kat ketupat dan makan dengan coto kuda. Kalau Konro pulak ianya sup juga tapi dengan tulang kuda. Haaa coto kuda ni overall sedap ah sebab sup panas-panas, dagingnya potongan besar-besar, dan sup kurang minyak. 

Serta merta badan rasa panas lepas makan coto kuda.

Masuk keta, on hekon !

Layan lagi view sekitar...Tanjung Bira jauh lagi neh~

Ni rumah-rumah yang biasa kelihatan di sepanjang jalan. Jenis tiang tinggi, atap bumbungnya, verandahnya rasa macam kat Mesia. Macam kat Terengganu lak aku tengok...

Sepanjang trip ni Pak Asri main lelagu indo yang asik dehhh..
Antara aku suka ialah lagu ni, sebab lirik dia menggambarkan kehidupan orang yang gigih bekerja macam Pak Asri ni. Lagu feveret dia jugak kot sebab dia pun menyanyi kecil ^ ^ 


Armada - Pergi Pagi Pulang Pagi





Aku sayang padamu
Aku cinta padamu
Semua kan ku lakukan demi kebahagiaanmu

Tak pernah ku keluhkan
Walau rintangan menghadang
Panas hujan begini makanan sehari-hari

Ku rela pergi pagi pulang pagi
Hanya untuk mengais rezeki
Do'akan saja aku pergi
Semoga pulang dompetku terisi

Kamu tak perlu resah
Aku sedang berusaha
Demi kebahagiaan
Kamu yang aku sayangi

Tak pernah ku keluhkan
Walau rintangan menghadang
Panas hujan begini makanan sehari-hari

Ku rela pergi pagi pulang pagi
Hanya untuk mengais rezeki
Do'akan saja aku pergi
Semoga pulang dompetku terisi

Aku rela ditinggal pergi pagi pulang pagi
Karena kamu mencari rezeki

Kau do'akan saja aku pergi
Semoga pulang dompetku terisi

Aku rela pergi pagi pulang pagi
Hanya untuk mengais rezeki
Kau do'akan saja aku pergi
Semoga pulang dompetku terisi
Semoga pulang dompetku terisi
Dan semoga kau tak ngambek lagi

Betul menggambarkan life pemandu taksi macam Pak Asri. Dia cerita yang dia kena tunggu orang kat airport sampai pagi. Upah dia berdasarkan berapa ramai penumpang dia bawak dari airport ke kota. Balik rumah pun 3 pagi dan hanya dapat rehat beberapa jam dengan anak bini sebelum keluar bekerja balik.

Layan lagi view sekitar :

Aku tak ingat dah sampai kabupaten mana. Daerah sini bes gak sebab dah masuk pantai, perahu, pokok kelapak suma..


Pantai !


Sepanjang jalan akan nampak orang mengusahakan seaweed ni. Tak sempat setop. Snap dalam kete je. Menarik !

Melalui tepi pantai

Aku ingat balik nanti nak setop sini jap...~

Berderet deret lori masuk untuk menambak. Macam comel nampak dari jauh sebab macam lori mainan. heh!


Nice view! Kabupaten ape pun tatau ! 

Lupa tanya *dush tumbuk kesengalan diri

Edisi Makassar: