Nana & Nini Jalan-Jalan Cari Nunu Di Makassar: Losari Bersari Pisang Epe



Losari.

Tak jauh mana pun dari Paotere. Kalau ikut kata Google, cuma 5 km je dari pelabuhan itu.


Tanggapan pertama  ---- ramainyaaa umat. Ganba tak mengcapture situasi sebenar. Losari ni macam dataran tepi laut dan ramai orang lokal yang datang sini lepak-lepak. Nongkrong asik deh !


Tengah nak siapkan kerangka khemah untuk function besok. 


Bagi sesetengah orang maybe rasa arrghhh ape tempat ni ramainya orangggg...serupa pasar malam! Kemon bebeh, lighten up. Ada je aktiviti yang korang leh buat kat sini untuk kill time. Antaranya ialah :-

1.  Korang beli teh botol dan duduk nongkrong situ serupa orang Makassar dan people watching orang-orang yang lalu lalang. Heeeee...~


2. Selain itu, boleh pose-pose kat hehurup yang hade kat Losari nih. Ni paling kuat orang local sana ingat korang orang Jakarta lah. Hiks..





3. Boleh makan-makan bakso. Oh ya, UMUM tu maksudnya yang halal manakala kalau dikatakan KHUSUS maksudnya tak halal. Ini yang aku baca dari blog indo lah. 


4. Layan monumen yang ada kat sini. Aku rasa personally orang Indonesia ni sangat patriotik lah sebab banyak jeee monumen patriotik dan nasionalis memana. Bagus macam ni sebab ianya sebagai mengingatkan rakyat akan jati diri dan sejarah negara. Takde la orang senang sangat lupa diri dan asal usul *tettt*



Monumen ni melambangkan sukan tradisi di Makassar


Ni tak lain tak bukan melambangkan ia sebuah kota pelabuhan dan sangat femes dengan kapal Phinisinya. 

5. Kalau bawak bebudak, seronok kot sebab banyak kenderaan mainan yang bling, sparkly, musical gitu.
 Aku kagum dengan cara dorang modified benda ni jadi mesin. Kereta tu kereta mainan biasa je tapi hasil inovasi bleh jadi mesin buat duit.


Kereta yang dah pimped jadi berlampu lampa.


Kalau anak korang nampak benda ni pasti mintak dibelikan! Maksalah nak seludup naik flight tu...haha matik! Dah la pegawai imigresen dorang garang ... ~ 

Benda ni sebenanya umang-umang. Didatangkan dari Surabaya katanya. Alive & breathing ye ! Ntah cemana dia kalering atas cengkerang umang-umang yang masih hidup ni. Kalau beli, dia bagi perumah sekali  ^ ^


 6. Atas rekomendasi kawan, aku try Pisang Epe. Korang try lah jugak tauuuu~


Opposite Losari ni, sepanjang jalannya banyak gegerai macam ni. Pilih mana yang berkenan...


 Order Pisang Epe & Jus Alpukat



Pisang Epe ni kira macam versi sihat kepada Pisang Cheese. Sebabnya pisang tu dibakar instead of bergoreng ! Tapi tetap jugak lah letak cheese...itu takleh tinggal woi !


 
Aku rasa sangat syok giler lepak sini. My kinda spot. Warung kecik, bersih, tepi jalan, snacking lite-lite...hah rase rileks gile.

Rasa aman tak lama sebab datang pula pengamen main gitar. Lagu tak dikenali pulak tu...lagu bugis agaknya. Apa kiteorang ni dah blend in macam orang asli Makassar? Pengamen pertama kiteorang sedekah lah jugak duit sikit. Pahtu datang yang kedua, aku cakap " udah udah ngaa mau..." dia main jugak sampai habis. Hantu betul lah. Pahtu mintak duit kat kiteorang. Matik ah kiteorang buat dunno je. Kan dah kata, ngaa mau tadi. Dia berdiri lagi kat situ macam patung cendana, haihh rimas kakak! Nasib ada Pak Asri yang tolong cakap kat dorang. Datang lagi pengamen ketiga, keempat suma aku hambat kata takmau. Ngertik ngaa?~  Biasanya kat tempat lain, kalau kita kata takmo, dia pergi je tapi kat Makassar ni degil degil orangnya.

Kekadang sayu juga hati tu bila datang pengamen bebudak kecik bawak gitar nak nyanyi kat kiteorang. 

Datang seorang budak, aku tak ingat samada dia nak menyanyi/main gitar tapi end gamenya dia nak duit lah. Aku ni belum pecah duit besor, jadi aku tanya dia dah makan ke belum. Kalau belum meh makan pisang epe ni dik...
Berselera dia makan weh. Sayu tengok. 

Menurut kata Pak Asri, bebudak kecik ni suma ada "ibu" yang jaga dan perhati dorang ni dari jauh. Biasanya bebudak ni diambil untuk "bekerja" oleh "ibu" dan end of the day akan dipulang balik ke rumah orang tua mereka. Hurm, kesian kan. Atas desakan hidup, makbapak lepaskan anak untuk mencari rezeki. Akan tetapi, yang bright sidenya dorang masih bertuah sebab dihantar balik ke rumah parents at the end of the day. Yang kat Msia ni bebudak dok mengemis tu kau rasa dia hantar balik rumah makbapak dia tak? T T



Pak Asri tengah telek map hotel. Jeng jeng jeng !! kat sini lah negosiasi rega taksi berjalan. Adoi aku fail lah nak nego nego ni lelebih lagi kalau tahu latar belakang kuarga dia yang susah. So, tutup mata je lah bayor Rp350K. Pada kiteorang, ni kira untunglah dapat orang yang baik dan jujur.

Lagi satu dia ni bagus dari segi, dia ikut je kiteorang sepanjang kat Losari tapi tak terlalu dekat just nice je sebab katanya kat situ kalau mudah terpujuk, mudah saja korang kene paksa beli itu dan ini. So beradanya dia kat situ nak pastikan keselamatan kiteorang. Even yang pengamen-pengamen tu kalau takde lelaki dengan kiteorang mau dia berdiri macam patung tunggu bagi duit. 

Kalau malam minggu pula kat Losari tu ramai mat-mat rempit dengan motorsikalnya yang kira boleh mendatangkan bahaya lebih lebih lagi kalau melenggang kangkong dengan handbag shenel petaling street uolls tu. 



Pemandangan terakhir di Losari. Pantainya taklah lawa aku rasa, tapi punyai seribu satu cerita jika tajam deria mata & hati.


Indonesia kekadang buat aku kagum. Kagum dari segi apa? Banyak...susah nak cakap sini. Kena pegi sana dan merasainya sendiri. Kebanyakan orang kita fikir we are better than them tapi aku rasa sebaliknya.  Give them the same resources, ministers yang bijak sikit dari Ahmad Maslan, dan sokongan rakyat aku rasa Indonesia mampu menyaingi kita lagi 7 tahun. Sekarang ni pun dorang dah advanced dari segi music, film, fashion dan *ehem* tatasusila dalam FB group. Ahakss...~


Dan aku rasa serba salah sikit malam ni..
Sebab aku telah berselingkuhhhh. ohh ~!
*tersadung di pintu syurga

-sambung nantiiii

Edisi Makassar: