Berhembus Bayu Bohol : Alona White Beach & Paalam Na~


Entry terakhir Bohol kali ni aku nak ajak korang bersiar-siar sambil menyanyi lagu Bercanda di Pasiran Pantai kat Alona White Beach. 



Sepanjang Alona White Beach ni ada kekedai & resto makan. Boleh dikatakan nampak macam satupertujuhbelas macam Boracay.

Macam sipi sangat persamaan ittuew. 
Haha opkos Boracay tiada tandingan lagi !
*tunggu aku jejak Bantanyan dan Palawan naaa*

Pantainya landai dan juga kurang wave. 

Apa-apa aktiviti air suma ada kat sini



Alona Vida hotel ni ada swimming pool. Tatkala si kenit liat nak kuar dari laut, aku cakap moh kita pegi mandi kat swimming pool pula. Baru lah dia nak kuar dari laut tau. Berendam lagi kat swimming pool sampai 8 malam. Mana tak demam kekura budak tu bila balik Mesia. Hantu air sungguh !


Malam terakhir lepak-lepak kat hotel layan live band. Suara mantap membawak koleksi klasik rock.


Antara jualan kat sini (sebenarnya kat sini jualan tak macam-macam sangat seperti Boracay) ialah locket yang jenis gini. Sungguh tak musim ! Ni zaman aku skola menengah kot orang gile pakai choker atau locket macam ni. 


Berdekatan Alona Vida, ada kedai jual eskrem home made yang agak pepelik gak flavournya


Kiteorang amik eskrem kelapa. Tahu tak kon dia tu rasa cam kopok emping malinja ! So perfect contrastnya...manis dari eskrem dan pepahit dari kon.


Kemeriahan malam hari.
Tapi takleh lawan lah kemeriahan Boracay ! *kene baling gelung api


Scene pagi sebelum balik. Tiada tanda-tanda matahari memanchor cemerlang gemilang dan terbilang.


Life's Too Short to Upset Over LautTakMembiru.


Keep calm & drink coffee!


Sementara mengopi macam ada tanda-tanda harini ialah lagi baik dari semalam. Tapi aku sudah mau pulang. Ah. Takpe lah. Biar orang lain menikmati laut birumu. Semoga orang itu seorang blogger dan mengepos gambar di blog. Huhu. 

Motip tulisan korea di anak tangga?

Kat sini aku terserempak dengan tekong bot semalam. Aku kata kat dia kiteorang nak balik Malaysia dah arini. Dia angguk-angguk kepala seraya bertanya aku,

"Is Malaysia have winter?"

Tergelak kecik dalam hati. Rasa macam tak pecaye pun ada gak. Takkan dia tak tahu Malaysia berjiran je dengan Philippines ni, berkongsi cuaca yang sama. 

"err. No."

Then aku terfikir-fikir kenapa dia tanya aku soalan tu. Bila sel-sel otak bergabung dengan dijana oleh kepoweran cafe latte panas, aku dapat jawapannya ! Aku pasti ! Confirm! 

Confirm dia tengok kami rileks menahan sejuk semalam jadi dia buat penaakulan sendiri yang Malaysia ada winter season. Huhu. 


Berangkat ke ferry terminal


Aku tak puas hati kat sini. Time pegi, baggage check in cuma PHP 30 kalau tak salah. Kat sini time balik tetibe kene PHP 100 for the same bag.


Sini dikenakan Terminal Fee PHP15. Elok je sampai terminal, boat pun dah ada

Balik guna Ocean Jet jugak


Alih-alih sampai airport (nampak tak sini. tak sabor nak habiskan Bohol! nak cerita Makassar!)

Kat internet aku survey airport tax Cebu konon PHP550. Duit memang cukup-cukup set aside untuk jumlah bertotalkan tiga orang. Pegi kat kaunter, rupanya PHP750. 

Jadi di sini nak buat komuniti servis sikit sebab kat Internet tak accurate

Airport tax Cebu ialah PHP750

Duit tak cukup macam kami? Pegi kat terminal domestic kat situ ada money changer kalau ada bawak RM lah. 

Bye Bohol.

Bohol secara rumusannya:

  • Destinasi yang senang dicapai sebab public transport ialah efisien
  • Makan halal macam biasalah kalau kat Philippines ni susah sket
  • Hotel banyak di Alona Beach boleh try juga walk in
  • Seafood ialah mahal huhuks
  • Recommended ferry ialah Ocean Jet. Sopan, pantas, selesa.
  • Dari ferry terminal ke Alona beach better amik teksi
  • Sebelum pergi ke sana, pastikan dah study range harga ferry, sewaan teksi, pakej aktiviti dan lain-lain supaya kita dapat gauge duit perbelanjaan kita di sana. Aku study dari Wikitravel jeee
  • Best time to visit Bohol ialah March to June (then cemana aku bleh terbeli tiket bulan Jan ni! hahaha sengal!)
  • Souvenir kat Alona macam sendu je. Baik beli kat Tarsier Conservation at least beli something yang Bohol famous for which is Jenglot. eh. Tarsier
  • Sila lah bike zipline dan ngepos ganba di FB/ blog kasik gua mendidih jeles...
  • Dolphin & whale watching, Balicasag & Virgin island ialah must do activity katenye!
  • Yang aktiviti kering-kering must do pulak ialah Chocolate Hills, Man Made Forest, tengok Tarsier dan Church. Boleh google nak pegi tengok church mana. Google juga attractionnya yang lain tapi sebabkan aku tak minat, jadi tak pegi !
Ape lagi ek? Kalau teringat aku hupdet lagi sini.

Paalam Na ~! 

Cerita Bohol:
Bohol Day 1
Bohol Prequel
Bohol Day 2
Bohol Day 3
Bohol Day 4