Berhembus Bayu Bohol : Setapak Melangkah Dua Langkah Ingatan Dinda Pada Laut Biru



Jangan betulkan screen laptop & henfon korang ....! 
Ye memang betul...si Nanatron bersiaran kembali..~
Aku tanya apa khabar semuaaaaa ?  *pose nak dengar balik teriakan peminat

Krik. Krik. Krik.
Silent readers, stop pose-pose cengkerik okeh ~ say Hi kat bawah sanah :)

Trip Berhembus Bayu Bohol ni berlangsung time cuti long weekend bebaru ni. Since aku dah keje kat KL balik, merasa lah cuti Fed day chapp cuss dengan Thaipusam. No AL taken. MC je I took! Hee aci ke tak aci amik MC ni. Kekeke. Kira aci lah khenn sebab balik dari Bohol tu aku and Elsa demam sesema...akibat kegigihan menahan kegigilan. Ah. Dah rasa nak start pilu nih. Sobs. Read on.

Bila melangkah masuk Klia2 ni rasa terkesima. Banyak dah beza since last aku pegi time dia bebaru bukak dulu. Very nice. Macam ni lah bagus...hati pun rasa gembira je nak lepak lelama kat airport.


Cuma time makan je tak brapa nak gembira sebab mahal. Macam Mcd ni, takde dalam bentuk set. Semuanya ala carte. Kalau set elok dalam RM10, beli ala carte macam gini dah nak dekat RM20 !


Flight kiteorang pukul 10.40 am. Tapi tengok lah...airport lengang. Semua urusan takde queue yang panjang, semua smooth je. Lucky? or Bad Economy?  hmmmm~


Tiba gate sejam awal, so duduk-duduk goyang kaki. Serious bes dah Klia2 ni !


Flight dari KL ke Cebu (sebutan: sea-boo) mengambil masa 4 jam. ETA pukul 2.40pm. Apa nak buat lama-lama dalam flight ni ? Makan dan makan je lor.

Budak kenit ni asal naik flight je...dah memintak food sedap-sedap. Mama nya dah tahu sangat perangai dia ni so aku order online sesiap kids menu ni. Mac & Cheese with Meatballs siap dapat air Ribena dan KitKat. Menu ni hanya terdapat melalui online saje.

Selain dari makan, kita tidor. Bangun gosok-gosok mata. Makan. Tidor lagi. Layan MP3. Dan ehhh dah sampaiiiii ~~!!!

Mactan Cebu International Airport


Ada orang Mesia approach dan tanya aku apa nak jawab kat soklan no. 2. Nilai kat kertas tu tulis 10,000.00. Duit sikit gile pun nak declare ke? Tapi seingat aku time trip ke Boracay kami ada tanya stewardess depa kata tick No je.

Kita bohong sunat yeee sayam !

Time kat airport ada la nampak orang-orang mesia. It was us, dua couple dan sekumpulan 'bekpekes' gitu. Yang approach kiteorang ni one of the two couples tu. Sembang-sembang jap. Depa lagi lama travel...8 hari sebab cover MoalBoal, Oslab dan Bohol juga nanti. Kiteorang ni just cover Bohol, maklumla bawak anak takleh nak nomad sangatnyepunnnn  :D


Tiba kat kastam, depa tak check sikit pun form tu. Depa collect je form tu buat rumah kertas nanti kot. hee.

Keluar dari airport terus cari teksi bermeter. Dari study aku, fare should be around PHP 200-300 dan duration dalam 30 min ke satu jam bergantung pada traffik.

Helu Cebu ! Kami datang nak pose-pose memerang di lautan Visayas


Hectic dengan tricycles nya. 

Kalau korang naik teksi, pelis cakap destinasinya ialah Mactan Cebu Ferry Terminal. Dia ada 4 pier kalau tak salah aku dan kita harus lah terus ke Pier 1. Kalau pegi betul-betul kat Terminal tu...dari situ nak ke pier-pier ni Pierre Andre pun surrender. Sebab jauh gileeee. So dari teksi korang sesiap je cakap turunkan kat Pier 1 oke?

Perjalanan ke Ferry Terminal ni akan berselisih dan bergasak dengan banyak lelori. Sebab apa?
Terminal ni jugak jadi Container Yard. Busy betul !

Juga jadi tempat ferry-ferry besar berlabuh. Pakcik teksi kata, ada ferry besar dan slow macam gini pegi Tagbilaran tapi amik masa 8 jam. Means, kau naik malam...esok pagi sampai. Haha. Beza gile dengan fast ferry yang hanya ambil masa 2 jam saje.


Pier 1. Terus boleh beli tiket.
Apa nama destinasi korang tanya?
Tu haa baru mentioned kat atas  --- Tagbilaran. Ibukota Cinta kepada Bohol.
Kiteorang sampai dah lewat around 4.15pm dan aku bajet terpaksa lah tunggu ferry yang last yakni pukul 6pm. Melanguttt lagiiii nampaknya kite?

Tapiii!
Nasib baik masih boleh beli tiket untuk 4.20pm ferry. 
Beli dan terus bergegas ke terminal

Seberang jalan je dari kaunter tiket ke terminal pier 1 ni. Jalan busy giler dengan lori-lorian. Sila hati-hati.

Harga tiket dewasa PHP500
Harga tiket kanak-kanak PHP400
Dan Terminal Fee Puaka ialah PHP25 each person tapi kanak-kanak FOC

Phillipines and its numerous fees! *amarah seorang penjimatcermat

Terminal kat sini pesennya masuk-masuk je beg suma kena lalu scan machine. Then terus kena pergi check in counter. Luggage kena check in juga dan dicaj PHP30. Bag handcarry tak payah check in boleh peluk erat-erat dalam ferry nanti *banyak jajan bleh kekunyah hehe.


Begini keadaan dalam ferry terminal. 
Ramai. Full packed.
Tapi selesa lah.
Air conditioned dan ada cafe yang proper kat atas. 
Haa jangan korang hengat kat pilipines ni cikai-cikai yek..kekadang tu mereka punya facilities terlebih bintang berbanding negara sendiri. 



Ini ala-ala Caliph Buskers. Hiks. Kau tengok gitar yang uncle kanan tu pegang. What in the gitar-world is that ! Ada 12 strings !  @@


Masuk je ferry, ada ferry attendant tahap Jericho Rosales datang kat kiteorang dan tolong bawak ke seat kami. In fact, orang yang berupa paras tourist dia layan usher ke tempat duduk. Bagus betul lah depa ni. Then ada tv lcd kat depan, tayang safety vid dan sebelum belayar depa tayang DOA pelayaran lagik tuh. 

"Please let this vessel be in your loving arms..." dan banyak lagi ayat-ayat doa yang manis didengar. 

Bila dah start belayar, ferry attendants tolak cart yang jual macam-macam jenis jajan dan air. Sounds familiar? Sebijik macam AirAsia kan ! Haha.

Aku order kopi panas jek dan habiskan karipap yang dimasak kat umah seawal pagi tadi 

Sepanjang belayar tu depa pasang movie dan after two hours, kiteorang pun sampai Tagbilaran terminal.

Jam menunjukkan pukul 6.40 pm dan hari dah gelap macam pukul 8 malam. Since hotel kat Panglao, dinasihatkan naik teksi sebab perjalanan amik masa lebih kurang 30-40 mins jugak. Rate aku nego dapat lah PHP500. Its within range lah daripada yang aku study antara PHP400-PHP600. Tricycle ada jugak tapi kau tak sampai lah dalam 30 mins ! Haha

Sebab jauh jugak lah dengan jalan yang gelap dan bumpy. Pergh, thank God aku mendengar kata nasihat dari pihak hotel. Tak dapat bayangkan kalau naik tricycle weh...terhuyung hayang, slow dan rasa tak selamat langsung. Ditambah dengan skill memandu yang serupa malawons. Do not take any chances naik tricycle ke Panglao. Baiklah korang berteksi sajork.

Sesampai je kami --- disambut dengan Boholanos meriah nak mendinner. Aloha Alona !



Check in hotel  --- Alona Vida Beach Resort.
Aku booking kat booking.com rega PHP12,067
Belum tax lagi occay.
After tax jadik PHP14,128 !! *nanges kat bahu divemaster. eh. salah bahu.

Habis duit satu sampul kakak kau ni.

Takpelah. Demi percutian femili.


Layan gambar bilik Alona Vida.





Layanan ok lah. 
TV berchannel channel.
Bilik luas. Katil extra double bed.
Ada hot shower. Fridge. Kettle. Coffee Tea. Safety box.

Dan ada swimming pool ! Size tak lah berapa besar tapi kira boleh la untuk kegirangan si kenit.

Cuma interior dia aku tak brape berkenan sebab banyak wood with its gaudy curtain tu so macam gloomy.

Se-gloomy cuaca hari esok. *mencampak suar kecik atas bumbung tapi usaha tahyul biasanya tidak berjaya,huhu

Perbelanjaan Hari Pertama :

1. Taxi Sendayan-Klia2 = RM70
2. McD breakfast = RM20
3. Taxi airport-jetty = PHP258 + PHP20 entrance fees. Yeee masuk kejap jetty tu pun ada fee bagai.
4. Tiket ferry = PHP1400@3 pax
5. Terminal fee = PHP50@2 pax
6. Luggage check in = PHP30
7. Ferry refreshment (coffee & mineral) = PHP50
8. Taxi - hotel = PHP500
9. Hotel = PHP14,128
10. Misc (food etc) = PHP219


Skang cuba kira berapa ringgit kasorrrga telah terbang pada hari pertama ???  TT


Cerita Bohol:
Bohol Day 1
Bohol Prequel
Bohol Day 2
Bohol Day 3
Bohol Day 4