Berjimba di Rimba Part 2 : Taman Negara Pahang


" YA AMPUNNNN, DAH TUMBUH LALANG DANDELION DAH BLOG NI. LAMA GILE ENTRY NI DIPERAP DENGAN ASAM JAWA. SEBELUM MASHAM, KAKAK HARAP KORANG STILL STAY WITH ME? *buatmukasomey 
MAAFIN KAKAK YA, KAKAK SEKARANG SEDANG MENJALANI TRANSISI HIDUP. 
TRANSISI TAHU TAK? ALA MACAM TRANSISTOR LA LEBIH KURANG. 
NI KESAYANGAN SEMUA, KAKAK NAK BAGI LIFE LESSON---- WALAU KEHIDUPAN TAK SEMANIS KURMA KITA HADAPILAH DENGAN SENYUMAN SEMANIS-MANISNYA. YOSH!~ "



sambungan dari sini

Berduyun-duyun rombongan cik Nana nak pegi tengok Perkampungan Orang Asli Bateq ni. Pada mulanya aku ingat nak skip tau aktiviti ni sebab kat Royal Belum sampai 3 kampung aku pegi jenguk so fikir kampung kat Taman Negara ni sama je kot. Sama sekali meleset !


Ni bentuk rumah perkampungan rumah asli disini. 

Dijemput masuk ke balairaya

Dipersilakan masuk watak utama, abam yesdear. hiks. 
Nama sebenar Abang Azhar. Hobi bercakap non-stop. Orangnya penuh informasi dan kelakar tapi macam mengada-ngada sikit dengan orang pompan. Kasik caution skit kat anak dara ataupun mak dara yang kelihatan macam anak dara. Hahaha! Melekat nama abam yesdear sebab ada time tu sapa ntah panggey abang azhar ni, pahtu dia jawab "YES DEAAAAAR~" mengada sangat oke. takleh blah.

Aside daripada tu, dia sebenarnya oke je. Terlajak lonely tu yang terlajak ramah tu. Kat sini dia cerita pasal bekas damak --- korang nampak ukiran-ukiran kat bekas tu? Itulah hasik kerja tangan orang perempuan suku kaum Bateq ni. Halus dan cantik :)

Tekun dengar celoteh abam yesdear. 

Suku kaum Bateq ni masih menjalani kehidupan dengan cara tradisi mereka. Misal kata kalau sakit, mereka lebih percayakan pawang dan ubatan dorang dan kalau depa nampak je doktor dan nurse masuk kg memang depa dah lintang pukang larikan diri. Mereka hebat survive dalam hutan tapi untuk belajar ilmu ubatan herba malah untuk mendedahkan bagaimana kehidupan seharian dorang pun, dorang tak blasah expose kat sapa-sapa, korang kena gain trust dia dulu untuk depa start bercerita. Tu pasal abam yesdear penah gak stay sana untuk dekat dengan depa ni dan depa pun start cerita sikit-sikit...

Kalau berlaku kematian kat kg, mayat akan dibawa ke dalam hutan dan disemadikan atas pokok. Dorang balut mayat dengan sejenis daun yang bau macam kapur barus dan di atas pokok tu depa pandai buat macam platform tiga segi terdiri daripada daun dan ranting pokok. Sebab semadi atas pokok ? Lebih dekat dengan langit lebih dekat dengan sorga katenye ! So mereka memang akan carik pokok paling tinggi untuk disemadikan. Even barang-barang kepunyaan si mati pun akan disemadi sekali untuk meneman si mati. 

Dan lokasi pokok tu memang takda sapa tahu, cuma keluarga si mati dan ketua kg je yang tahu. Balik je dari hutan, ketua kg akan arah semua penduduk untuk berpindah. IYA ! Satu kg kena berpindah kalau berlaku kematian ! Sebab takut si mati datang kacau kg. Huhuh skeri tak temah?

Abam yesdear cite bab kawin pula. Depa kalau mencari jodoh biasanya dorang akan riki-riki gadis idaman bila ada keramaian kat kg-kg berdekatan. Bila dah berkenan kat sang gadis, sang teruna tu bitau penghulu kg untuk tanyakan kat keluarga si gadis. 

Sebelum berkawen ada ujian SPM ! Sang teruna kena duduk dalam hutan sorang-sorang untuk sebulan dan must come home with some huntings untuk dipersembahkan kat keluarga si gadis. Ni sebagai ujian la yang sang teruna tu mampu untuk laksana tanggungjawab carik sesuap nasik untuk keluarga. 

Walaupun berjaya balik dengan haiwan buruan belum tentu dia dapat kawen dengan si gadis ! Nehi oh nehi hey ! Si gadis dari mula lagi memang tak tahu dan tak kenal pun sang teruna yang minat kat dia ni. So, acara berkenalan mereka ialah mereka akan disatukan untuk satu malam. Lols! Hollyworld betul gaye gini. Kalau si gadis suka dengan sang teruna, dorang kawen la. Kalau tak suka, sang teruna telan ailiyor je loh ! ;)

Okay Geng Lemurians, sapa dapat jawab ni akar apa...aku banjer KFC. Serious lupa dah~

Daun Mempelas yang digunakan untuk keshantekan muka. Biasanya digunakan untuk skrub kulit mati. Ni memang kasar daunnya...

Kayu..err Meranti eh? *Geng Lemurians pelis correct me if Im wrong

Hehe korang Geng Lemurians jangan sampai calling abam yesdear yeh !

Now depa tunjuk demo cara nak hasilkan api dari kayu meranti

Rotan tu di geser-geserkan macam gitu ha...hingga keluar asap

Then serbuk bara yang terhasil diletakkan kat dedaun ni

Kasi tiupan kasih sayang

Tak cukup kasih sayang ni. Banyak kali gak la pencubaan ini. Korang ingat senang ke nak hasilkan api tu. Penat seh nak geser-geser benda alah tu, tambah pulak pakcik ni tak sihat. Tapi apa-apa pun dia tetap akan hasilkan gak api tu sebab if he failed, takda api untuk masak maksudnya satu femili tak dapat makan...

Akhirnya berjaya !  *kakak tarik napas lega


Damak untuk sumpit

Biji ape la, tapi edible macam biji cempedak

Demo sumpit menyumpit dipertontonkan

Abampink try nasib. Johan nyumpit neh !

Souvenir sumpit dan bekas damak dijual dengan harga RM20-25 rasanya

Rumah orang asli Bateq. Aku sempat jenguk rumah dorang, tak nampak periuk belanga macam orang asli kat Royal Belum. Sini dorang guna tin-tin jadi periuk...


Abam yesdear jalan-jalan tunjuk kg dia

Oke. Ketara dorang ni pemalu. Beza dengan anak orang asli Royal Belum friendly lah gak tapi kaum asli Bateq ni sangat shy shy cat. Abam yesdear kata, dorang kalau pegi kedai pun pegi time senja dan terus balik rumah tak campur dengan masyarakat sangat sebab sangat pemalu. 

Tiga anak dara sunti ni je yang macam dah biasa bergambar :)

Haa pecaye tak ni la umah dorang. Banyak beza dengan orang asli Royal Belum...kalau nak tahu sila cekidaut entry Royal Belum

Geng Lemurians berposing sebelum balik. We had so much fun !

Sebelum balik, haruslah kita try air Sg Tembeling. Fuh, boleh tahan eh arus sungai ni. Even mandi kat tepi-tepian je pun dia punya current menarik-narik. Agak cuak disituh. 

Emm, apa perasaan aku bila sampai sini? Aku rasa terkilan sebab tak belikan bebarang untuk bebudak macam buku-buku dan pensil color. Sebab aku bajet mereka dah mewah, tapi sebenarnya depa lagi utuh mempertahankan cara tradisi dorang berbanding orang asli Royal Belum. Aku hanya dapat belikan mereka bebiskut dan jejajan je. Alahai. Next time kalau berkesempatan saya datang lagi ye.


Blogging is definitely the best medium of distraction. Hehe. Rindu nak terjah blog orang ! Jaga-jaga korang, Nanatron returnsssss...~