Part 6: Trip Kemanusiaan Royal Belum


Bahagian akhir ! 
Sila pingsan sebab Trip ni je dah sampai 6 bab. Cerita pasal HongKong pun tak panjang macam ni. Kekeh.
Bahagian ni citer pasal Sg Ruok dan part detour tersesat hingga ke Kedah!

Pagi hari terakhir tu kami pergi ke Sg Ruok untuk mandi pagi dan nak tengok ikan. Katanya banyak ikan kat situ bleh tapau bawak balik goreng  manje-manje dengan kaki macam spa ikan tu...haa moh moh kite. Memasing naik bot laju ke tempat kejadian.



Trekking lebih kurang..then sampai lah


Ni yang kecik 


Ni yang besar


Mandi pagi ! Best woo sini sebab dalam. Pehhh bleh terkuak kuak berenang gaya memerang. 



Dah habis berenang reramai pakai duduk kat batu hulur kaki supaya ikan-ikan dapat makan pagi dengan mengudap-ngudap kulit mati di kaki weolls. 

Tapi kaki aku tak dapat sambutan. Sedih !


Kalau panjat atas lagi akan jumpa tempat ni. Lagi besarrrr....



Ikan pun besar-besar !!! Tapi sayangnya tempat ni takleh masuk, sebab apa tatau la ...



Para jemaah yang dah mesra dalam trip ni. Kehkeh. Siap nak buat menantu pun hado !

Time to move on ! Nice meeting you Sg Ruok, we had fun ~


Sebelum balik, ada sessi penutup pulak..
Sorang demi sorang kena buat ucapan
Kakak dah berpeluh
Tak suka public speaking !
Gocip speku only can !

 Antara para jemaah yang bagi ucapan penutup

Ntah apa lah aku mencarut kat depan.
Harap difahami dan disemat kedalam relung hati korang yang terdalam.
Tapi rasanya aku ada suarakan hasrat kalau ada trip kemanusiaan ke Mabul aku nak join  :D ngeee


It was a beautiful day for a beautiful goodbye


Tiba kat gegerai kat jetty tu, memasing dah ada line. Berdesup desup bukak whatsapp, msg, fb. 


Paling tak tahan, mak aku whatsapp ganba princess dengan caption "bila mama nak balik?"

Adoyaiii. Tercabut jantung guwe tengok pandangannya yang mempunyai seribu satu makna tu.
It's like she is looking direct to me.

Rasa nak berlari ke KL time tu jugak.

Then aku call rumah, nak cakap dengan princess. Dia tak dengar sore aku for three days tau. 
Mula-mula sembang elok ja. Dia tanya "macam mana mama nak masak kat hutan takda api? " Gitu kau dia concern aku ni makan ke idak. Kehkeh. Then tetibe dia nanges "bila mama nak balikkkk ???" 

Tetibe budak tu brokedown and cried. Huhuh. Lama dia tahan perasaan tu. 
Aku promise aku akan sampai malam tu jugak...tunggu tauuu ~

So tengahari tu kami berlima bergerak balik naik kereta Has. Kita ni hajat nak carik durian Perak la on the way balik.

Layan lagu rock leleh dalam kete Has. Ada yang layan, ada yang tidor, ada yang berkhayal. Tiba satu stretch jalan yang berliku liku tau -- Has pun mendrift kan Boboinya (nama kereta beliau hee) seakan tiada esok hari.  Sepanjang stretch tu pun takda signboard mahupun line tepon. 

Tiba masuk pekan kecil, dan memang tebiat aku suka tengok sekeliling. Aku tengok rumah orang kampung, gerai orang kampung, sekolah...
Eh eh..kenapa signboard sekolah tu tulis Kupang.
Adakah ini normal ?
Kepala otak aku yang agak failed Geografi ni agak lambat nak pick up
Then drive terusss lagi...
Aku nampak lagi sekolah --- signboard tulis BALING

Tett tett teettttt !!! -- bunyi alarm dalam kepala 
"Weh korang !! Apasal kita kat Baling ni weh...bukan sini Kedah kaaa ?"

Tersentak sang driver dari mimpi driftnya. Kehkeh
Semua alert tengok kiri kanan...pehhh sahih kita dah tersasar jauh.
So kami u-turn dan lalu lagi stretch berliku-liku tu
Boleh tak area sana takda coverage ??!
Google maps kaa...waze kaa..lembab gila..takleh diharap
Yang boleh harap sikit, whatsapp lah...nasib baik para jemaah ada yang layan whatsapp melayankan soalan sesat kiteorang nih.
Siap kena up " eh korang buat apa kat Baling, ada trip kemanusian lagi kaaa...."  *merahpadam muka

Emmm so detour sampai ke Baling tu dah buat kami behind the schedule dalam sejam gak la.

Alhamdulillah dalam lewat petang tu terjumpa gak gerai jual durian walaupun banyak gerai yang dah bungkus sebab durian dah sold out

 
Pilih pilih...durian kampung yang kecil comey


Order cendol durian pulut dan laksa. Murah gila total semua ok ! 



Ni la natijah sesat hingga ke Baling patah balik ke Lenggong terjumpa durian. Lepas geram macam setahun tak jumpa doyan !

Anak tokey doyan ni terkejut tengok kiteorang makan durian banyak ni ! 

" uihhh banyak nya !"
" nape dik...tak pernah nampak orang makan doyan banyak ni ke ? "
" penah. tapi orang lelaki la "

Krik krik. 

Izinkan saya sembunyi bawah meja *peluk doyan nak bawak sekali



Apa apa pun, trip bersama Geng Mabul ialah sentiasa henjois dan havok. Memori indah tersesat bersama korang :D  Oleh kerana anak dah menangis kat umah dan esoknya kerja ---  kita tak buat keja gila roadtrip naik atas lagi sampai ke Perlis ... ngee

Malam tu sampai KL, Has drop aku dan Imah kat Stesen LRT Kg Baru then aku naik tren ke Bangsar menjumpai Mr Z yang juga mata dah berkaca-kaca tak jumpa aku tiga hari *yelahsangatttt hahahha


Royal Belum. Dulu belum sekarang SUDAH ! Korang yang BELUM tu, pegi sana cepat sementara flora dan fauna tengah pose cecantik tu... :D