Part 5 : Trip Kemanusiaan Royal Belum

Lazada Malaysia

Lepas disaji dengan pemandangan menghijau di Royal Belum ni, kami pun sampai di Sg Papan untuk berlabuh dan bermalam disitu. Hari dah petang dan acara petang tu ialah mentrekking ke sira binatang --- lokasi dimana haiwan mendapatkan nutrisi terbaik dari sumber alami

 Terpongeh gak la trekking ni. Deras bunyi nafas aku hidung kembang kuncup mengambil oksigen *berdiri dekat pokok tehehe

Hari petang membuatkan keadaan dalam hutan nampak kelam dan suram.


Tanah yang lecak menjerumuskan kaki lalu pacat pun mampirrrrr


Macam buah pulasan. Ker memangnya pulasan. Heheee..

Bunga seroja *main teka je

Denai air

 Cendawan 

Akhirnya kami tiba ke sira binatang ni melepasi trekking yang mencabar. Kena mengangkang nak lalu batang pokok besar la...kena melompat la..sampai ada yang terjatuh dalam lumpur. Paling tak tahan tu, ramai antara kami yang diserang pacat bertubi-tubi. 


Seorang demi seorang berhenti dan tengok kaki sendiri. Ada yang dah menjerit pun tengok pacat kat kaki. Hehe. Aku tak tengok kaki aku pun, malas ! Biar lah dia nak hisap pun...balik houseboat baru aku check. 

Sira ni ialah salt lick sebenarnya, merupakan titisan mata air yang mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi haiwan liar untuk mencuci mulut selepas mengunyah makanan.

Abang Miloko kata, sira ni untuk haiwan sahaja ok. Jangan pulak ada manusia yang gatal pegi rasa sira ni. Sebab ada yang buat macam tu --- kena virus kencing tikus terus ! Yelah air garam ni untuk haiwan yang kau gatal nak merasa tu dah kenapa ? Masuk hutan kena lah cautious dan jangan lah buat benda yang aneh-aneh ya adik-adik ~


Di belakang sana tu tempat gajah berkubang. 

Time trekking balik ke houseboat --- ketara tak muka terpongeh aku ni... hiks..~


Pacat yang mampir untuk sesuap darah tapi terbantut hajatnya. Bila dia dah melekap macam ni, janganlah direntap saja nanti bekas hisapan tu akan meninggalkan parut dan ambil masa untuk sembuh. Kalau ada pemetik api, layurkan hampir dengan pacat ni nanti dia gugurlah sendiri.

Orang lain kena gigit kaw-kaw punyem. Aku kena satu gigitan je sebab aku pakai seluar tights swimming so dia memang takleh nak menyelinap masuk ah. So tips masuk hutan --- pakai seluar ketat-metat okeh ! The tighter the better. Tihihi. Aku tak geli pacat pun sebenarnya. Ada nampak pacat kat kasut aku titikkan aje terpelanting benda tu. Hiks. 

Pacat yang berjaya menghisap darah aku tu aku main rentap pacat tu so memang berbekas disituh...sampai sekarang masih gatal bekas gigitan tu. 

Yang ni, dah kenyang dah sendawa besaq pun. Ada orang sudi menderma darah kat dia.. hehe




Lepas bertrekking tu memang sesuai sangat terjun dalam sungai untuk menghilangkan panas dan penat.

Syok wooo mandi manda kat Sungai Papan ni. Sejuuuuuk badan. Tapi kalau nyelam memang tak nampak apa lah...hijau gelap dan murky je. Seram tak ? Seram tak ? heee...

Hiyarrghh ~~ ada aksi ekstrem melompat dari atas boat oleh orang-orang yang hati kering. 

Photo-bombed by Zack. Lepas dia terjun macam Pandalela Rinong dia senyum pulak ye ! Chisss~

 Naik ke darat...eeekss ... lembik jee tanah kat pesisir sungai tu. Geli plak aku memijak nya. Heleppp me ~! Nampak tak tangan aku menggapai nak berdiri payah...geli laa lembik gilerrr~~!!


Sebelah malamnya pula ada Night Walk tapi aku, Nini dan Kak D decided nak stay kat houseboat sajork. Bukanlah sebab takutkan pacat --- tidak ye ! Hahaha cumanya dah penat dan malas nak masuk hutan malam-malam walaupun guide kami cakap trek Night Walk ni senang je. 

Mereka yang pergi Night Walk tu dah learnt the lesson about pacat very well so malam tu depa dok balut stokin dan seluar dengan tape lah, ada yang sembur Ridsect kat kasut lah...hahaha ada orang sembur satu badan okeh ! Giler wehh kang gugur semua bulu tak macho dah kaaaanggg :P  
Tergelak kiteorang dengan gelagat mereka ni punya lah gigih nak elakkan diri dari menjadi santapan pacat lagi ! 

While theyolls takda, tinggal kami bertiga je. Taklah saspens sebab ada sorang jaga bot. But still, it is very dark dan sunyi sepi wooohhh. Kak D tak betah lama-lama sorang diri kat deck atas, cepat-cepat dia turun join aku dan Nini kat bawah dan pasang ayat Quran. Hehe. Sembang-sembang sambil bergilir-gilir mandi, then theyolls yang pegi Night Walk pun dah balik. 

Aikkk kejap jee ? Fikir aku dalam hati...
Dari percakapan dorang, trek Night Walk tu very proper so memang seekor pacat pun tak naik kaki. Then, not much action pun malam tu. Ok so memang tepat lah keputusan aku untuk berehat je kat houseboat pada malam tu  :D

Makan, rehat, karok lagi sambil Kak Hasnah masih tak putus asa memancing

At last ! Seekor pun jadi la. Ikan Baung kot ni ...

Malam tu, aku dapat tidur dengan lena tak macam malam sebelumnya. Agaknya hari kedua barulah badan ni terbiasa dengan hutan.

Krohh krohh krohhh ~ dalam kebingitan bunyi generator

Travel