Open Trip : Taman Negara Pahang 1-3 November

Kredit: http://shahaimi.blogspot.com/2010/10/taman-negara-pahang.html

Hey hey hey. Siapa mesra alam sini angkat tangan.
Aku berhasrat nak buat open trip ke Taman Negara Pahang November nanti. 
Berkonsepkan 'bolos saje taman itu' , ni trip santai dan redah je
Budget ikut korang nak bawak berapa tapi di sini aku bagi anggaran sikit la ye.

Aku hanya akan book hostel je. Hostel yang di pilih ialah Mahseer Hostel. Baru confirm yang bilik hostelnya ialah RM20/per person per night. Ada aircond dan attached bathroom. Yang takde segala apa yang ada di Rumah Orang Kaya termasuk towel dan selimut. Hiks.

Pakej aktiviti kita akan pilih kat sana sebab difahamkan kat sana banyak pakej boleh pilih-pilih mix and match. Dari anggaran kasar aku tengok, tiga aktiviti boleh dapat dalam RM120. 

Transport pun ikut cara masing-masing lah asalkan sampai ke Taman Negara area Kuala Tahan tu by noon on 1st November (Sabtu) 

Kredit: http://spiderberuk.blogspot.com/2013/11/keunikan-restoran-terapong-taman-negara.html

Makan minum adalah sendirian berhad. Mahseer Chalet ni terletak dekat dengan jetty yang banyak ada kedai makan terapung tu so senang nak sappedek




Kredit: http://blueskyoutdoor.blogspot.com/2010/11/taman-negara-pahang-3d-2n.html

Ni memang impian ah nak naik canopy walk ni. 


Kredit: http://www.kakinakl.com/2012/04/seronoknya-ke-taman-negara-pahang.html

Untung-untung, dapat tengok tapir bersenggol senggolan. Kat Hutan Belum seekor hewan pun aku tak nampak. Tapi, takde la wish sangat hewan...aku wish tapir je. Hewan bahaya mohon jangan dekati kami. 

Chapchuss ! Sapa nak join meh email nama kat nanatron14@gmail.com
Hanya 10 orang je aku daya nak bawak. Aku arrange ni pun sekadar suka-suka je. 
Harus diingat ni trip redah dan sempoi. Calon jemaah harus sempoi dan tak mengharap bulan bintang. Jiwa-jiwa mesra alam dijemput  join. Jiwa kerengsaan dengan kerja pun dijemput hadir. Hiks.


Rumusan:

1. Bajet dalam RM250 la lebeh kurang, merangkumi :

- hostel dua malam RM40
- aktiviti RM120 (more or less)
- tambang tren dan bas RM50 pegi balik (more or less)
- makan

Sila la bawak lebih sebab utan takda pokok berupa ATM.


2. Orang-orang dari KL gerak ke Jerantut by tren di KL Sentral , jumaat malam sabtu. Sabtu pagi kol 4 sampai Jerantut. Then amik bas ke Taman Negara kat Stesen Bas Jerantut. Kita nak catch bas paling awal, rasanya pukul 9 pagi camtuh.

3. Orang-orang luar KL tu kena stadi la camne nak ke Taman Negara ye.

4. Siapa yang konfem aku akan masukkan dalam Whatsapp group, senang nak beramah mesraaaa