Johnny Rockets - Burger Amerika Klasik


Johnny Rockets  --- dibuka menggantikan kedai Chocolate Lounge. Terkilan gak kedai cekelet tu tutup. Apa-apa pun, aku tertarik pulak dengan decor Johnny Rockets yang ala-ala American diner dan retro tu. Lagi ditambah dengan keramahan senyuman staff-staffnya buat aku nak try makan kat situ. Dengan slogannya "The Original Hamburger" , mereka sangat terkenal dengan burgernya yang American style dan bersaiz 34D namun saiz waitress tak dapat dikenalpasti. Mampus.



Setakat ni ada tiga outlet. Satu di The Curve dan satu lagi di Sunway Pyramid. Adik aku kata kat KLIA2 pun ada. Yang gambar di atas ni di The Curve, tingkat bawah area flea market setiap weekend tuh. Konsep diner gitu. Feeling Pamela Anderson aku menyandar di kerusi merah putih neh...


Boleh tak nak mengaku yang aku tak ingat dah nama burger ni sebab dah lama makan kat situ sebenarnya ! Kahkah ! Gambar hanya nak menunjukkan kebesaran portionnya.


Ada juga spaghetti macam alfredo / carbonara untuk budak yang gile 'mee putih' seperti di atas ni -- hantu mee putih !

Aku ada juga order shakes --- strawberry la kalau tak salah. Tapi takleh blah laaa manis sangat !

Awas ya kalau datang sini kena dompet berisi lebih skit sebab agak pricey la food kat sini.

Yang ni kami makan kat Sunway Pyramid. Outletnya di luar Pyramid dekat Blue Cube Celcom tu. Kali ni Mr Z lak nak try sebab time gi The Curve tu dia takde. Aku macam emm ok la tapi sebenor benornya aku merasakan menu burgernya agak boring tapi dah orang nak merasa...takpa la kita rasa lagi sekali  :D

Mr Z order shakes --- Black Forest. Manis sangat jugak. I is cannot digest the sweetness. 

Johnny Rockets


Staffnya ramai pinoy. Sesuai sangatlah tu sebab staff situ tetibeee je kang blast off music dan mereka pun start dancing-dancing depan orang ramai. Warganegara pinoy je yang mampu cenggini, orang Mesia jangan haraplah nak terkinja begitu melainkan dalam club lampu suram-suram barulah berani nak berkinja. Khennn? *teringat zaman dolu hiks

Aku order Philly CheeseSteak. Aaa yang ni sedap ah sebab bau bawang + pepper caramelized yang harummm tatkala dia letak plate ni kat meja. Daging memang banyak. Fries super banyak sampai tak terabeh.

Burger Route 66.


Shakes yang manis ittew..

Ada playground kat luar sekadar untuk menunggu kalau tempat packed


First time pergi ok la sekadar nak merasa. Second time pergi just nak temankan orang. Third time orang ajak pergi lagi ? Maybe reject lah unless korang letak pistol kat kepala aku. Hiks. Sebab pada aku menunya boring dan predictable. 

Ni personal opinion ok --- aku rasa bun dia tak best. Macam jenis murah. Tak setanding kualiti dengan nilai sebijik burger yang dicas hampir RM30....

Dua kali aku makan sini, dan takda satu pun food yang buat aku longing for more.

Macam Tony Roma -- aku memang longing for its Onion Loaf dan ribs dia. 
Johnny Rockets -- food dia kira forgettable lah. Takde benda yang buat kau terkenang-kenang menggigit burger halimunan

Tapi ni suma pendapat aku yang tak berapa pandai ni. Kalau korang nak merasa, pergilah. Jangan lupa try Jukebox pilih lagu kegemaran kalau pegi kat Sunway outlet. Kasik havoc ! The Beatles seround dua ! Haritu tak berkesempatan sebab malu. Haahahaa...

Coolnyaaa kalau dapat jukebox sebijik letak kat rumah kan ~!