10 Random Facts About Me -- When I am Travelling


Haha okay aku nak mulakan sesuatu tag post.
Since ramai yang join the wagon buat 20 random facts about yourself.
Aku nak buat sedikit twist :  10 Random Facts About Me -- When I am Travelling
Sepuluh je mampu dik oii...kalau carik 20 rase nak pecah otak pulak...


Aku nak tag DJ , 3 Lalat, Supermeng, Bibie Karim, Ali Pancing, Razali Makhtar, Jari Manis, Janggeltrekker, Kaki Berangan, The Cute Traveller , Jea Mohamad , EshamzSuraya dan Zilla   ---- Mohon joinnnnn  :D

Bukan apa, saja nak menceriakan dunia travel bloggers. Kekadang dah nak dekat akhir tahun ni, pitis pun dah kering nak travel. Asik berthrowback je kita selak pictures lepas-lepas satu per satu kannnnnn hahahhaha ehemmm *siku Bibierr

Bila ada member baru pulang travel tengok pictures dorang rasa nak tadah tangan ---- Ya Allahhhhh turunkanlah duit untukku dari langittt  *siku Zilla baru pulang holiday ~~

Tu belom lagi Supermeng kuar entry Nagoya dia secara detail especially bab Japanese Alps tu *cari bucu katil nak nangessss


Sooo mari ceriakan diri hari ni yuksss...
Jom reflect pe'el sendiri bila travelling.. ngee :D


10 Perkara Random Nanatron bila Travelling


1.  Suka duduk dekat sayap kalau naik kapal terbang

Kalau beli tiket mesti nak dekat dekat dengan sayap sebab suka tengok sayap tu bukak emmm ape eh orang panggil...flip kerr...bila nak landing.

Lagi satu aku suka tengok flight condong menyenget gitu -- mungkin sesetengah orang seriau dan pening tapi aku macam wowweeee funnn!!


2. Selalu tidor lewat dalam travel trip


Apeee barangggg tido awal ! Kita tengah having the time of our life kottt. Buat la pa pe yang patut untuk tidak tidor awal ! Hahaha . Biasanya aku stay up late. Samada lepak kat beach bar (kalau kat pulau) , order food kat hotel makan-makan supper membuang masa ehee...or kalau ada karoke lagi besh, blasah la sampai lebam.


3. Suka tengok fire show
Terpukau jap dengan skill dorang memusing poi yang berapi tu. Sungguh denjeresss alejandro ! Lagi bonus bonanza kalau si pemain api tu muka kachak badan sado  *lambai-lambai ratu


4. Memotret gambar kaki sendiri 
 Kaki kachak sikit dari muka...jadi baik kakak selfie kaki dari selfie muka. Yes ?


5.  Merancang busana sebelum travel -- heheee
Kalau boleh nak bawak satu lemari la pegi travel tapi takmo berbelanja lebih untuk bayar lemari naik kapalterobang! Berputar otak nih memikirkan mix and match baju dan seluar dan tudung yang sesuai dibawak dalam satu beg! Satu yang aku belajar, takleh nak recycle bebaju ni untuk hari kedua dan seterusnya sebab konfem lencun dek peluh hahaha. Dan hakak takde mase nak basuh basuh baju time travel ni occay. 


6. Kalau travel, takleh kepit tekak
Aku jenis takleh la bergantung pada roti dan meggi je. Kita nak jugak rasa masakan orang local sana ye tak. Asalkan makanan yang dibeli bertepatan dengan selera dan bajet, ok saja loh. Kat restoren ke, warung ke, lesehan ke...kita tak kisah asalkan bersih. Kalau keadaan terdesak, megi & roti pun santap. Guwe cool jeh... :)


7. Sikap yang go with the flow
Aku jenis begitu dan setiapkali pegi travel dengan orang-orang baru kenal / tak pernah jumpa, aku haraaaap sangat dorang pun jenis go with the flow dan tak banyak songeh. Alhamdulillah setakat ni kebanyakannya bagus perangai ... :D

Good memories ~!


8. Kalau ada yang aku tak berkenan, aku diam sajork

Sebab aku takmo spoil mood dan aura trip tu.

So aku hush hush baby~
Lagipun kita bertahan je la --- hanya beberapa hari je bersama pun kan ?  :D



9.  Sebelum trip, mesti ada mimpi tertinggal barang == '

Nak nak mimpi tertinggal kamera kan, hadoii mimpi macam tu sungguh memakan emosi dalaman. Bila bangun tidor rasa letih je sebab tido beremosi. Time packing memang make sure semua barang ada bila dah dapat 'peringatan' macam tu...


10. Suka nak menyembang dengan orang local atau foreigner (kalau nampak ramah laaa)

Ada baiknya jugak ringan mulut ni --- dapatlah tahu latar belakang tempat tu, apa perkembangan semasa dan perkara-perkara menarik yang berlaku. 
Foreigner lak, aku suka layan yang hensem muda sajork kahkah !
Kalau terserempak dengan Malaysian, otomatik jadi penyegan dan self conscious gile. Jadi, aku senyum pun tidak. Tak tahu lah kenapa. I is not sombong, cuma roh penyegan dah datang unless orang tu tegor dulu then I is ok senyum lebar sajeeee dan boleh jadi ramah tamah  :) Kalau nak tahu cuba lah tegor kalau terserempak kat memane heehee...


10 Random Facts About YouWhen Travelling ~~~ 
Kemon ... ~ YouCanDoIt!  :D