Part 2 : Trip Kemanusiaan Royal Belum


Salam! Lama bebenor nak hupdet kisah berjimba di rimba ni. 
 Sikap menangguh yang keterlaluan --- patut panggil imam besar baca yassin skit kat telinga ni
Jadi kita taknak lama-lama peram nanti basi
Jom melawat Perkampungan Orang Asli
Kampung Aman Damai namanya ~


Mau tak aman damai. Takde coverage, takde internet, takde fb, takde newsfeed politik bodo, takde kecah hal orang sampai viral, takde pengkomen zombie. Wah, laser kau malam ni kak ! Nasibbbbb~~~

Yang ada adalah berakit-rakit ke hulu berenang renang ke tepian konsep masyarakat Kg Aman Damai


Sekitar Kg Aman Damai. Cuaca terik giler beb !

Rupa dewan orangramai Kg Aman Damai. Pertukangan yang kemas dan bagus


Ketua kampung bagi ucapan. 



Dia kenalkan pakcik ni ialah warga paling tua dalam kampung. Umur? Tak ingat derrr. I am so bad remembering number. 

Umor sendiri pun tak ingat -- kalau orang tanya, I will stare at them sambil mencongak congak dalam kepala. 
2014 tolak 1982..hmmmpph ~~~~ !  *matilaa bimbo situacionnnn


Tak salah aku, pakcik ni pulak tukang bot bawak anak-anak mereka merentas tasik ke sekolah

Lepas tu, sessi soal jawab dibuka. Macam-macam soalan kami tanya. Akhir sekali kami minta izin dari ketua kampung untuk buat Sukaneka for the kids saja bagi depa suka-suka. Dan juga kami nak sumbang beberapa kampit beras untuk orang kampung. 
Dia menerima kedatangan dan tujuan kami with open arms. Gitchewww. 


So now I come to you
With open arms
Nothing to hide
Believe what I say
So here I am
With open arms
Hoping you'll see
What your love means to me
Open arms...  

Wah kau.
Ketua kampung pun tahu lagu Kak Mariah Cash&Carry.
Taa kuad semangad hakak nak dengar.

Living without you
Living alone
This empty house seems so cold
Wanting to hold you
Wanting you near
How much I wanted you home

Suara merdu beliau memberikan hakak tekanan.

--- ok dah dah merapik ! Mati laaa kalau ketua kg bace ni.

Bergegas budak-budak turun sebab dah dijanjikan keriangan umpama Genting Kota Keriangan. 



   Kiteorang ni eksaited nak berganba dengan theyolls. Haa macam jumpa retis !


Peace yall ! Jangan rebut-rebut nak berganba dengan kiteorang  --- mungkin tu la dia nak cakap


I ada rupa John Legend ke chuoolls nak berganba sangat neh ?


Sahabat ~ Untuk selamanya.

Geng kenit-kenit


Kotor sungguh baju si kenit bergaun tu. Nasib baik aku bawak baju lama Aaira untuk disedekahkan. Harap dia lenjan baju aku bagi tu pulak.


Habangs Tahan Panas tengah organize game. Game pertama, diberi nama Memori Getah Cinta Luka. Konsepnya kena menggunakan straw untuk mengambil getah -- sapa team paling banyak collect getah dialah pemenang ! Tapi kami mengambil konsep, korang semua adalah pemenang laaa...semua dapat gegula dan hadiah :D

View dari Kg Aman Damai


Time ni memanglah panasnyeeee lahai. Demi sangat nak menjayakan program ni kita pun keluar kejap dari bayangan pokok-pokok dan snap-snap. Yelah aku terfikir, budak-budak ni dah la tak berkasut tak berselipar punnn tetap je ceria nak main-main walaupun hari panas dan lagi panas tanah yang dorang pijak tu. Aku tahu la sebab kat Mabul dah terkena. Respek dik oii. Tapak kaki chuolls kalau next time kakak datang bawak baby oils sapu-sapu kat kaki awak. Kay ?


Beratur macam kat sekolah...

Selingan -- rumah yang dalam pembinaan


Game Memori Getah Cinta Luka pun bermula !

Susah rupanya game ni. Kesian tengok dorang lama plak nak kait getah guna straw tu.
Bantuan pun dataaang nenoo neenooo. Hiks
Kiteorang pegi kat sana dan bantu masukkan getah --- kalau tak lama laa bebudak berjemur bawah panas 


Game kedua :  Bola Pingpong Kesilapanku Keegoanmu

Kiteorang suma panggil budak ni Rihanna. Hiks


Kami menangggg ~!

Sementara tu, Kak Hasnah tengah mencuci rambut budak-budak dengan syampu kutu. 


Operasi membanteras kutu di Kg Aman Damai

Budak kecik je qualified dapat layanan umpama salun ni dari Kak Hasnah. Bapak budak pandai sendiri lerr...

Game seterusnya : Belon Di Hujung Rindu

Aku time kekecik dulu, takut nak main game berkaitan belon sebab takut meletop ! Menurun perangai ni kat Aaira. Tihihi...


Dia tengoook je kawan dia main game

Tak senyum. Wonder what she thinks ?

Game terakhir : Harum Bukan Bunga Manis Bukan Gula --- amekaw ~

Bersungguh orang kuat kita ni -- Abang Fahimi bagitau rules. 

Game ni suma WINNER. Just amik sepoloh gula tu jaa. Sapa amik lebih, babap ! *oktipu

Seronok tengok dorang went for the candy

Kerumunnnn ~

Hehe..comey je dok kira dapat berapa...

Dah habis game, bukan candy je dapat. Dapat hadiah lagi tuuu. Tapiii kena jawab soalan matematik cikeddd. Akhirnya semua pun dapat gegule dan hadiah.

Dorang ni bersekolah, jadi pandai la jugak membaca dan mengira. Walaupun terkucil ciked menjawab soalan maths tu. Hehe.

Aku plak tengah mengagih agih baju lama si Aaira

Budak perempuan yang baye-baye Aaira tak ramai. Jadi, sorang dapat lah berhelai-helai baju. Jenis shirt boleh la bagi kat boys

Booolat ini budak ! Nak jee aku pakaikan baju tu kat dia. 


Lepas bagi baju, aku bagi buku coloring dan pencil color. Aku beli 24 set je. Tu pun kat kg ni aku tak bawak semua sebab ada 2-3 kg lagi nak pergi. Aku ingat 1 kg je. Makanyaaaa tak cukup ok. Lenkali kita datang bawak banyak-banyak k ? Muah cikeddd....~

Kalau korang pergi Royal Belum dan nak bagi sumbangan, bagilah buku dan sewaktu dengannya. Sebab depa dah banyak terima beras, buku tu agak kurang. Sila la bagi buku coloring ka...sketching pad ka..buku cerita ka...buku yang boleh trace ABC 123 ke...with pencil colors, crayon, water color. Kalau dapat mengaler dengan dorang lagi seronok kan. Tu la next time kita spend lebih masa ye...

 Geng Dewi Remaja, takmo bercakap sangat..

Yeahhh, akulah abang kawasan~

Sumbangan beberapa kampit beras untuk penduduk kampung

Tamat kisah kita di Kg Aman Damai.
We had so much fung dan get fungkehh~

Geng Mabul @ Royal Belum

Secara rasminya  --- Geng Royales ! Bergambar kenangan dengan penduduk Kg Aman Damai

Selamat tinggal wahai penduduk kampung. Aman damai lah dikau disana bersatu dengan alam sehati dengan maya. Sesungguhnya korang insan beruntung, hidup tanpa kerisauan yang menjadi igauan orang rimba batu 

Next destinacionnn ~  Porque ? Whereque ? 

Royal Belum @ Grik, Perak

Part 1: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 2: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 3: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 4: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 5 : Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 6: Trip Kemanusiaan Royal Belum