Bulan Kemerdekaan: Pameran Manuskrip Melayu @ Perpustakaan Negara


Korang pernah pergi Perpustakaan Negara tak ? 
Selama tigaplohdua tahun aku hidup ni, rasanya tak pernah sekalipun aku kesana padahal selalu gak lalu lalang sini kalau masuk KL. Bangunannya yang unik hanya buat aku memuji dalam hati tanpa ada rasa terpanggil nak melawat heehee..



Satu hari, dalam FB The Patriots ada sebut pasal Pameran Manuskrip Melayu. Perkataan 'manuskrip' tu je dah intrigue curiosity aku. Peluang yang rare kot dapat tengok manuskrip melayu nih ! Peluang depan mata jangan ditangguh-tangguh apetah lagi peluang yang free *masuk adalah perchomah



Semalam lepas habis urusan kat Cyberjaya, aku sempat pergi ! Dari KL Sentral naik LRT ke Ampang Park. Then aku melentikkan jari kelingking menahan teksi. Naik teksi dapat secawan teh perchomah lalu kelingking dilentikkan lagi untuk meminumnya. Ok ni tipu. 

Harga tambang dari Ampang Park ke Perpustakaan Negara ialah RM5.50, dia berhenti kat IJN jadi kena naik jejantas ye adikku~ 
Perpustakaan Negara ni memang betul-betul opposite IJN.

Ingatkan masuk kena tulis nama tapi tidak. Dia tak mahu tahu nama kita nyah. Ditampalnya kita sticker. Then ternampak satu rombongan sekolah baru selesai tour pameran tu. Aku dah tak pandang kiri kanan dah, sebab rasa intrigued yang begitu membuak-buak, aku hanya pandang depan nak masukkkk je nih ! Sikit pun tak perasan yang sebenarnya aku masuk situ seorang diri. Takde orang lain pun dalam pameran tu. Masuk-masuk je disambut dengan kapal besar gedabak ni. Pamerannya di setting ala-ala masuk kapal purba kala. Gitu kakak. 

Tengok pelan kejap. Emm excited ! Kena khatam selow-selow ni.




Aku pergi area Navigasi...banyak tunjuk pasal ilmu pelayaran orang Melayu. Yang ni tunjuk jurnal pelayaran.


Kitab ilmu pelayaran. Ketara tinggi pengetahuan orang Melayu kita tentang pelayaran. Layar kapal betul ok bukan belayar dalam mimpi. Aku pasti kapal dorang gah dan hebat macam kapal Phinisi yang aku tengok kat Makassar di TV.  



Yang ni jurnal pelayaran jugak dan siap menyatakan jarak sesebuah negeri dalam batu nautika


Kitab Ilmu Falak

Aku perasan yang tulisan dalam jawi tu bahasa Melayu tapi susah nak eja. Arash jawi kakak kau ni tak berapa tinggi lah ! Lagipun aku syak bahasa Melayu yang digunakan bahasa Melayu asli tinggi bersari dan mungkin, bersyair. Ihiks. Kan orang dolu-dolu suka bersyair. Lagi satu tulisannya rapat-rapat takde space. Ibarat kalau kau baca, amik senafas dan baca lah sampai muka jadi biru. Hee.

Tapi tetap aku nak meneka tulisan jawi itu !
Lama la dok ralik tengok manuskrip tu...


Alih-alih aku tiba area Jenayah. Hukum Kanun Melaka. Woah. Teruja sebab Melaka sentiasa dekat dihati, maklumlah kampung halaman asmaraku..ah~
Baru nak mengomel kenapa buku hukum ni kecik je, tetiba mata terpandang penjara dan dalamnya ada manusia bergari ! 
Aku jeling kali kedua. oh. Patung. 
Patung lelaki berpakaian orang dulu-dulu dengan rambut panjang duduk terjelepuk dirantai digelangi rindu konsepnya. 
Aiseh. 
Aku ni keseorangan, dalam suasana suram dan bilik pameran yang berlorong-lorong ni dan tetibe terserempak patung. Agak-agak turun tak darah kakak kau ni ?
Tapi macam biasalah, kita tepis-tepis perasaan tak best tu sambil cuba fokus kat kitab Melaka yang kecik comey tu. 



Kau cuba cerita macam mana aku nak fokus. Bila aku try nak baca, ada bunyi orang bernapas. Takkan patung tu bernapas? Patung ke orang tu ? Aku kerling lagi patung tu. Stop pulak bunyinya. 



Ni kitab Jenayah dan Sakaratul Maut. Ganba sudah sikit goyang sebab aku pun dah goyang dengar bunyi napas tu. Aku tak snap pun ganba patung tu bwahaha. Benda-benda macam ni biasanya aku buat bodo, still nak tunjuk ego kat 'benda' tu aku tak takut dengan dia...aku tengok-tengok lagi kitab berhampiran dengan penjara tu then aku pergi kat tepi penjara tu just nak make sure memang takde manusia kat situ...then aku blah. 

Sekarang kena berhati-hati masuk area jangan terkujat lagi bila nampak patung. Or maybe just avoid eye contact dengan pepatung neh sume.. huhu


Masuk area Senjata. Baca lah. Bangga weh dengan pencapaian orang Melayu dulu ! Sapa kata kita perang pakai keris je, kita perang pakai senjata api weh...~

One day aku nak cari buku ni.

Antara keris yang dipamerkan. Keris halus keding tu mampu bunuh orang kaa...dasat.


Then, aku masuk area Perubatan. 
Terkujat lagi ! Binawe la pepatung sume ni. 

Buat-buat snap ganba benda ni suma walhal gelisah patung kat belakang corner tuuu. Heehee...


Nak pulak baca kitab pasal ilmu perubatan siap dengan cara doa dan mantera bagai...
Huh sebijik macam pepatung ni berlakon..


Aku snap dari jauh. Gile kau tak luruh jantung tengok si pengubat ghope hantu rockers zaman 80-an merawat sekujur tubuh kaku. Siak sungguh.

Nak berlama-lama pun tak betah. 

Kitab Rasi, haa ni sesuai untuk orang belom kawen. Tilik dulu keserasian pasangan anda dengan Kitab Rasi. Taip ON CINTA dan hantar ke number fon aku k ? Setiap SMS harga RM10. ahaks..! Tahun depan boleh aku pergi Europe dengan duit SMS koranggg...~ Muah cikedddd


Seriously aku makin makin kagum dengan ilmu orang Melayu dulu. Aku fikir bangsa kita ni geniuslah jugak. Bila ilmu dicari seiring dengan iman, berkat ilmu tu memberi manfaat pada generasi akan datang. 

Ok. Ni pun nak carik jugak. Kalau ade lahh...



Al-Quran bertulis tangan. Warna emas tu nampak silky. Orang dulu guna ink apa sampai cantik sekali warnanya...


 
Orang bangsa Melayu memang penuh seni. Menulis buku pun perlu serta melukis-lukis ... memang jiwa seniman abeh..




Hikayat Hang Tuah ni dapat pengiktirafan UNESCO. 

 Jalan punya jalan, tiba kat area Sastera & Budaya dan kesenian lah kot. Tengok bawah ni. Cuba main sikit...

Karakas !


Ade lagi pepatung ni. Tak faham oke kenape perlu ada mereka suma neh. Nak nak yang hujung kanan duduk terlentok macam tu. 

Kat sini jugak aku terdengar bunyi plastik diseret sehingga memang betul terkejutlah aku melompat gak la. Usha kiri kanan belakang sume...tapi !
Nobody nobody but you abang patung ~ *mohon ikut lagu Wondergurls beramai ramai
Nak manja lettew.  Muah dahi ciked.

Nama Indera Quraisy. Peh. Berani tak letak nama macam tu kat anak zaman sekarang ni?


Sebenarnya aku nak cari lah album lagu melayu lama macam ni. Sapa tahu mana nak dapat?


Menarik cerita Bayan Budiman ni. Nasib baik ada haiwan peliharaan bijak ye ! 

Lagi hikayat untuk dijadikan tauladan


Petua memasak pun ada weh. Mushkil. Masala, biryani, kari, nasi qabuli...err tak kedengaran macam masakan orang Melayu. Pulak tu penulisnya dari Pontianak. Mesti ada cerita disebaliknya nih...


Kitab pasal adab makan haiwan dua alam. 


Beras memang komoditi penting orang Melayu zaman dulu, tak hairan ada kitab khas pasal beras. 

Alatan memasak dari kanan batu giling, batu lesung, alat tumbuk padi

Aku minat buku macam ni. Still meneka neka tulisan jawi tu >.<

Kitab Selawat


Ooo..kalau rase tumit kiri bergerak, maknanya makin dekatlah tarikh menjongket anda ke destinasi percutian ! wee...~ tayah tengok kalender. makin banyak gerak tetibeee je sampai airport dah nak check in. pitam!

Aku rasa MIL aku ada kitab ni agaknya. Berulangkali ingatkan pasal adab potong kuku. I is uptown girl, sungguh tak penah dengar pasal adab potong kuku hinggalah I married Mr Z ! @@



Ilmu bintang yang menentukan waktu solat


Arkan al-Solat



Bagus nya pihak Pemuliharaan menjaga manuskrip lama ni dengan baik untuk tatapan kita semua. Kalau tak, takde lah kita tahu asal usul bangsa Melayu ni, bijak jugok sebenarnya ! Banyak berdagang, belayar, menimba ilmu...tinggi tamadun kita ni.

Alatan yang digunakan untuk pemuliharaan


Ada gerai jual buku-buku. Tadi yang korang nampak tu manuskrip asal yang dah lama. Ni pulak orang terbitkan buku berdasarkan manuskrip tu dalam bahasa rumi. Takde lah terkial nak paham tulisan jawi tu tadi..heehee. Aku teringin nak beli Hikayat Hang Tuah tu. Ingat boleh pakai kad, tapi cash uols. Capcus ! Lain hari la aku datang lagi.

Keluar dari pameran tu, pak guard berbangsa India tegur.
"Ada sikit takut tak adik..?"
"err, takde takut. Kenapa?"
Sebenarnya tak tunggu pun jawapan dia, aku malas nak tahu. Aku terus tanya mana aku boleh dapatkan buku Hikayat Hang Tuah tu, katanya boleh beli kat Aras 4. Aku nak make sure mana hala aras 4 tu karang aku sesat dalam library maha besar ni, satu hal ! 


Begitu lah pengembaraan solo aku ke Perpustakaan Negara. Heheh. 
Cuba lah datang sini tengok manuskrip ni, very de menghiburkan.
Datanglah berdua ke, bertiga ke, sekampung ke takde lah sunyi...

Datang sorang diri kalau rasa nak thrill. Oke ? ngee :D

Daaa xoxo oollss !

*gambar adalah lahariah sebab guna henfon cap ceroi. sekian.