Menjongket ke Hong Kong : Sim Ha Wau Pa PING ! SHOPPING @ HK

"Hi adik ! Kakak hadir berbusana exotik untuk shopping di Hong Kong ! "

*berbuih mulut pembaca

Travel


Ni la aktiviti yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa setelah melepaskan hajat anak pegi Disneyland lah...Ocean Park lah...now makbapak nak melepaskan hajat sendiri ! Sila duduk dendiam dalam stroller *ikat anak kat stroller

Kami jumpa satu kedai perfume yang Duty Free kat area Chungking ni, namanya GOODYEAR PERFUME CENTRE. Tapi situ sebenarnya dah tutup ! Mereka berpindah kat dua tempat di bawah ni. Sila tilik mapppp dibawah ....~

Ada dua branch, satu kat Humphreys Avenue satu lagi kat Carnavon Road

Dah la DUTY FREE...ditambah pulak dengan BUY 1 FREE 1 ! Mau tak terkinja aku depan kedai ni...?

Perfume nya ada yang certain tertakluk dalam kategori Buy 1 Free 1 dan ada juga tertakluk bawah fixed price. Tapi tetap ada diskaun diknon...jangan kuatir! 

Bleh tahan variety la perfumes kat kedai ni. Bila aku tanya "amoi, ada perfume Banana Republic tak?" Terus bawak kuar perfume tersebut ! I is impressed. Walopon takde yang aku nak yakni Banana Republic WildBloom, nampaknya have to settled pada Banana Republic W sajork. Bauannya tetap menawan lubang idong korang semuahh *spray sekeliling umpama Shieldtox

Aku of corsss amik kesempatan atas promo BUY 1 FREE 1 tu! Aku beli dua perfume ni just HK690 je. Signorina Salvatore Ferragamo dan Banana Republic W. Tapi dalam bijak-bijak aku ni, ada gak tongoknya. Kenapa aku tak beli yang Signorina yang 100ml eh ? Apsal aku sambar 50ml? Dah kenapa ko ni...blur sudah ? *penyesalan


Signorina 50ml *uhukhuk dan Banana Republic 100ml

Aku bukak Banana Republic...kasik abih tu dulu, baru pakai Signorina ! Sayanggg nak pakai Signorina. 

By the way, jenjalan dalam mall dan test bau Flora Botanica By Balenciaga ni, pergghh harum gilors, and nothing quite smell like it ! Tapi harga memang harum sundal malam jugak ah. Huhuk. Kalau carik perfume macam ni kat SASA ke...GOODYEAR ke...BONJOUR ke..memang takde ah. Biasanya perfume yang disukai ramai dan mainstream je ada kat kedai macam tu  *perfume pun mainstream? lantakkan. 


Kedai jam Rolex adalah bersepah-sepah. Tinggi buying power orang HK ni gamaknya...


Babila. Ihiks



Seronok aku belek baju kat Monki ni. Lebih kurang macam H&M or Cotton On...tapi Monki ni lagi la trendy sangat piecesnya. Takut dapat pakai semusim je. Hehe. Pahtu dah habis musim ! Bebaru ni nampak Monki baru bukak kat Nu Sentral. 


Now jom pegi Fa Yuen Street. Orang kata tempat ni sangat best untuk bebeli barangan ompompan. Iye, sang lelaki sila bertabah jika berada di area ni  > <

Satu per satu kedai aku masuk....

Tapi kedai ni tak masuk...boring lah, all hitam like arang. 

Kedai baju kekecik macam ni jangan buang masa masuk unless uols bersaiz kancil


Haa yang macam ni segar sikit nak masuk : vibrant, colorful

Bukannya aman pun bersoppink sini. Anak dan Mr Z tunggu kat luar kedai. Mr Z tu memang bertabah tunggu tapi anak tak berapa nak bersabar ! Kejap-kejap dia laung aku "mama ! cepat lah mamaaaaaaa ~~~~ mamaaa..ooo mamaa...."  gitu la dia slagi aku tak nyahut !


Membeli gak satu kat sini > < baju jenis collared shirt tapi jenis long length sampai menutup backside gitu...kalau kat KL kedai nama GEB ada baju macam tu, mahal  dalam RM100 ko ! Tapi sini murah la..ada la dalam RM60. 

Suara sumbang kedengaran lagi di sini. "Mamaaaaa niiiii, asik-asik masuk kedai , asik-asik masuk kedai!"  dah mula lah nak membebel tu...
= ='

Sumpah next time awak takleh ikut mama pegi HK... *rengus aku dalam hati 

So far aku taste gak fashion HK ni. Now kan trend tops yang besar dan labuh, tapi sana lagi mods skit. Kalau jenis big shirt eccentric bleh dapat lagi lah. Tapi aku tak lama-lama sangat kat sini sebab anak dah takde kesabaran dan Mr Z pun dah kepisatan nak carik sneakers. Sempat rembat dua baju dan 1 beg je, sedih hokay ! Lepas bertanya sekeliling, kami jalan kaki ke depan lagi dan jumpa Sneakers Street.

Aku sebenarnya seronok tengok sneakers culture kat HK ni. Orang HK dalam 10 orang tu, 8 orang pakai sneakers ! Mungkin sebab gaya hidup dorang memerlukan aktiviti berjalan yang banyak. Oleh sebab tu, kita bleh lihat sneakers dorang memang kebabommm ! Cung meleleh wa cakap lu. 
Aku tengok awek HK kebanyakannya berfashion tapi jenis fashion yang 'selamber' & chill je, bukan 'poyo' atau jenis fashion victim  *juih juih mulut kat crowd Pavi  


First kedai aku masuk, dah rasa nak rembat je sepasang Supra.

Cung nak mampos Supra dan Palladium kat sini !

Kekadang tu bila tengok balik geganba sneakers ni, rasa nak nanges tak membeli !

Supra oh Supra

Adidas limited edition

Kekasut yang bergantungan

Hoi molek sungguh semuanyaaaa !



Kat Sneakers Street tu, berderet-deret kedai kasut. Sampai dah naik miong nak pilih...~
Ada orang tanya, ori ke noks ?
Of corsss la ori kakek. Ko ingat HK ni serupa China kah?
HK ni beza dari China, namanya pun bekas jajahan British so masih ada civic minded...
Barangan original suma ni...tak jumpa plak yang tiruan.
Dan harga sneakers sini, jauh lebih murah dari Mesia.. haa gile tak? gile? gile kentang kan?!
Yang pastinya, sneakers kat HK ni banyak giler variety dan designs nya...so chances takde lagi kat Mesia tu memang tinggi. Kat mesia market banyak for training, sport etc...untuk leisure variety tak banyak. Kat HK ni, melambak !

Sila lah jamu mata uols. Konfem terbuntang-buntang mata peminat sneakers sekalian...

Mr Z belek kasut

Lai Lai ... leng lui shoess....


Dr Marten just murah beza RM30-RM40 je...

Converse shop

Nike shop


Masih di kedai Nike

Lama gak kiteorang kat sini

Mr Z nak menambah koleksi AirMax. AirMax kat mesia dalam RM500 kan? Kat HK dalam RM300 je. Mau dia tak menggelintis kat situ ~ Sibuk lah tanya aku warna apa yang ok. Maksalahnya, aku rasa kasut ni tak lawa ! Susah nak beri jawapan kepada soklan dia ! Hahaha...

Auummss







Aaira tolong pilih sebab papa lama sangat buat pilihan !


Mata aku terbuntang kat sini:  High cut sneakers.


Kat mesia susah nak carik ni...


Gambar ni kali ke puluh brapa la aku telek, tetapla hati ni kepiluan sebab menyesal tak beli satu !


Adoiii cung gile yang kuning tu. Aku fikir fikir nak beli ke tak. Beli ke tak.

Meh sini nak cerita pasal rumahtangga.
Selalu aku dengar cite orang yang, suami tak suka bersoppink tapi isteri suka soppink. Kiteorang lak, Mr Z ni lagi kuat soppink dari aku. Aku jenis berfikir lagi...pros & cons..reserve lagi la bab-bab beli barang. 

Jadi, bila dia tengah menggile, aku takleh jadi menggile macam dia kalau tak dompet terbelah dompet bertangkup jadinya ! Terpaksa lah si isteri maintain cool ....

Biar lah dia menggile sorang. Tadi aku dah menggile kat Fa Yuen. Ihiks.

Menahan cool bukan bermaksud tak membeli ya kenkawan! Hahaha. Tetaplah beli sepasang...hi cut adidas harga RM290 je. Menahan cool tu di sini maksudnya tak membeli kasut lebih dari sepasang *jeling Mr Z dan kotak-kotak kasutnya. Oih, btw aku riki kedai Adidas kt KL ni takde lagi kasut model gini..dan paling hampir Adidas hi cut aku jumpa pun harga RM400++  Ini membuatkan aku rasa puas hati dengan pembelian satu-satunya sneakers yang aku beli dari HK ni.

Aaira dapat upah kasut Puma sebab bertabah dengan makbapaknya ni = ='


Tetibe je we found ourselves kat Ladies Market.
Emmm...sini barang bleh tahan mahal la.


Sapa main basketball sini angkat tangan ?  *sayeee ! 



Disebabkan hujan lebat, tak berapa syok nak usha gegerai ni suma...


FM dan keychain adalah MAHALGILECADBURY



Kat sini kena pandai bargain kaw-kaw or else ko end up beribu sesalan. Kami tersilap langkah hat beli FM tu and the keychains tu. Rasa mahai gile sebijik FM RM8 ! 


Penunggu beg soppink

Sampai dah menyanyi sendiri... 



Buang jejauh kekecewaan terbeli FM mahal bile nampak bargain ni. Murah naa ? 8 helai cuma 90 dollar je. 

Rembat banyak shirt kat sini sebab murah gils.


Tomei tak saya..?



Penantian suatu siksa....



Last-last dia dah hilang sabo ! Dia merengek nak balik hotel katernye ! Kita pun pujuk-pujuk la dia..sebab apa tau?
Mr Z masih carik kasut untuk terakher kalinya tapi undecided.
Jadi dia berkunjung ke kedai ni dan nak lari jap ke kedai lagi satu ...
So aku dan Aaira tunggu la kat kedai ni sementara dia pegi kedai lain di ujung jalan sanah...
Sementara tu aku pep talk kat dia jap...kata yang papanya kejap je tu nanti dia balik eh..Aaira nak buat apa kalau sampai hotel nanti? nak mandi? makan? lompat katil ? hee..
Soalan aku tak disambut dengan jawapan...
Alih-alih anak dara aku ni rupanya menangis dalam diam...ghope Neng Yatimah airmatanya keluar lesu di pipi...

"Ehhhh nape Aaira nanges ni sayang ... ?"
"Aaira..nak balik otel "

"ooo ok ok, sabar ye sayang...kita tunggu papa. mama janji pastu kita terus balik "
Terkedu tengok anak menangis sebab tak tahan dengan pangai soppink makbapaknya...



Huhu.
Layan sembang jap elok dah dia. Tapi memintak makanan pulak. Kebetulan seberang jalan tu ada stall! Terpaksa explain kita takleh makan food tu. Sebab ada babi. Haa babila kan. Dah pula ditanyenye kita balik, babi tu apa. Kenapa takleh makan. Macam mana ghopa babi tu.

"Gini aaira. Aaira ingat tak lagu Old MacDonald Had A Farm... ?"
Menyanyi la kiteorang ni just nak refresh rupa dan bunyi babi macam mana...heeehee
Okla, dia hepi la skit bila menyanyi tu...


Hasil penggeledahan kat Fa Yuen, Sneakers Street & Ladies Market


Kasut Mr Z sampai dua. Over naa sampai anak pun nanges tunggu dia..  :P


Bertiga lebih indah


Malam tu, sambil main-main kat katil dan makbapak belek barang soppink..tetibe si kenit ni bertanya.

"Kenapa papa jadi papa ?"
 "Uh..ape? papa tak faham lah "

"Kenapa papa jadi papa ?" - sebutir sebutir dia sebut
Aku tak paham arah tuju soklan ni. Mr Z pun lagi lah kan..

"Ye la, papa kan papa Aaira" jawab Mr Z

"Alah, papa tak payah la jadi papa. Aaira nak papa baru "

Sentap terus Mr Z. Hahahaha.

"Eh, kenapa cakap macamtu???"

"Yelah, papa ni asik lambat jeee. Sampai buat Aaira sedih.." Dia merujuk kejadian tadi yang dia tunggu papanya beli kasut sampai nangeh. Hahahaha

Haa kau, punya lah emo sampai mintak papa baru.
Mama sengeh jeee  *larrrriii masuk kedai beg


Lagi satu hotspot shopping ialah kat Granville Road.



Ada apa kat Granville Road?
Ada deretan kekedai la mek oi untuk operasi geledah.

Layankannnn...~
Ada kedai LUSH. 

Suka sangat dengan segala produknya


Kedai wangi bebeno yop ! Rembat face mask satu sebab muka dah tak rupa orang. Mana taknya, dah la hari-hari makan food instant, kurang minum air...sungguh membawa bencana pada rupa paras yang elok ni. *elok kerr??

Nee nooo neeee noooo...bantuan datang untuk menghapuskan jerawat huduh !

HK ni aku asik nampak barang adult, laa ni nak carik barang si kenit lak...



Masuk kid's butik. Harus lah harganya pun tahap butik-butik juga. Tapi baju memangnya stylo banget. Di luar bajet lah kedai macam ni, last-last menyopping kat Cotton On Kids  > <


Kalau datang Granville ni wajib korang singgah Lung Shing Dispensary ni. Aku tengok ramai gils yang pergi kedai ni. Sebab barangan kosmetik dan farmasi yang murah sangat....

Aku beli hair parfum, hair mask, make up remover wipes dan sea salt hair spray total suma ni cuma RM34 !!! Terkedu iolls...


Ni la hasil gigih kat Lung Shing Dispensary ni. Perfume CK summer one tu Mr Z punye, pun membeli kat situ gak. Harga murah dari SASA...gile tak? Oh, kasut tu...not from Lung Shing ah. Tu kasut ketiga Mr Z .... over da top sangat dia ni ! *kansel niat nak beli kasut, space beg tak cukup !!


Layan gak baju-bajan kat sini. Oleh kerna pitis pun dah berkurangan, kita tengok je la naaa....













Ni suma kat GRANVILLE ROAD. Penjelajahan yang mantap !


Sekian sajork kisah soppink di HK. Apa-apa sila bertanya di bawah. Kalau email-email ni, takut akak ko ni malas nak reply....

Maybe patut aku buat satu entry pertanyaan peminat berdasarkan email yang aku dapat. haa...idea bagus gak tu. Cuma...RAJIN tu tak pasti lah bila nak sampai  = = '


Lazada Malaysia ***********************************************************************

World Cup:
Woohooo it's German vs Brazil this morning !
Verdict ? Brazil kot sebab bermain kat negara sendiri, eventho German ada habang Hummels ku yang berkumis macho, namun kemachoan tidak dapat memastikan kemenangan, abang ! Maafin dinda... *berkumandang lagu Salam Untuk Kekasih...



Cerita Hong Kong: