Menjongket ke Hong Kong : Islamic Centre Canteen




Pukul 4 petang dan si Nanatron post pasal makanan. Hihi. Kerajinan hadir tatkala teringat dim sum sedap-sedap kat sini, jadi rasa nak tulis skang gak ! Kat KL mana ek tempat dim sum halal? 


Aku turun kat stesen MTR mana pun tak hingat ... tapi dari stesen ni kami kena naik bas number 789 untuk pergi ke Islamic Centre Canteen



View dari dalam bas

Tak akan terlepas bus stop sebab dia announce dan jugak tunjuk nama bus stop kat skrin...

Stop kat mana ek? aaa tak ingat jugak ! korang google map je jalannya pasti jumpa cara nak ke sana...

Quite a walk la mencarik Islamic Canteen ni...

Jumpa ! 

Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre

terletak di Oi Kwan Road


Masuk-masuk je takde orang menyambut dengan tarian naga  ! Ihiks
Tapi ada nampak beberapa bebudak tadika sedang bersekolah kat situ. Comey anak cina ni....gebu gebas!



8 tingkat semuanya dan canteen terletak di tingkat 5



Tempatnya luas jugak. Time kami tiba tu dah pukul 12 lebih kurang, perfect untuk lunch. Belakang tu dim sum stationnya, pergi sana dan pilih-pilih la dimsum...


Bawak kad ni dan rembat dimsum pilihan korang...


Ni pulak aku banyak masa snap satu-persatu menunya. Hahaha..
Untuk tatapan korang, untuk pembajetan mahupun melayan fantasi makan...hehehee

Layaannn!
Klik kat ganba kalau tak jelas  >. <



















 Dimsum yang aku order. Semua SEDAPGILER. Siap bertambah lagi try amik dimsum lain pulak. Semua adalah dapat dihabiskan tanpa pembaziran !


Omnomnom nomm! *jejes ayorliyors 

Fried rice with minced beef

Budak berselera makan...


Kenyang ! Alhamdulillah...


Tudiaaa...alamat yang tertera pada kad. Bill ni, agak ok la harganya..sebab last minit kami tapau lak garlic fried chicken wings untuk dinner. Gitu ko, berfikiran ke depan kekdah begini !

Pensijilan Halal...

Yaaa ada jugak non muslim yang makan kat situ, tapi kalau Sabtu, Ahad dan Public Holidays dah reserve untuk muslim sajork...


Kalau dah lajak ke sini, sila lah solat kalau dah masuk waktu ... ada masjid dalam bangunan ni jugak :)

So, mana dimsum halal kat KL ni eks? Mak mengidam benar nak oi !

1 comment:

  1. Hui lapor aku nengok nih...aku selaluuuu merindui dimsum kt sini...itik panggang kt pasar dpn tu ko xtry?kulit itik tu crispy gler...rasa nk nangess bila ingt!!hahaha

    ReplyDelete