Menjongket ke Hong Kong : Antara European Hostel dan Butterfly on Prat Boutique Hotel


Halo warga alam maya !

Kalau korang masih ingat, tentunya korang tahu yang aku duduk dua hotel sepanjang aku di HK. Perkara ni tidak disengajakan sebab aku rasa tidak selesa dengan European Hostel maka aku bertukar ke hotel Butterfly on Prat. Namun begitu, tetap aku nak bagi review untuk kedua-dua hotel ni. Yelah, maybe korang bleh serasi dengan European Hostel, hidung tak manje macam aku. Kalau hidung korang kental, sememangnya amat jimat tinggal kat European Hostel.


EUROPEAN HOSTEL @ CHUNGKING MANSIONS



Kenapa aku pilih hotel ni pada mulanya? Ada beberapa kriteria yakni good points lah.

1. Harga murah. Time tu aku dapat harga RM926 untuk lima malam
2. Terletak di Nathan Road, Tsim Sha Tsui menjadikan ia tersangatlah strategic. Cuma sepelaung dari MTR station dan tempat attraction yang lain (Granville Road - shopping !)
3. Ada kelengkapan hostel macam microwave & hot water (outside of the room lah tapinya)
4. Terletak di Chungking Mansions yang orang kata banyak tempat makan halal
5. ***lama gile fikir untuk point terakhir ni*** last-last aku krik krik krik sajork ! muahahaha

Hmmm. Haa tau dah !! Staff yang peramah dan pelbagai bangsa ?  Sini ada staff dari India, pinoy, indonesian...it's a melting pot of asian cultures ! *plus point ke ni nyah?

Sebab apa tau nyah. Time nak check in, depa memasing dok confuse pasal booking aku. Yelah, bila Indian cakap dengan Pinoy....hindustan bertembung telenovela...mencetuskan apa agak-agak?

Yaaa ! Drama !
Pasal log book je pun...  = = '

Tadi good points. Sekarang jom diskusi skit pasal bad points. Bukan lah bad sangat lah kalau korang tabah dan takde hal menghadapi nya. Kalau korang bekpekers tegar, mungkin tak kisah kot! Tapi aku pergi HK ni bukan pose-pose bekpekers pong...tapi sebagai mamazilla ! Jadi aku cerewet macam mak-mak sket... :P

Sejujurnya, sumpah aku taktau Chungking Mansions ni macam Flat Pekeliling ! Means, amatlah in the ghetto sangat. Kat luar Chungking sampai lah ke lift ni akan ada orang yang mencuba jual barang kat ko. Pelbagai warga asing yang kebanyakannya dari India/Pakistan/ Bangla kot!..dalam tu memang takde rupa HK lansung. 


Ni lift nya, sangat-sangat kecik dan boleh bercucuk tanamlah tunggu queue. Kalau khuatir kena kaco ke ape ke dalam lift, jangan riso sebab ada skrin cctv yang tunjuk keadaan dalam lift. Oklah rasa selamat sikit disitu. 



Bilik ni triple room....tapi kecik sangat lah nyah. 

Anak aku ni suka roaming dalam bilik hotel. Kat sini, dia hanya dapat roaming tak sampai 10 langkah kot. Lantas sel-sel otak dia berhubung dan bagi signal panjat-turun katil lagi mendatangkan kepuasan.

Katil kat sini agak tinggi ye, jadi anak aku ni dok panjat,turun, panjat, turun ...aku risau kot dia terjatuh dan kepala terus terhantuk kat bucu katil yang bertentangan sebab jarak yang agak dekat. Katilnya dah la kayu kayan yang keras lagi berjati tinggi ! Pendek kata, bilik ni agak tidak child-friendly.

Bilik air nya pun kecik cenggini aje...

Selain dari tu, aku tengok microwavenya agak kotor so mendatangkan wasangka makanan ape je yang dah masuk microwave tu. Eeeks ! 

Pastu mula lah fikir, bekalan air kat hostel ni bersih ke tidak. Aku siap bagi air mineral untuk anak berkumur-kumur sebab risaukan virus ape je kang. 

Fikir plak kalau ada kebakaran, mana nak lari weh. Memang rentung trus weh ... its 16 frigging floors ! haa jauh dah fikirnya neh. Tawakal je la ...

Faktor-faktor ni sebenarnya aku bleh hadap lagi lah..cuma, ahkak takleh blah dengan bau-bauan ! Takde ventilation yang efisien. Bau minyak sapi, bau menggoreng, bau makanan suma ada...pening weh. Lantas, ahkak menjadi mamazilla dan check out pada hari ketiga. Needless to say, aku tak merasa pun halal food kat Chungking tu sebab dah mabuk dengan bau biryani dari bilik otel...asal nampak biryani rasa nak loya !

Sebenarnya kalau difikirkan balik, nasib baik aku check in hotel lain sebab gerenti barangan shopping kiteorang tak cukup space nak letak kat European Hostel tu. Hee~


BUTTERFLY ON PRAT BOUTIQUE HOTEL


Hotel ni terletak di 21 Prat Avenue, Tsim Sha Tsui gak. Tak jauh la dari Chungking tu...time berpindah masih bole la menapak bawak beg-beg berhijrah ke sini ! Hehe. Hijrah itu perjuangan !

Sederet dengan hotel ni ada McDonald dan sebuah kedai makan arab yang halal. Convenient sangat !

Kedai makan cina banyak gak la. Pepagi lagi dah bau hanyir babi kalau lalu lalang jalan ni. Huhu. Bau hanyir tu bleh tahan la lagi. Tapi ada satu kedai kat corner jalan ni, jual steamboat tau. First time aku lalu jalan tu menghala ke hotel ni, aku lalu kedai steamboat tu...memang takleh elak sebab memang kena lalu situ. Tetibe terbau satu bau yang amat busuk datang dari kedai tu ! Terkejut aku dengan bau tu. Busuk yang tak pernah direkodkan bauannya oleh Jabatan Hidung Si Nanatron. Sungguh busuk sampai otomatik rasa gag nak muntah. Aku tak mampu nak menjaga hati orang sekeliling lalu aku pantas saje tutup hidung dengan tudung ! Aku jeling sekilas kedai steamboat tu, jijik betul bau tu weh ! Ni ntah-ntah bau usus babi ke hape yang dorang tengah melantak tu ~



Entrance hotel

Masuk-masuk hotel je, lega weh. Hotel ni wangi sangat. Like, heavenly wangi nya ! Hahaha ape ntah pe'el hidung aku time kat HK ni, particular benar pasal bau-bauan. Aku dapat tahu, depa guna home perfume yang jenis vaporizer kuar wap tu...dan aku jumpa benda tu kat Granville Road. Bauannya banyak jenis dan memanglah wangi gilerrr. Takde bau residue yang seakan bau colok, asap atau sewaktu dengannya macam sesetengah yang dijual kat Mesia ni. Just a clean dan sweet smell. Haruslah aku nak beli benda alah tu untuk umah baru aku nanti ! *berangan meripit HK


Status hotel ni ialah boutique hotel...jadi agak hip hip horey lah interior designnya. 

Internet station

Plus point paling besar: Bilik dia selesa gile. Nyesal tak book sini awal-awal ! 

TV dan meja...ample space untuk letak food/beg/makeup etc....
psstt...notice tak dia siap provide travel plug?
dalam laci ada internet cable lagik...

Tilam dan bantal empok! Sangat empok sampaikan susah nak bangun dari tidor. Tu pasal ada plan yang start tengah hari..haha..nak teruskan pentidoran !

Bantal dia lak siap dia tag dengan butterfly untuk inform ada hard pillow dan soft pillow.

Ni pun sangat sangat plus point: Ada Microwave ! Sesuai la dengan kiteorang yang membawak banyak gile instant food ni, memang memerlukan benda ni sesangat. 



Bilik air yang lengkap toiletries dan bersih :)


Bilik ni ada ample space la...budak pun suka nak roaming dan menggelinjang. Barangan shoppingan pun boleh bersusun-susun seperti bunga seroja. Hihiks ! Jadi, bagi yang bekeluarga tu aku cadangkan amik hotel ni. Satu keluarga selesa. Happy faces ! Walopon ahkak kena bayar RM1185 untuk tiga malam...aku rasa ianya berbaloi.


Kalau aku datang HK lagi, aku cari hotel ni atau branchnya yang lain...Butterfly on Morrison. Haa branch ni memang dekat dengan Islamic Canteen...senang nak makan dimsum halal yang murah!

Itulah sedikit sebanyak review aku pasal kedua-dua hotel ni. Yang elok jadikan panduan, yang tak berapa mari tu boleh diadjust ikut tahap toleransi korang ye !

xoxo olls !


Cerita Hong Kong: