Tarikh Hot Untuk Bercuti Tahun 2015


Halo !
Malam ni aku rasa nak bagi jawapan bocoq kat korang suma...
Jawapan apa tu?
Jawapan kepada stress keje korang lah !

Ada sesiapa sini yang ada Annual Leaves yang ciput belas-belas hari tak macam gomen yang berpuluh-puluh...haa mesti pening nak manage cuti annual tu kan. Mana kaki nak ke Mynmar, tangan nak ke Tokyo, jantung nak ke Sri Lanka, lidah nak ke Chiang Mai  kerna ngidam tomyam kaw kaw ori bersari buatan rakyat marhaen Thai...


Jadi sini aku nak habaq tarikh yang best untuk korang minta cuti, bercuti dan rembat tiket AirAsia ni dengan jaya sekali..
Tapi harus diingat ni kira applicable kat orang keje KL la sebab aku scan kalender tahun depan ikut tempat aku bekerja yakni di KL..

Aik..dah keje ke si Nanatron ni? Haaa dah laaa dapat keje baruuuu...~ Sungguh pendek riwayat menjadi WAHM...hahaha
Nasib lahh kene terikat lagi dengan keje lagi huhu..~
Bye bye senduk dan kuali...  :D


Lazada Malaysia Baiklah.

Berikut ialah date yang hot dan lazat dinikmati di negara pilihan hati uols :

1. 31 jan - 3 feb
sabtu, ahad, isnin, selasa
sabtu, ahad = weekend
isnin = cuti federal day
selasa = cuti thaipusam **
total bercuti = 4 h 3 m
**UPDATE TERKINI:  INFO dari AZRA, katanya 3 FEB tu ialah Thaipusam ! Wahh bersambung-sambung, I LOIKE. Maksudnya, cuti date macam ni tak memerlukan uols apply AL langsung ~!

2. 19 - 22 feb
langsung takyah amik AL sebab ni cuti CNY
hehe tapi hanya hardcore je berani nak cuti CNY ni sebab biasanya dalam mesia highway sesak...kat airport pun sesak! tak aman...maka, duk umah lagi afdhol.
total bercuti = 4 h 3 m

3. 1- 4 may
jumaat, sabtu, ahad, isnin

jumaat = cuti labor day
sabtu, ahad = weekend
isnin = 1 AL
total bercuti = 4 h 3 m

4. 30 may - 2 jun
sabtu, ahad, isnin, selasa

sabtu, ahad = weekend
isnin = cuti wesak day
selasa = 1 AL
total bercuti = 4 h 3 m


5. 16 - 23 sept

rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu

rabu =  public holiday malaysia day
khamis, jumaat = 2 AL
sabtu, ahad = weekend
isnin, selasa = 2 AL
rabu = public holiday raya haji
total AL = 4 AL
total bercuti = 8 h 7 m

6. 14 - 18 oct
rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad

rabu = public holiday awal muharram
khamis, jumaat = 2 AL
sabtu, ahad = weekend
total bercuti = 5 h 4 m

7. 25 - 28 dec
jumaat, sabtu, ahad, isnin

jumaat = public holiday christmas

sabtu, ahad = weekend
isnin = 1 AL
total bercuti = 4 h 3 m


Nombor 5 tu memang bes ah sebab bercuti sampai seminggu tapi amik 4 AL je. sesuai untuk long trip. aku ada plan gak date ni...harap can go thru *fuh kiri fuh kanan, mandi bunga, pakai sexy

Tujuh tarikh hot ni revolve around public holiday jadi pandai-pandai la adjust...tak semestinya ikut cadangan aku tu. Adjust lah ikut selera yek ?

Aku dah rembat date nombor 1 malam tadi...ahh the beauty of being a Big Shot ada privilege priority access. Serious rambang mata !



 Ok, harap membantu.. daa~

Happy Hunting !!
*sambung tengok channel 707, mynmar on tv ! besnyelahaiiii~

p/s : AL = Annual Leave

   Travel