PADI License @ Pulau Tioman - TBS, Eco Diver, YP Chalet
























Adakah aku sudah gila hingga sanggup ketepikan trip Sapa untuk beri laluan kat Tioman ?

I think I gone cray cray !

Aku jenis kalau dah mendambai sangat satu benda tu, dah tak boleh fikir straight lagi dah...
Mula la cari 1001 alasan untuk tidak pergi ke Sapa...
Sejak balik Mabul, aku dok bercita-cita nak dapatkan diving license. Aku pun riki-riki, paling hampir ialah Tioman dan not too much hassle nak pegi sana pun. Aku pilih Eco Diver yang terletak di ABC, pilih pakej PADI OPEN WATER COURSE harga dalam RM1100 lah kalau tak salah. Itu harga pakej course je, makan minum tempat tinggal feri sumanya adalah SDN BHD.
Nak sangat kan? Kepingin sangat kan? Menggelintis sangat kan ? Jom kita ke Tioman  !

Seminggu sebelum tu, aku pegi beli tiket bas ke Mersing kat TBS. Hoomaiii...terkesima hakak kejap tengok TBS ni. Sebab apa tau? Tak sangka kelas sangat, tak macam PUDU...


Ruang parking yang luas dan bersih. Rate parking RM3 per entry per day nyah hoi. Murah kan ?



Masuk dalam..wahh..besar...luas...nyaman...elok sungguh tempatnya...



Beratur leklok beli tiket...
Kiteorang pilih Transnasional sebab bas tak berjenama selalu terlibat eksiden. Macam tak kompiden hakak. 

Harga tiket dalam 20++ lah, tak ingat. Then kami beli bas awal pagi pukul 9 pagi sebab perjalanan amik masa 5 jam, nak kejar feri pukul 3 petang.  Feri ke Tioman tu bukannya sentiasa ada. Dia ikut tide. Ni pun aku tahu waktu feri dari Eco Diver, dorang dah konfemkan memang ada feri pukul 3 petang. 


 Ini di hari kejadian. Turun bawah tunggu ketibaan bas. Macam LCCT dia buat ko ! Curlasttt...


Tunggu kat gate 10. Banyak mat saleh gak trip ni...


Bas tiba tepat pada waktu


Aku ni dah lama giler tak naik bas. Bila naik, haa jadi jakun ! Seat dia seribu kali lebih best dari AA. Pilu nak kenang flight HK besok 3 jam duduk seat AA yang hazab tuuu ! Dan paling menarik dalam bas ni ialahhh....?

Ni haaa...ada entertainment !! Muvi segala macam ada..!!


Tersengih girang laaa aku...bila ternampak ada muvi We are The Millers sebab citer ni kelaka giler. Aku baru layan cite ni kat umah tapi dalam bas ni aku layan lagi !! Terkekek gelak kat Jennifer Aniston yang jadi stripper dalam cite ni. Hehee..tapi dia tak pandai strip dance ah, keras gile. Teringin nak tengok Scarlett Johansson pegang watak stripper lepas tengok cite Don Jon. Ihiks. Mesti hot abeh. Btw, yeah..never ever bagi stripper participate contest meneka drawing...hahaha mmg cilaka sangat scene tu. Sakit purut gelak !

Pahtu, layan lagi muvi nii!! Ada hindustann!!! Tengok-tengok ada muvi abang shah rukh khan uols...citer Chennai Express...pertembungan antara Hindi dan Tamil..mengekek gelak lagi tanpa menghirau orang ramai...

Sila bawak headphone sendiri untuk menikmati hiburan ni ya !

Cite Hindustan tu punya la lama gile sampai Endau pun masih belom abih. Bas ni benti kat Endau Rompin bas station...time tu dah pukul 2 tau. Apehal la lambat sampainya sebab bajet pukul 2 sampai Mersing tapi bas masih kat Endau. Berdoa sangat sangat harap sampai before 3 petang, kalau tak melepas la feri..kena overnite Mersing lak !

Lazada Malaysia

Dah la aku pegi Tioman ni just 3 days 2 night je. PADI course tu patutnya 4 hari 3 malam tapi dia bajet kiteorang bleh complete suma. Kalau korang nak tahu, PADI ni leceh skit la..dia ada test, quizzes, ada compulsory swimming dan float test..tak macam SDI. Aku pun tak sure aku bleh habes ke tak PADI ni dalam 2 hari setengah ni ! Sebabnya aku tak reti berenang ... apekejadah laa nak kena test swim bagai ni !

Satu jam yang panjang, ramai yang dalam bas tu pun menghala ke Tioman gak tu...dok ngeluh gak apsal lambat dan lari timing lak bas ni. Brader feri yang aku deal untuk booked tiket feri aku tu pun dah call aku banyak kali tanya perkembangan, just risau tak sempat sampai terminal feri.


Ko tau tak kiteorang sampai 3.15 kot macam tu, nasib baik la brader feri tu baik hati..dia pick up kiteorang dan terus ke terminal feri.


Pegang benda ni kejap je..time nak naik feri kena bagi balik pass ni kat dorang.


Dalam feri. Perjalanan feri lebih kurang 2 jam dan sampai Tioman dia ada stop stop kat certain tempat. Dan kiteorang turun kat Jetty ABC  ~


Aku kalau tak pasal PADI ni, memang tak terniat langsung nak pergi Tioman sebab aku rasa laut dia macam tak lawa. Ihiks. Aku kan suka laut biru jernih pasir putih gebu-gebas...
First impression Tioman ni memang failed skit lah laut nya..

Tapi kecantikan laut pun bergantung pada cuaca gak..dan time aku pegi tu memang cuaca tak berapa cun walaupun dah April patutnya cuaca gilang gemilang. Dah dua tahun kot cuaca haywire macam ni je..tiba masanya Jabatan KajiCuaca kaji balik musim monsun negara ni. Huhu. 


ABC stands for Air Batang Camponk Kampung

ABC -  C tu tang mana pon tatau la...


Singgah terus kat Eco Diver yang terletak berdekatan je dengan jetty tu.  Disambut oleh seorang minah Jepun berambut dreadlock yang happy tengok Mr Z pakai jersey Jepun. Rupanya dia lah PADI DM yang mengajar kiteorang nanti. Dia bagi buku PADI dan ada homework skit ah malam tu...ada baca-baca, buat knowledge review skit dan esok harinya baru start practical. Dah kerah kiteorang esok harinya kena ada kat dive shop pukul 8 pagi WAKTU JEPUN bukan waktu tioman katanye ! ye lah waktu pulau kan laidback gile..hehe. Nak suruh punctual lerteww...  

Anyways, lepas tu kiteorang bergegas usha chalet takut penuh lak nanti. Riki punya riki kiteorang settled at YP Chalet dapat triple room aircond sebab itu je yang ada ! Tapi harga not bad la..cuma RM60 je. Harga chalet kat Tioman ni memang murah-murah la. Cuma food je mahal gilers!


YP Chalet

Bilik triple room

Just a simple chalet


Jalan-jalan carik dinner ! Berkenan kat resto reggae yang tak jauh dari jetty ni...duduk lepak makan situ. Harga ialah mahal. Satu set ikan dengan nasi ialah RM15- RM20. Tapi nasib baik sedap lah. Set tu ada nasi, ikan bakar, acar dan kuah kari. Kuah kari is mencengkam jiwa gak. 
Vibe resto ni bes sebab lagu reggae jee manjang dia mainkan..siap lagu yang mainstream pun jadi reggae!
Lepas makan, apelagi...ulangkaji loh ! 


Tak betah duduk di satu tempat lama-lama...lagipula siang tadi ternampak beach bar reggae yang comel ni. Duduk lepak sini pulak ! Tapi dia tak main lagu reggae, dia main lagu rock...layaaann. Yang handle bar ialah minah-minah salleh yang aku rasa dah lama bertenggek kat Tioman ni kot. 

Satu aku perasan, mat salleh suka sangat Tioman ni taktau apesal ntah. Ada satu bilik ni kiteorang pass by, bilik dia dah macam rumah dia buat ! ada rak buku..tin beskot etc...macam dah lama bertanggak kat Tioman gak minah salleh tu. 

Malam ni kena khatam chapter one & two. Nak terkatup mata aku membaca nye weh. Nak ehem ehem pun tak senang  :P



Geng Mabul aku kata, dah macam blaja Biology ko nih ! Haha Pada aku bukan stakat Biology, Fizik pun ada jugek ni...zzzz...dah la aku failed giler Fizik time skola dulu..


Tolong jawab !


Low batt lak lappy ni...
Bersambung di hari lebaran ~!

* ganba diambil guna VSCO CAM guna henfon sajoh, ganba ialah seperti minta dicerca. Jangan keji tau :)