Menjongket ke Hong Kong : Persiapan Mental & Fizikal



























Alhamdulillah masih diberi rezeki dan kudrat oleh Yang Esa untuk menjongket ke negara orang. Kali ni pergi dengan Mr Z dan Princess Aaira Elsa.
Yea. Her new name. Dia bebetul jawab macam tu bila kawan atok nya tanya "sapa nama ni..."
Tergezut atok nya bila cucu jawab cantu..siap kata "ehh apsal lain benar nama ko ni.."
Hihi dia ingat dia salah dengar ke ape..

Tiket ke HK ni di beli sejak tahun lepas lagi time promo. Harga tiket untuk 3 orang sekali dengan luggage 30kg pergi dan balik ialah RM1,259. Trip ni agak panjang...6 hari 5 malam. Aku dah booked hotel baik punyer kat TST, jenis boutique hotel namanya Butterfly On Prat untuk 5 malam tu dalam RM 1,700 la. Alih-alih beberapa bulan sebelom trip ni dia pegi kansel booking aku sebab aku lupa nak update info credit card dah expired uols ! Aku amik jalan mudah je, nampak otel lain jauh lebih murah dari Butterfly ni so aku booked plak yang itu, RM900++ je untuk 5 malam. Tak ke murah ? Tapi jenis hostel la kat Chungking Mansion, namanya European Hostel. Dari gambar macam decent so aku main booked je la. Sekalik...zasstt ~! Pangkah !! Tunggu another entry kot ni.

 Itu
VS
Ini


Since trip ni ialah membawak budak waima seorang pun, ianya adalah menchabar kita sebagai parents ye. Perlulah kita persiapkan mental dan fizikal bukan skadar untuk hadap trip tapi juga hadap karenah anak. Ihiks. Anak pun kena bertabah hadap perangai makbapak - akan dicerita kendian hehe.

Upah bertabah: Susu dan kasut Puma




Dari segi persiapan itinerary trip, aku karang punya lah panjang lebar dalam bentuk jadual in excel file. Aku rujuk http://www.discoverhongkong.com/ dan mengkhatam beberapa travel blogs untuk cari idea dan tahu canne keadaan HK ni. Overall aku rasa HK ni femes dengan tempat-tempat yang dibina memang bertujuan nak tarik pelancong macam Disneyland, The Peak, Ocean Park & Ngong Ping. Lagi satu HK femes pasal shopping. Orang lain shopped till you dropped. Kami shopped sampai anak menangis dan mintak papa baru !! Hahahahha! Tergelak aku dengar statement dia yang out of the box tuh !!

Persiapan dari segi kewangan pula, aku bajet RM3K untuk trip ni merangkumi kos hotel (European Hostel), public transport (Octopus Card), entrance fees untuk tempat yang dilawati, makanan dan shopping lite-lite (konon)

Tu la kekononnya bajet time masih kat Mesia.
Hmmph! Sampai HK...terbabas-babas kari babas kekdahnya !
Jadi masing-masing menambah 3K HK Dollar each.
Aku kuar 3K HK Dollar semata shopping sesaje.
Mr Z kuar 3K HK Dollar untuk shopping dan belanja hotel baru. Yes, kami pindah hotel baru... =='
Dan yes, kami bertukar menjadi kaki shopping...nasib Aaira tak bagi kaki dia je kat kiteorang ni !!

Penunggu beg soppink




Mampu bernasi dan berendang ! Selamat Hari Raya...?

Dari pembacaan, food agak mahal jadi kami siap-siap beli Mamee Kari Berapi in cup tu (memang best kari ni), energy bars, Zip chocolate bars, Munchy's wafer rolls, Brahims berkotak kotak, Aliff Rendang Daging dan Ayam Minang, Nasi Impit dan siap bawak kettle dan botol air kosong hokay...kot la hostel tu takdak kettle..dan bawak botol air sebab orang kata air mineralnya mahal...



Gaya packing ialah satu luggage besar muat bebaju 3 orang, satu beg handcarry untuk bawak beg susu dan diaper Aaira, satu beg bawak bebarang juga dan satu beg bawak food sesaje dan sebuah stroller (sebaiknya stroller yang ringan je sebab banyak scene turun naik tangga masuk MTR stesen). Ringkas tapi padat ! Plannya beg yang bawak food tu kena habiskan gak food tu kat HK supaya barang belian bleh sumbat dalam beg tu. Berpandangan jauh idok ? hee...
Secara ringkasnya aku bleh pikul backpack dan tarik luggage while Mr Z pikul backpack dan tolak stroller. Senang nak berjalan...


Persiapan baju pula kena lah lihat dari cuacanya. Sebelum pergi mana-mana trip pastikan tengok ramalan cuaca negara tu seminggu sebelum trip. Usharina lah..macam aku , tersentap gak bila tengok cuaca HK tak memberangsangkan...hujan dan mendung katenye! So kena la siapkan apa yang patut macam baju lengan panjang, jaket, sweater, snowcap, payung dan raincoat dan stokin. Ubat-ubatan lagi jangan dilupakan. Aku selalu kena sapu minyak Yu Yee tu kat tapak kaki Aaira sebab dia ngadu sejuk. Gitu la kekdah nya...kena la precise persiapannya kalau membawak anak ni. Kalau bawak diri sendiri je..memang redah je la...

Walaupun trip ni lama, tapi itinerary yang aku reka tak padat sangat dengan aktiviti sebab bawak anak kan so kena take it easy tambah pulak dengan cuaca hujan yang membataskan pergerakan.


Jenjalan slow-slow je dan enjoy HK!




Ni summary trip, harap membantu:

Trip HK, 6 hari 5 malam

1. Tiket AirAsia @ 3 person + 30kg luggage =  RM1,259

2. Octopus Card = Adult HK150, Child HK70 (sampai HK menopap kad ni sebab guna Airport Express, kering terus duit hehe. Tapi takpe sebab malas nak struggle dengan beg-beg naik bas!)

3. Tiket Disneyland = Adult HK395, Child HK300

4. Tiket Ocean Park = Adult HK280, Child HK135

5. Tiket The Peak + Madame Tussauds = Adult HK210, Child HK140

6. Traveller SIM CARD inc data plan =  HK88 (SANGAT MEMBANTU, wajib beli !)

7. Tempat yang diterjah : Disneyland, Ocean Park, The Peak + Madame Tussauds, Stars of Avenue, TST Promenade, Islamic Canteen, Ladies Market, Fa Yuen Street, Granville Road

8. Cuaca nyaman macam kat Genting/Cameron, so seronok la berjalan dan memang ada hujan gerimis/ manje-manje tapi takde la lebat giler macam kat KL ni haa...

9. Bawak makanan dari Mesia sesiap, tapi kalau ada bajet untuk makan luar pun ok juga...harus diingat, makanan halal kat HK agak mahal...

10. Kalau perlu tambah bajet kat HK, cuba cari ATM Hang Seng bank yang berlambak kat MTR nya, kami selalu pegi kat TST MTR ada ATM ni...cuma Hang Seng bank je boleh kuar duit dari Maybank. ATM bank lain failed...

Kalau korang perasan lah, entrance fees yang dimention kat atas sumanya lebih murah dari harga normal sebab kami beli kat satu travel agency kat HK ni. Info ni dapat dari blog John Kaki Berangan, boleh sedut info kat situ atau nak tunggu aku punye citer pun boleh...hihik..


Prektis nak jadi awek Chan Ho Nam, mampu tak ? 
#kaughase?

Sila mampu menunggu untuk entry seterusnya yek. Ihiks.

Cerita Hong Kong: