Menjongket ke Hong Kong : Chungking Mansion, Avenue Of Stars, Tiket Disneyland Murah


Dimulai dengan RANDOM RANT ! Skipped kebawah kalau rasa menceceh-ceceh..hee!
********************************************
Malam kelmarin layan Thomas Cup final dan finale Supernatural Season 9
Antara dua finale ni, aku lagi stress tengok finale Supernatural !!
*gigit remote control


Meremang bulus-bulus bila tengok scene terakhir antara Crowley-Dead Dean. Best scene & script ever.

Crowley: “Your brother, bless his soul, is summoning me, as I speak. Make a deal. Bring you back. It’s exactly what I was talking about, isn’t it? It’s all become so…expected. You have to believe me. When I suggested you take on the Mark of Cain, I didn’t know that this was going to happen. Not really. I mean, I might not have told you the entire truth. But I never lied. I never lied, Dean. That’s important. It’s fundamental. But…there is one story about Cain that I might have…forgotten to tell you. Apparently, he, too, was willing to accept death rather than become the killer the Mark wanted him to be. So he took his own life with the Blade. He died. Except, as rumor has it, the Mark never quite let go. You can understand why I never spoke of this. Why set hearts aflutter at mere speculation? It wasn't until you summoned me…no it wasn't truly until you left that cheeseburger uneaten, that I began to let myself believe maybe miracles do come true. Listen to me, Dean Winchester. What you’re feeling right now — it’s not death. It’s life — a new kind of life. Open your eyes, Dean. See what I see. Feel what I feel. And let’s go take a howl at that moon.” (Dean opens his eyes and they are black)

Yang sedihnya Dean's last words to Sam sebelum katup mata (dan jadi demon) ialah "I'm proud of us"
*gigit kotak tisu

I am tortured until Season 10 returns !

Haihh...It was a fabulous finale !
ok. stopping my obsession here.



Thomas Cup?
Takde komen, cuma tahniah Nagoya  Jepun dan Malaysia masih tanah tumpah darahku...!

Lazada Malaysia
********************************************

sambungan dari SINI

Flight ialah awal pagi pukul 7 kalau tak silap. Time ni LCCT lagi dua hari nak closed down dan pindah ke KLIA2. Nampak banyak gak kedai yang dah tutup dan keadaan agak tunggang langgang sebab in process nak moved out kan. Paling tak tahan, bau toilet kemain semerbak sampai ke luar.. !

 Lagi rasa nak pening tengok queue untuk scan beg. Hoi korang nak pegi mana awal-awal pagi ni ha??! Macam tu lah aku nak sergah kat warga Jawa Tengah, Sumatera Utara & Timor Leste yang memenuhi ruang tu. 
Bau pun macam-macam ada ! *kepit idong

Tak sempat nak pitam, rupanya situ bukanlah kaunter untuk check in luggage HK. Fuhh nasib baik woi ! Tiba kaunter HK, lengang je...set-set cina je nak gi HK ni..hihi.


Check in luggage dah selesai pahtu lepak jap kat McD. Queue super panjang nak order sebab Marrybrown dah tutup...banyak kedai makan dah tutup kat LCCT aritu.
Dalam kepala aku, naik flight nak tidor, tidor tidor ~!! Sebab aritu tak dapat tidor langsung...sungguh zomba diri ini..

 Flight dalam 3 jam 40 min, aku dan Aaira bantai tidor je. Celik mata dah nak sampai. Tengok tingkap...banyak awan kelabu hasap! Ramalanmu benar belaka ... *bukak payung

Airport HK ni besar giler, ada Terminal 1 dan Terminal 2. Kami berjalan ikut je arus orang ramai pergi  ke imigresen dan amik beg. Siap ada entrance yang bleh check temperature badan, agaknya apa jadi kalau Aaira masih demam aritu? *byeee Aaira, haha kejam !!

Keluar je dari mengusung beg, jumpa kiosk ni..

Amik banyak-banyak brochure

 Dekat situ gak ada kaunter tiket, boleh beli Octopus card sesiap. Harga sila rujuk entry ni...KLIK


Tiga card : dua adult satu child

Luas dan besar , HK Airport

Now aku nak cari kedai 1010 yang dimention dari blog Keknis untuk beli Traveller Sim Card. Aku nak beli satu je dan teetered jadi hotspot so dua henfon bole lenjan Internet. Walopon dua henfon guna line hotspot tu Internet tetap berkelajuan tenaga kuda. Hebat ~

Jom cari kedai tu !!

Naik atas

Jumpa check in kaunter ni kat departure hall

Usha sekeliling...kedai ni berdekatan je kat check in kaunter tu. Kedai 1010 namanya...

Begitu la faedahnya traveller sim card ni. Harga cuma HK88 je. Sepanjang kat HK ni aku menopap gak lebih kurang HK50 gitu sebab guna Internet banyak sangat. Hihi. Mostly sebab guna Google Maps untuk cari direction dan juga dihotspot lak lagi. Mr Z lenjan kemain lagi dan sungguh rajin hapdet status FB :P 


 Lepastu gerak lah naik Airport Express. Stesennya dalam airport ni gak...

Kalau tengok Google Maps, kekadang tak masuk akal directionnya suruh menapak kat luar bagai untuk amik tren walhal tren ni dalam building ni je. So awas. Kena tengok signboard gak...signboard memang bersepah, jangan khuatir.


Tujuan pertama tentulah nak check in hostel kat Chungking Mansion, Tsim Sha Tsui. Moh kita gerak ~
View yang mandom dari tren

Turun kat last stop, Hong Kong

Keadaan dalam Airport Express, sangat sangatlah selesa. Sesuai untuk bawak bebudak. Nak naik bas pun bole tapi aku taklah berapa hardcore nak naik bas dengan luggage + stroller + bag. 


Sesedar duit dalam Octopus Card kering trus sebab guna Airport Express ! AHAHA...jadi kena lah menopap. It's ok, lesson learnt and worth to get by Airport Express pun

Tengok lah kemain besar MTR stesennya...

Signboard ada dimana-mana, takkan sesat !

Free Internet kiosk

Still dalam MTR stesen

Lepas 6 hari kat HK ni, aku rasa HK punye public transport lebih efisien dari Singapore. Aku kalu pegi Singapore agak lelah nak turun naik trennya...kena jalan kaki kat darat, berhujan berpanas pastu turun naik stesen bagai. Tapi HK punye MTR ni stesennya sangat sangat besar mengalahkan shopping mall, exit banyak untuk pergi ke tempat-tempat berdekatan. Kekadang ko bleh berjalan 10 minit dalam stesen nya sesaje untuk sampai ke suatu tempat tanpa perlu naik atas dan hadap cuaca panas dan hujan. 


Tahu berapa dorang banjer untuk public transport?



Dalam MTR tren. Orang sini tak macam Singaporean yang asal nampak aku dengan anak dorang give up their seats. HK tak macam tu ... bertabah la berdiri.

Aku takde la nak bagi in details cara nak pergi dari suatu tempat ke tempat yang lain sebab aku pun tak ingat dah *banyakmakansemut  hahah lagipun aku sangat depend kat Google Map. Kalau korang beli sim card tu dan cari jalan guna Google Map Insyaallah kurang peratusan untuk sesat nyiahahaha! 


Tercangak-cangak gak cari Chungking ni. Ada la beberapa pemuda Pakistan or Bangladeshi yang cuba menyapa dan bertanya-tanya, so amik kesempatan la bertanya mana arah Chungking Mansion. Berjalan-jalan sepanjang Nathan Road ni rasa eh best lak cuaca kat HK ni sejuk je macam kat Genting/Cameron. Not bad at all ~


Sampai ! Dalam Chungking Mansion ni dah takde rupa HK hokay....banyak warga asing je. Sesampai je ramai la warga asing ni nak menjual kat ko...so jangan layan. Buat bodo dan terus mara cari blok D

Lift tersangat kecil. Banyak hostel murah kat Chungking Mansion makanya tempat ni memang menjadi tumpuan orang yang cari bilik murah. Lagipula Chungking ni banyak kedai makan halal sebab ramai dari India/Pakistan/area-area tu lah kot !! 

European Hostel reception.

Tahu tak bilik kami tingkat paling tinggi..hee~

Bilik triple room. Sebenarnya saiz bilik ni, lebih kurang macam dalam ganba ni. Kecik gils. Aku tak kisah la bilik kecik...serious tak kisah. Tapi satu benda yang hakak kisah sangattttnyerrpun !!

Bilik air pun saiznya kecik macam dalam ganba

Lepas check in hostel, lepak kejap ingat pukul 3 nak kuar cari travel agency yang jual tiket Disneyland murah. Time melepek kat bilik tu la aku perasan bau makanan sentiasa ada dalam bilik tu. Bau briyani dan bau minyak sapi ... dah la bilik tu tingkap takleh bukak, harapkan kipas ventilation je. Mana datang bau ni kalau bukan staffnya tengah main masak-masak kat bilik berdekatan ye tak. Aku ni takleh sangat bau-bau makanan dok terkepam dalam bilik ni, pening seh

Pastu kepala tu mula fikir bukan-bukan. Kalau lah ada kebakaran, mati rentung le ko kat sini. Harus diingat Chungking Mansion ni rupa macam Flat Pekeliling hahahaha memang takde harapan nak survive !! Pastu fikir lak air pili kat situ jenis bersih ke tak. Aishh macam-macam la fikir bila kepala dah pening layan bau minyak sapi...

Aku pegi kat luar untuk panaskan nasi Brahim. Tengok microwavenya kotor dan mula la fikir what kind of food yang pernah masuk kat microwave ni. 

Nasi Brahim yang aku panaskan tu plak ialah nasi biryani. Langsung tak dapat diterima tekak sebab pale dah banned bau biryani ni !! Ngunyah cokolat je la...

I was thinking, gile weh takleh nak duduk bilik berbau makanan je ni. Tidor pun takleh. Kejap bau sapi, kejap bau sambal. Hakak loyahh ~ Ade gak terpikir adekah aku preggy sebab last time mengandungkan Aaira memang mabuk gile, segala bau makanan aku tokleh hatta lauk dibeli kena simpan dalam bonet! Tetibe jee fikir ke situ. Hihi.

Tapi tak preggy la. Konfem ! Idong aku je gedik mengada ~ hihi
Aku cakap kat Mr Z, jom usha otel lain..
Gugel Butterfly on Prat, areanya dekat-dekat gak dengan Chungking ni..
Aku pun taknak lama-lama lepak dalam bilik tu, lemas Kak Ton
Jadi kiteorang keluar dengan agenda nak cari travel agency jual tiket Disney murah, usha Butterfly on Prat dan malam pergi Avenue of Stars.



Amik napassss....udaraaa...udaraa...hakak perlukan udaraaa...~ *idong macam serombong kapal

Masuk balik TST stesen. Sedikit tips on orang yang berwheel chair atau sorong stroller, dinasihat guna laluan tiket yang bertanda priority dan lift untuk orang priority ni letak berdekatan je dengan laluan tiket tersebut. Cuma yang hazab sikit nak turun ke stesen kene la guna tangga tapi once dalam stesen, guna lift je untuk turun ke platform tren. Keluar dari stesen pun tengok la nasib kadang guna eskelator kadang mendaki tangga.



 Misi mencari Sino Centre di Mongkok. Kat situ lah terletaknya travel agency tu : DingDing International Online Travel Development Co. Panjang nama kampeni ko DingDing oi ~

Jalan punya jalan aku recognize all those posters dalam building ni dari blog si John, terus yakin ni le dia Sino Centre !


Take note dengan alamat DingDing kat resit ni ye kakek-kakek chantek...

Naik lift ke floor 14. Opis nya simple je. Ni la harga murah yang kami dapat. Tak dapat murah macam si John sebab kata si Chan Ho Nam tu harga tahun lain, tahun ni harga lain.

Untuk comparison harga normal vs harga DingDing:

Disneyland  Adult HK450, Child HK320
Ocean Park  Adult HK320, Child HK160
Thea Peak + Madame Tussauds  + Sky Tram (3-in-1 combo) Adult HK290, Child HK178

Harga ni dari website memasing as of today's date 26 May 2014.

Murah dan berbaloi beli dari DingDing tu, memang banyak savenyer..


Bila tiket dah beli, hati pun senang sebab large portion of money dah spend untuk aktiviti kat HK. Portion hat lain boleh dijimba-jimbutkan!


Tak habis lagi ni nak puji MTR negara orang. Kena baling dengan doyan Pahang baru tau !


Ahaks ! Nak juga berOOTD !
Baju Cotton On
Suar Uniqlo
Beg Charles & Keith
Tudung dan boots dari MissLilyShop - Instagram

Suka sangat dengan boots tu sampai boots Doc Mart aku tak beli pun kat HK ni ! Hahaha..
Aku tak pandang brand sangat, asalkan nampak style dan dah berkenan..sambar je la. RM60 je pun ^ ^

kat TST kami nak menjejak Butterfly on Prat. Alangkah keciwanya sebab malam tu dah full. Bilik yang available hanya ada pada hari ketiga onwards dan mahal pulak tu. Receptionist dia suruh booked via online sebab harga murah lagi. Aku pun siap booked dari booking.com dari hari ketiga sampai hari terakhir kat HK ni. Rasa nyesal tak go thru je Butterfly on Prat ni time kat Mesia dia kansel booking aku. Bleh je aku email dan confirm nak kan ! Takde la bazir RM900 kat European Hostel. So...penambahan bajet untuk Butterfly on Prat ialah RM 1200 untuk 3 malam. Pejam mata je nih bayor. Kalau kat European Hostel, idong takleh pejam..karang takleh napas cemane? haaa...gitu la gaya akal menyedapkan hati. hahahha !


Agenda terakhir hari tu : Avenue of Stars !
Ikut je exit yang dicadangkan.


Haa amik ko. Awan kumulus menutup langit !


Budak kicik mula berperangai takmoh berganba. 

 Lain benor la perangai skang ni. Dulu suka nau posing gaya Heidi Klum, Tyra Banks, Adriana Lima suma kuar. Now enggan berfotografi. Dah tak reti pose tangan letak kat pinggang. But she really appreciate the view. Lawa katanya ... 


Layan ganba yang tak berapa lawa macam blog sebelah ^ ^




 Dalam banyak-banyak stars kat sini, hakak cuma nak jejak sorang je HK stars yang buat hakak kenal arti TV crush hihi~

Jom carik !!

Tak kenal ! Next

Orang kampung sape ni ?

Shrek je hakak tau !

Tibee je si kicik nak meletak tangannya kat situ. Katernye dah besar dia nak datang sini lagi sebab tangan nya tak muat *apekah?

 Layan lagi zaasstt~




Jumpa stars glemer-glemer dan dikenali di Mesia. Hihi


Bertiga Berkasut Berpijak Bruce Lee






Haa jumpa TV Crush haku ! Leon Lai Ming. Let me touch your hand abang Leon~ muah muah skit 

Tak jumpa plak Chan Ho Nam. Mesti takut nak jumpa Mr Z *tibeee


Sementara nak tunggu Symphony of Light tu, hari makin larut dan sejuk. Si kicik dah mintak food, katanya "nak makan sedap-sedap" Pingsan mama dengar ! Hingat HK ni mesia kah ?? Bukan sesuka hati bleh terjah KFC... *tibeee. KFC jugak yang aku terkenangkan


Cuba pujuk dorang supaya stay kat sini kalau tak rugi terlepas show lampu-lampa. Nak ripit lagi memang tak ah kan. Alang-alang kat sini, tunggu je la. Masuk Setabak untuk mendinner. Suka Setabak nya banyak pilihan sandwich sihat tapi yang boleh makan pun hanya smoked salmon with multigrain croissant ni je la. Pie tu Spinach, Brocolli & Cheese pie. Kopi pepanas memang sedap dengan cuaca sejuk cenggini !

Nak dekat pukul 8 malam kiteorang pun lepak balik kat sini ha...


Orang ramai dah mula kerumun balik kat Stars of Avenue ni


Layan Symphony of Lights Hong Kong:







Last glimpse of HK Skyline sebelum kita babai dan balik hostel










Walopon sejuk dan ujan gerimis-gerimis, hadapinya dengan senyuman. Kenangan yang best kat sini :)

..... bersambung


Cerita Hong Kong:



Travel