Mengejar Matahari di Krabi : Part 4

* 3 jam takde idea nak tulis apa.

Here goes.
Sambungan dari Mengejar Matahari di Krabi : Part 3

Rasanya tak habis lagi cerita pasal market kat Krabi ni.

Lagi sikit food yang aku jumpa kat Night Market Krabi...
Sangat yums yums..~

Keropok Lekor



Macam-macam jenis nasi. Macam sedappp jek tapi kat sana tak teringin lak nak try nasi goreng nih suma. Sebab ada misi. Nak makan something different dan nak makan Pad Thai ...

Dah jumpa misi pertama: makan something different !

Tak ingat namanya dalam Thai. Dia macam dumpling tapi inti dalam tu kacang & garlic. Makan sekali dengan cili padi dia..pergh..malatov dalam mulut ! Berani makan satu jekk cili tu...cili Thai jangan buat main yaaa...

Thai Milk Green Tea sebagai penyelamat..
Hihi time ni aku asik la mengunyah je..member-member sibuk shopping. Aku dah sudah shopping time ni. 



Ini pun macam comel, tapi tak try...


Sila lah datang kat kedai makcik ni kalau nak beli T-Shirt. Dia boleh cakap Melayu & bagi harga murah. Semoga dimurahkan rezeki Makcik ni... :)


Yay dah jumpa Pad Thai idaman !


Tau tak harga Pad Thai ni just 35 baht je. 

Kat Night Market tu ada open air area yang korang bleh bawak food yang korang beli dan datang makan kat sini. Sambil dihiburkan oleh karaoke orang Thai...ihiks. 

Roti telur kot..member punya

Meehun sup..member punya

Stroberi..asam pencicahnya sedap oke! 

Kalau bernasib baik, dapat lah hiburan dari arbok lincah bergelek atas pentas !

Chocolate goes A,B,C

Time kami kat sini, kami disapa oleh sekumpulan budak-budak lelaki dari Malaysia. Memang nampak sangat lah budaknya..maybe student uni kot. Dia tegor kitorang sebab taktau nak makan kat mana. 
Aku cakap kat dorang, kalau nak makan proper-proper kat kedai makan tu kami memang taktau lah sebab kami carik food pasar malam je..murah. Then aku suggest dia beli je food kat gerai-gerai kakak/makcik yang bertudung...tu memang konfom halal. Agaknya dorang ni lapar nasik kot...ingat macam kat Mesia ada gerai nasik lauk campor ke ape ke kat Night Market ni. Nasi-nasi kat sini suma macam dah siap masak..dah siap-siap letak dalam bekas. Dan agak limited la gak gerai nasi kat sini. Then we parted ways....harap berjumpa makanan idaman lah hendaknya. U noe la boys, kalau dah lapar....~


Market KETIGA yang aku nak tunjuk kat korang ialah...

Morning Market kat MAHARAJ SOI 9...
Kiteorang tetiap pagi akan berkunjung ke market ni untuk breakfast yang termurah di pasaran !

Hee..mari tengok..

Market ni ialah jenis market bertutup. Sangat bersih & teratur ...

haaa kan .. pepagi dah meriahuols!
Market ni bukak jam 5 , jam 8 pagi dah surut...jadi, bersubuh ko kat sini ? Ihiks...

Nak datang ke sini kami datang awal rasa nya pukul 6 pagi kot..hari pun masih gelap lagi sebab jam 8 datang pickup untuk Island Hopping. Nak carik tuktuk pagi-pagi buta tu memang a challenge la tapi nasib kami baik..ada pula satu tuktuk lalu jalan kecil tu tatkala kitorang tengah menapak ke jalan besar dengan harapan dapat lah nampak tuktuk sebijik dua. Tuktuk berhenti dan kenalkan diri dia ..nama tak ingat tapi dia kata dia muslim. Terus deal dengan pakcik tu untuk antar kiteorang ke market yang sama untuk keesokan harinya. 

Rambang mataaaa...tapi aku tak siyor lah nak makan ayam goreng pepagi nih. 


Ini dah siap bungkus-bungkus lelauknya...

Kerabu rasanya...

Nasi lauk campor ! 

Nasi ayam nya jenis nasi kuning. Yang lagi satu nasi ayam jugak..tapi ayamnya putih..nasi pun putih. Ada cili padi yang membahayakan keselamatan orang awam. Member beli nasi ayam kuning ni...sedap weh ! 


Mmm...gerai ni ada jual bubur nasi & lauk-pauk

Last-last aku breakfast bubur nasik sajoh! Sebab macam teringin nak benda masin since nampak ikan masin, ikan bilis & telor itik ni..

Kopi o dia hidang pekat setengah cawan & ada secawan air panas. Kekdahnya kalau nak pekat bior je macam tu, kalau nak kopi jarang tambah la air panas tu. Gitu kakak !!


Ayam goreng berempah 



Kekueh pun ada oke ! Meriahuolss..


Breakfast hari kedua, teringin seafood for breakfast. 

Member beli nasi ayam kuning lagi, roti telor, kuih-muih...

Ni aku beli, saja nak try..padahal kat Mesia ni..kuih lembut aku tak gemor. Hanya gemar kuih bergoreng je oke terutama sekali popiah ! 

Demi nak menerai. Oke lah not bad....orang tua suka la kot. Heee...




Kat market ni bukan stakat food, tapi ada bahan mentah, sayuran, bungaan dan lain-lain. Memang tumpuan penduduk local untuk dapatkan groceries lah. In fact, dua hari kami makan breakfast kat sana memang nampak kami je le orang Mesia...takde sorang pun tourist yang lain, mat saleh apetah lagi. Rasa so special oke ! Dah la makan murah  :)

Pakcik tuktuk yang bawa kami ke Morning Market dua hari berturut-turut :)
Pun tak reti English sangat...pakai jam tunjuk waktu jam berapa patut dia datang...


Sekian laporan tesis bagaimana market-market di Krabi Town dapat menjimatkan wang baht anda.

Now we arrived at conclusion.
Bahawasanya makcik dan kakak yang berniaga kat Krabi ni sangat vogue.
Tak kira la meniaga pagi buta kat Morning Market..
Or meniaga kat Night Market malam hari pun..
Dorang TETAP MAKE UP MELETUP
dan pakai TUDUNG BLING BLING yang biasanya hanya dipakai untuk pergi kenduri oleh orang kita.

Exhibit 1:
 Di morning market

Exhibit 2:
Di morning market

Exhibit 3:
Di local night market

Muka comel je...
Cuba korang tengok pulak makcik/kakak yang meniaga nasi lemak pagi-pagi kat rumah korang...
Macam mana penampilan beliau ?

Sila komen kat bawah...

Hihiks..

Ada sambungan lagi weh!
Nantikan ye...


Mengejar Matahari Di Krabi : Part 1
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 2
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 3
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 4
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 5