Throwback Monday: Kuching & Lundu Sematan


Segment throwback kali ni adalah throwback paling terjauh sekali iaitu tahun 2005! 
Di mana korang berada dari segi mental, fizikal, sahsiah , rohani & jasmani di tahun tu? 
Aku...errr ke jurang yang dalam! Huhuhu!

Ada beberapa benda dalam entry ni yang tak harus diteladani langsung, cukup sebagai pengajaran hidup. Time ni ialah waaaaay back sebelum aku kenal Mr Z pun! In fact, time ni aku tengah frust dengan somebody yang buat hati aku renyah renyuk! Kebetulan, member ajak pergi Sarawak sebab dia nak ikut bf dia balik kampung kat Bau, Sarawak & memperkenalkan diri kat femili bf  *pengsan dgn plan ni.

Bf dia ialah kristian bidayuh dan juga merupakan bandmember somebody-yang-membuat-aku frust-tuh. Kitorang biasa lepak sama-sama kat mapley...dah takda cover2 depan bf member sebab dah macam kawan melepak & melepek dah...

Percintaan member & bf ni jenis love story yang perbezaan agama, dan tidak membawa kemana pun. Putus macam tu je lepas bertahun bersinte. Adik-adik, ini pengajaran pertama!  *pengajaran pada aku jugak time nih.

Next!


Haa trip ni la first time aku naik Airasia! Hooyeahh..! Fuh..ni memang entry walking down the memory lane lah.. *bersedia dengan emosi bercampor baur

Benda first yang aku perasan bila jejak jee Kuching ialah..awat lama sangat nak sampai Bau ni? Tengok kiri kanan baru sedar jalanraya yang satu lane...takde highway. Bf member cakap, Sarawak memang macam ni..takda highway lagi..tu tahun 2005 la..skang taktau! Kena repeat gamaknya...

Kiteorang stay kat rumah bf member. Rumah dia besar gila dan segala ahlil keluarga duduk situ..adik-adik, anak buah, makcik, nenek...

Kiteorang dapat bilik yang last dan hujung sekali..besar tapi sarat barat dengan pelbagai benda..macam bilik stor pun ya gak! Tak kisah asalkan ada tempat tidor. Malam pertama tidor...badan naik gegatal tapi sorang pun tak berbunyik..senyappp je. Esok pagi baru bersuara. Hahaha. Takut nak terjaga malam kekdahnya! Takut yang bukan-bukan! Rupanya kami tidur dengan gebar yang dah lama, tersipu-sipu nenek nya bagi kami gebar yang baru. Hehe. 

Malam hari kalau tak keluar, di isi dengan perkara lagha! hehe. Ada satu malam tu bf member bawak pegi bar/karaoke kat kampung tu..style rumah papan je uols! Sempat aku karok lagu 'bintang kehidupan'

"Jenuh aku mendengar, manisnya kata cinta...lebih baik sendiri..~" - gitteww la tema lagunya kalau tengah frust! meehehehe..

Acah-acah main gitar sambil budak kicik melurut rambut. Suka benar kaco aku...

Jadi seketeri : Tulis lirik

Main pakau lite-lite sajohh dengan adik bf member. Adik-adik dia semua best & sporting...ahli keluarga baik melayani kami sepanjang kami stay kat sana.

In fact, terlalu baik sangat. 
Aku dah pesan kat member aku tuh, cakap kat bf dia takyah femili dia susah-susah masak untuk kiteorang, kitaorang just makan luar. Sebab pasal babi satu hal, satu hal lagi takmo susahkan orang. Then esoknya dia pinjam keta makcik dia dan bawak kami jalan-jalan Kuching, alih-alih dia singgah kat kedai makan dan ajak kitaorang masuk. Kedai makan tu kepunyaan pakcik or makcik dia kalau tak silap. Kedai makan tu tak silap aku tutup tau...tapi hari tu dia masakkan lauk-pauk untuk kitaorang penuh satu meja! Sayur campor la, ikan talapia stim la, dan ape ntah lagi..tapi yang paling aku ingat ialah labi-labi masak lemak tempoyak! *tangis memegang cengkerang labi-labi

Aku pandang member aku, member pandang aku balik...
*gulp
Bf dia paham kitaorang tak makan labi-labi..dia cakap no worries ni untuk kami, merujuk kat dia & pakcik makcik dia yang join makan semeja dengan kami.
Kitaorang pun start lah makan...tapi ade ke napsu nak makan wei!
Aku sentuh sayur sikit..tak sedap..rasa lain macam..
Aku makan banyak ikan talapia tu je la..dengan midin..

Keluar dari kedai makan tu..sempat gossipan dengan member.
"nasib baik la labi-labi, kalau babi...how la?" 
Macam mana etika untuk menolak pelawaan orang kalau orang tu dah masak lauk penuh meja untuk ko???

buat-buat sakit terus?
Pengajaran hidup jugak ni..

Nexttt!




Bab makan pun satu hal. Since bf dia ni kristian bidayuh, dia selalu hang out kat kedai cina je kat Bau tu. Bila tanya kedai mamak or melayu, haram taktau! Jadi, dia bawak kitaorang makan jauh sikit kat Satok atau Kuching. Sepanjang aku kat sana, bab makan aku paling ingat portion dorang besar. Aku order sup ekor untuk sorang...dia punya portion macam untuk 2-3 orang. Seafood kat rooftop pun mantap gaks. Mee kolok aku makan kat Satok ok pada tekak aku tapi bf member cakap tak sedap, versi cina sedap lagi sebab ada oink oink. So, hari yang lainnya dia bawak kiteorang makan kat port mee kolok cina tapi no pork. Macam tu dia kata sedap?! Sedap lagi kat Satok. 

Bergambar kenangan kat Kuching's kucing. 

Round-round bandar Kuching, tugu apenih tak ingat..

Lepak kat waterfront dan bagi menatang ni pringles sebagai pengeras. Hiks.


Satu hari, bf member ni cakap ada medan selera kat Bau town dan rasanya ada kedai makan melayu kat situ. Dia bawak kitaorang pergi sana...dan walllahhh!...Udang sebesar penumbuk! Isi fresh dan marvelous. Lauk ape tah udang tu dah tak ingat aku..tapi aku masih ingat saiz jumbo udang tersebut.


Pastu kitaorang melawat Gua Angin. 


Perlu diingat kamera time tahun 2005 sangat tak efisien, hence gambar dalam gua adalah bengong :


Ada nampak kelawar? kekeke. 

Yacchhs! Kumbang...! 
Gua ni oke, cuma gelap, licin & bau skit. Tempat bertenet remaja kampung juga port nih. 
Seronok ke dating dalam gua dik?? Apa pun tak nampak..~hee
Pastu kitorang singgah gak Fairy Cave tapi tak masuk sebab tinggi..nak panjat tangga bagai. Fairy Cave ni nampak menarik, kalau ada masa boleh try pergi melawat...

Then one day, bf member pinjam keta makcik dia sekali lagi dan bawak kami ke Sematan/Lundu. Roadtrip yang mengambil masa gak la. Aku duduk melepek kat belakang : tido, makan dan layan lagu. Time tu baru beli kaset album gwen stefani. Tengah gilakan lagu 'bubble pop electric', repeat banyak kali & sessi nyanyi beramai ramai!  Pasangan bersinte di depan, dengan aksi percintaan mereka. Lantak uols, aku tengah nak mengubat luka di peparu hati nih!


Pastu we came across dengan benda ni. Jakun jap! Ini antara cara pengangkutan kat sini, dia pindahkan kenderaan ke seberang sungai...

Kiteorang naik gak..untuk sampai ke seberang sanaahh. 

Welcome!


Layan jeti. 

Time ni aku mungok sikit ambil gambar, jadi gambar tak berapa komprehensif. Yelah dulu-dulu mana orang menggila snapping gambar macam sekarang...hehe~


Ini pantai Sematan..

Ganas gak laut kat sini...


Untouched nature..
Takde sorang umat pun tak sini. Seashells banyak gila..besar-besar & sempurna keadaannya. Aku pun gigih la kutip..time tu hobi mengutip seashells mana-mana pantai yang aku jejak..

Hasil seashells dapat la satu beg plastik!

Kami overnight kat sini sebenarnya. Ada sederet chalet kat situ..tapi jenis kayu-kayan disco papan ah. Since ianya ialah weekdays, takda orang lain pun kat chalet tu selain kitaorang. 

Malam tu, merasa lah! 
Macam-macam bunyi aku dengar. Selain bunyi ombak yang kuat..memang kuat gila la, ada gak bunyi aneh macam mengetuk dinding, mengelar flooring (chalet tu jenis tinggi) dan bunyi orang bersuka ria jam 12 malam! Bf member aku cakap mungkin orang kampung kot saja datang kacau. Ishh nak jee aku intai dari celah-celah dinding papan tu, maknusia kah atau .... ??

Tapi kalau dah sampai pukul 3-4 pagi, tegar sekali orang kampung tu kan! Aku sebenarnya lagik risaukan kalau memang keje orang kampung yang jahat...dah la ada sorang je lelaki yang nak defendkan kami berdua yang pompan ni kalau jadi apa-apa..

Jadi, aku paksa suma orang jangan tido..kita main pakau sampai pagi! *plan sewel
hahaks! Menjadi blackjack dealer tegar malam tu weh..haha tapi tak main duit la, main guna seashells aku kutip tuh! hehe. 

Besok pagi tengok pantai dah berkecamuk macam ni! Penuh dengan longgokan batang kayu...


Lastly, sempat jengah Pantai Damai. Nak masuk pantai ni kena melalui Holiday Inn Resort dan ada bayaran sikit then lepak lah lelama kat situ...

Memang damai...tapi kurang seashells


Chalet beach front kat Holiday Inn Damai

Damai hilltop

Sebenarnya aku ada request something kat bf member tu sebelom kami datang Sarawak ni. Aku bajet dia tak ingat, tak pa lah. Di suatu pagi nan indah, tiba-tiba ada segelas kecil tersedia atas meja. 
 "ni ha tuak. Nenek aku bagi...try la ~"  mamat tu kata kat aku. 
Tak silap dia kata tuaknya dibuat dari tebu. 

Aku dah eksaited sebab yelah, zaman tu kan zaman try-segala-macam. Teguk sikit..pahit tapi susah nak gambarkan..bukan pahit peria tapi pahit tak brapa pahit dan drinkable lah. Then aku habiskan semua. Gila ko tak breakfast hape terus minum benda tu. Pastu kami jamah laksa sarawak, nenek dia belikan dari gerai orang melayu. Tak lalu sebab rasa macam jamu. Then, pagi tu bila keluar, time nak pakai kasut tetiba aku terhoyong skit. eh apa plak ni. takkan mabuk kot...aku tak penah mabuk. hahah! then, dalam kereta aku banyak gila bercakap padahal mata dah heavy je. Terus pergi mall ape ntah kat Kuching, layan buffet Chicken Hartz. 

Pastu, datanglah pembalasan Tuhan...perut sakit gila maybe sebab minum benda tu time perut kosong pastu perut terkejut terima makanan buffet lak. Melilau carik toilet sebab mall tu toilet dia takde paip air, jenis bertisu je. Ponggahh! Kuar mall, lintas jalan..berjalan kaki ke mall lagi satu..nasib baik just in time. Fuh. Lepas tu, kakak tobat yachh! lagipula time kejadian ialah Raya Haji...sungguh jahil diri ni tatkala ittuww..

Petang tu gak flight balik KL...kill time dengan main terup lagi. Dengan steward-stewardess AA pun join sekali tengok. Pasal kami duduk belakang sekali..haha. 

Tamat lah adventure ke Kuching, Sarawak. Pelbagai pengalaman ditimba nak-nak lagi time hingusan..jadinya, excited tu terlebih sikit...

Again, yang tak elok jadikan sempadan. Yang elok jadikan tauladan.

Mmm...aku nak kongsi sikit pasal something since skang hangat isu non muslim yang nak SANGAT guna kalimah Allah dan sebagainya tu sampai Marina Mahathir pun backing gegile umat nih. Sorry Marina, I love your father but you are a moron.

Time kiteorang kat Sarawak tu, kami diperkenalkan dengan makcik/pakcik bf member kat Bau. Dia kenalkan lah sepupu dia etc...then ada sorang minah ni tengah memboyot. Minah tu senyap jee tak bercakap apa pun, dia wife kepada sepupu bf member. Then, balik dari rumah dorang tu...bf member cite minah tu sebenarnya muslim, tapi since bersinte dengan sepupu bf member tu sampai dah memboyot, dia lari la tinggal dengan femili bf dia ni dan secara tak langsung dah keluar islam. Manede kawin pun! wife laa sangat kan! Dalam hati aku..berkata gak patut la minah tu senyap je tak sembang pun dengan kiteorang...kot malu agaknya. See? bab-bab agama islam kat sana sangat loose. In fact, bf member tu pun background dia sangat komplikated gak tu pasal susah nak convince kan dia pasal Islam. Dia dilahirkan out of wedlock..hasil affair mak kristian & lelaki melayu islam yang dah kawen. Lepas memboyot, ayah dia buat tatau jee...then his mother died. Since then, nenek dia jaga dorang adik-beradik. Since then jugakkk, he vowed to be a good christian padahal kalau bapa dia CARE, dia tentu dah amik anak dia ni jaga as muslim dan tak jadi christian budak tu! bf member ni time umor belasan tahun dia konfiden pegi jabatan pendaftaran negara sana dan tuka nama & religion. the catch was dia kena dapatkan signature bapak dia. dia dengan hati kering for first time jumpa bapa dia and mintak sign. orang tua tu sign je.. *sigh  
so, sana memang sangat loose perkara-perkara macam ni. 

now, bayangkan kelonggaran tu berlaku satu Malaysia ni.
tu baru bab tuka-tuka agama..

sejak member aku besinte dengan mamat ni, aku & dia ada gak kaji pasal religions..
penah baca bible melayu yang tengah hot skrang ni?
aku penah baca...sebab member aku bawak balik bf dia punya bible..
kitorang baca sama-sama...pastu tergelak-gelak..
sebab apa tau..
serupa macam buku cerita budak-budak..
langsung takda tahap buku agama yang agung..tak macam Al-Quran
jadi, jangan sekali-skali nak panggil bible tu Al-Kitab yaa..sebab bible dah lama dipesongkan ayat-ayatnya.
Weols ni with facts & all mengetengahkan hal religion ni for years kat mamat tu..
In the end, dia admit dia "nampak" Islam tapi because of his history tu...dia masih dengan agamanya.

Aku dengan sahsiah yang kurang cemerlang time 2005 still boleh reason dengan hal agama & tak tergugat akidah pun baca bible melayu tu. 
sebab apa..? sebab kami dibesarkan dengan cukup didikan agama (sekolah agama belah petang jee punn hehe) & makbapak selalu around (mak aku housewife & lelaki langsung takle call aku time aku skool dulu!! gile takk..) dan paling penting time kita membesar takde INTERNET lagi. time umor 16 tahun baru ada internet...tu pun aku galak chatting je kat MIRC pegi cyber cafe..ahaks! FB pun belom femes lagi time 2005 *zaman myspace uols. 
Tapi rasanya yang paling ultimate factor ialah time tu zaman Tun Mahathir, takda sorang pun berani nak cuba-cuba usik pasal Islam. Plus, arena politik time tu berbeza dengan sekarang. Time tu suma isu di handle dengan baik dan tak dipolitikkan macam sekarang hatta hal kecik pun bole jadi bahan politik!

Zaman sekarang, internet & fb ni boleh bawak kebaikan & juga keburukan ditambah lagi makbapak sekarang masing-masing bekerja. anak-anak ditinggalkan dengan ipad / handphone ada internet access with nanny /orang gaji. dorang sikit-sikit rujuk internet kalau ada mushkil apa-apa. aku bukan nak kata apa lah tapi tengok la remaja sekarang kalau bertanya soalan kat ustaz yang femes tu pun soalan yang ringan, dan ntah hape-hape..benda kecik pun bleh taktau dan konfius...ni kan pulakk kalau kita benarkan non muslim guna kalimah Allah...lagi berganda konfius budak-budak. Jangankan budak, orang besar pun sama. Kalau lebih kejarkan hal dunia & hal agama tu ko tahu benda tu salah.. tapi still nak jadikan ia legal sebab nak kejarkan hal dunia for example..i dunno..u are very in love dgn somebody yg non muslim. ..*just bagi contoh kes cinta-cinta sebab remaja hormon lebih kesitu hihiks..

Nasib baik la member aku tu walopon cinta bagai nak gila kat mamat tu, still masih ingat agama..

kalau korang pegi website mat saleh yang gungho christian ni..sebut je nama Allah terus dorang cop pagan god la..terrorist god la..western kat sana pun tak mengaku Allah tu tuhan orang kristian..hanya kristian kat malaysia je nak sangat guna. Sebab apa..? fikir fikir la sendirik ya.. 

Yahoo Malaysia sangat exaggerate isu ni dan blow things out of proportion. Sedar atau tak, kita memang diserang luar & dalam. 
Tetibe teringat kejadian time-time macam ni la gak..jenjalan kat Midvalley, ada orang bagi bible kat aku dan dok bagi bible kat orang ramai..aku tolak cara baik je la...


End of memory lane... 2005
I hope theyols are happy with their life now :(