Throwback Monday : Cameron Highland Edisi Sepantas Kilat



Aahh, Cameron Highland..
Banyak kenangan yang tercipta kat sana: yang riangria, yang manis, yang masham & sedih.
Gitu ko penangan Cameron Highland ni pada aku...
Sejak dari kenangan masham & sedih tu aku tak jejak lagi Cameron ni hinggalah ada anak.


Drama sangat mukadimah tu..
Nak tahu apa kisahnya Mak Jemah?
Read on...

Part 1: Piknik Kilat di Cameron Highland


U know Cameron ni dah lama aku tak jejak sejak zaman budak-budak. Lepas kahwin, ada la kiteorang sembang-sembang pasal nak pergi Cameron Highland tapi tak berkesempatan.
Pada suatu hari, aku dah kesangapan sangat kat rumah..aku suggest kat Mr Z naik Cameron & berpiknik walhal time tu hari weekdays dan dedua maknusia ni ponteng keje kisahnya!!  Heheheee well sebagai orang yang baru kawen of cozzz dia turuti je idea gila aku ni padahal time usul idea tu pun dah lewat.

Coba aku usul idea gile macam tu skrang, mau kena sound "u dah buang tebiat eh?"

Dah tau sangat  = = '

So, persetujuan telah dicapai lalu aku masak je la apa yang patut dan siapkan bekalan. Zaasstt terus naik kereta dan we were off on a roadtrip! Kami lalui jalan lama yang ikut Tapah tu. Jalannya memang adventure dan berliku-liku. Kadang-kadang kena stop untuk bagi laluan lori dari arah bertentangan. Aku tengok kirikanan pun agak seriau dengan kesan landslide bagai. Tapi yang bestnya jalan lama ni lagi scenic dari jalan baru.


Fakta mengenai laluan tersebut:

1. Laluan Tapah - Cameron Highlands
- Paling banyak selekoh tajam, jalan sempit, kiri/kanan adalah jurang yang dalam, laluan mendaki. Jalan terlalu banyak lubang terutama 20km sebelum sampai CH.
- Bila hujan susah nak nampak jalan sebab air mengalir menuruni bukit.
- Suasana hutan kiri kanan dan agak meyeramkan bila waktu malam.
- Jarak dari KL ialah 210km dengan tol lebih kurang RM19.40.
- Laluan ramai orang guna, tepi jalan ade kampung orang asli (tapi nak ke dorang tolong kalau kita kesusahan?)
- Boleh singgah sebentar di air terjun Lata Iskandar jika nak relax dan hilangkan mabuk.
- Kurang jam sebab tak melalui kawasan tumpuan pelancong.
- Stesen minyak ada di Tapah dan seterusnya di Ringlet (45km).

kredit: http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/





Lata Iskandar

Aku nampak jeee air terjun ni terus menjerit "YAANGG!!! stop! stop sini!"
Dia pun akur je la.
Aku pulak teruja sebab tetibe ada air terjun kat tepi jalan...hah aku pun dah lama tak terjah air terjun ni!


Rerama pon ponteng keje macam kiteorang tau! Hinggap ria dorang disitu. 


Pose-pose jap kat air terjun ni ... hulur kaki dalam air..maaakk eh! Bleh tahan sejuknya...
Lalu kiteorang pun beredar dan menuju ke pundakkk...  puncakkk...


 
Kendian we passed by ladang teh yang ranum : Bharat Tea Plantation.
Ohh teruja! Terus stop kejap dan usha keliling...


 Bukit bukau ladang teh..macam karpet baldu hijau!


 Ni tak berapa nak baldu hijau... hehe


 Teh Segar dijual...tapi tak kiteorang tak order apa-apa rasanya


Just posing-posing tanpa order apa apa. 

Pastu blah...turun kat ladang teh & main-main kat cecelah rimbunan pokok teh plak. hehe..


At last dah sampai laa puncak nya. Usha lak port mana nak berpiknik nih?
Pusing-pusing dan akhirnya nampak ada satu taman kat situ..so apalagi, perut pun dah laporr...
Kita santap di Taman Rashidah Utama!  *tarik key Awie


Piknik laaa sangat!! Lauk pun tak semenggah! HAHAH!
Daging masak kicap, telur mata & sayur kobis stir fry kot.
Biasa la lauk simple orang baru kawen...hee


Flora kat taman ni agak lawa. Warna-warni dan pelbagai jenis kekdahnya. Lepas makan, kiteorang pun lepak-lepak kat playground *kekanak riang sangat!  & snap geganba seskit.

Tak sampai satu jam la lepak kat puncak tu, pastu kiteorang turun...
Journey berejam-jam, kat atas spent time kejap je..
Time tu pun dah petang..dan kiteorang nak balik ikut jalan Simpang Pulai lak sebab Tapah kalau dah gelap...mmm scary ok!


 Dalam pada nak turun tu, ternampak strawberry farm. Harus lah singgah!
*rungutan peribadi: hmm macam lawa lak camera canon ni punya ganba. isk macam nak guna canon balik!! lumix suxxx...


Strawberry farm, nama apa pun tak ingat..


 
Selain strawberry, ada juga kaktus & periuk kera!



Benda ni la...
Yang buat aku sayang ketat sama Cameron Highland.
Strawberry covered with whipped cream & chocolate sauce!
Romantik beno dessert camni..mengundang kepada aksi suap nyuap bagai...hiks

Walopon kat rumah ko bleh buat sendiri benda ni...tapi feelnya lain kalau santap benda ni kat sana at the strawberry farm itself...

Lepas tu, kiteorang turun ikut Simpang Pulai..mak oiii berejam-jam nak sampai KL.
Sampai umah pun dah gelap!
Tapi puas hati sebab dapat rasa dua route yang berbeza..

Begitu la trip ringkas aku ke sana...itu kira macam sessi salam perkenalan je.
Pastu aku cakap kat Mr Z, "jom kita one day honeymoon kat sana kali ni overnight lahh.."
Harus la dia angguk setujuk sajohh!

- bersambung...