Snack Haus @ Cyberjaya


Alhamdulillah baru-baru ni berkesempatan melepak dengan ex-colleagues yang dah lama gila tak jumpa. Tempat kejadian aku lah yang pilih..dan since Mr Z dok kata butter chicken kat situ sedap so kiteorang pun datang makan kat sini. 


Snack Haus yang terletak kat Shaftsbury Square, Cyberjaya ni ada menyediakan 24 hrs delivery sekitar Cyberjaya sebab Cyber kan ramai yang keje shift kat sana termasuklah Mr Z pada suatu ketika dahulu. Hihii. Tu pasal dia tahu pasal butter chicken Snack Haus nih! Dah la keje memalam pastu bantai food yang berkolestrol macam gini, punggung memang langsung tak angkat sebab delivery trus ke opis..perghh kalau dia keje lagi lama kat situ mau size badan macam Bob Kuman..~!

Kita terus saja ke acara memperkenalkan makanan yaaa...

Sebab kiteorang masih menunggu ketibaan para jemaah, jadi...aku bajet mesti lama tunggu nih...so order dua air sekaligus untuk meringankan kerja si waiter : Teh Tarik & Laici Epal ni untuk aku sorang je. Mr Z macam biasa...mineral water. Sooo not adventurous..~ *


Spaghetti Carbonara untuk si cilik



Kalau makan "mee putih" ni memang dia menjilat garpu bagai lengkap comot-momotnya. Begitu kechentaannya kepada makanan itali sampai aku terpaksa stadi masak benda alah nih..!


 Ketibaan pelakon utama: Butter Chicken Rice... yeaaa..


Ini set tau butter chicken ni sekali dengan papadom tu. Rasa dia memang pekat melekat ah butter chicken tu tapi sikit sangat la pulakkk. Patut la Mr Z order kari sardin...pun sedap gak karinya. Kalau memalam ngidam kari sardin bleh la datang sini hihiks


 Ni akunyer dish...Baked Whole Leg Chicken. Nak menu sihat katanya! Memang sihat sebab baked dan pulak, kecik ayam nyaa *puji sambil cerca

Dah nak habis aku blasah ayam ni, baru lah para jemaahnya sampai. Janji pukul 7, nak dekat 9 baru tiba. OKlah tu as long as hakak tak jadi patung cendana  *kuis peha ayam yang slimshady itteww

Ni dorang order:

 Fish & Chip with rice


 Deep fried Chicken Chop

Actually kat Snack Haus ni kalau tengok menunya naik pening nak pilih sebab banyak sangat! Apa-apa pun weols enjoyed the food!
Kat sini jugak ada Shisha buat sapa-sapa yang kepingin. Menariknya shisha sini pelbagai flavour yang new & innovative..tak macam dolu-dolu flavor sangatlah lame...
Salah satu flavour yang aku nampak..Jamaican Mint, Orangina, Kickapoo.
Sedap ke sedap kewww?? *tanye sekeliling macam gian ghopenyeh!

Bill malam itteww...

Bebudak layan citer IronMan time ni. Comey je dorang amik port sendiri membiarkan mak-mak bersembang ria di meja sebelah..


 Setting kat dalam dan luar


Ini je la para jemaahnya. Yang berjanji ramai. Yang datang?? Muka-muka yang usual jugekk :P

Snack Haus ni tutup lewat sampai pukul 2 pagi. Okla, boleh jadi port supper yang menarik selain mamak kan..!