Balik Kampung @ Sitiawan: Beach Bistro & WingZone

Baaaalik kampooong..oo..oo oooww..Baaa~...

Eh?
Audiens dah ready?
Kita joget-joget chicken dance dulu sebelum kita bermula, mari !!
Ahaks..gaye macam seminar Dr. Azizan lagaknya ... macam ko tak tau audiens depan PC ni jenis macam mana..malas nak twerk goyang montot.. *sesukahati anggapan-mu

Aku actuallynya takda kampung, yelah orang bandar lah katakan..dilahirkan di sini.
Nak harapkan kampung mak kat Rawang & bapa di Melaka je la..
Sekarang jarang balik sebab masing-masing takda atok nenek dah..
Now, berharapkan kasihsayang kat kampung Mr Z... di Sitiawan!

Penah pergi Sitiawan adik-adik?
First time aku jejak sana, aku pelik..mana rumah-rumah orang sebab aku hanya nampak deretan rumah kedai je manjang di kiri-kanan jalan.
Rupanya taman perumahan dibina dibelakang deretan rumah kedai.
Begitu dia..sungguh bisnes minded town nih!

Kalau balik kg Mr Z, kena lah perut ni buat dumb bell, yoga & berlari anak kat treadmill! Haa mampu perut korang beraksi macam gituuhh? Stamina perut kena tinggi sebab keje aku kalu balik sana ialah makan, makan dan makan! Gitu lah gaya kalau dapat mak mentua seorang caterer tersohor di Manjung. Makanan tak pernah putus .... Pulak tu Manjung/Sitiawan ada beberapa port yang kiteorang suka makan everytime balik. Even baru memulakan perjalanan tu pun dah menyinggah membeli food!






Karipap gergasi ni terletak tak jauh dari Cendol Bakar Drive-Thru yang femes kat laluan Kuala Selangor tu. Stop kejap membeli karipap ni sebab dah lapor! Hampa takda karipap sardin & telur. Dulu ada..sekarang dah pukul rata agaknya, ada ayam & daging je.

Karipap daging sangat berbaloi sebab daging seketul-seketul ko! Bukan daging cincang tau!

Sampai di Sitiawan, melencong ke Rojak Manjung. Boleh plak dia tutup!! Hakak frustt!
Sebelah Rojak Manjung tu ada kedai nasi kukus bes gak...Mr Z sangat menggilai lauk-pauk dia. Gerai ni femes time waktu malam orang tapau lauk-pauk sampai pukul 2 pagi pun ada lagi. Kitorang panggey Nasik Wak tapi sekarang dia dah ada nama proper..ape ntah dah lupa. Hehe. Kali ni turn Mr Z pulak frusttt sebab lauk dah tinggal sikit, penangan Rojak Manjung tutup maka bisnes dia mendapat tempias. Katanya malam kang dia kuar lauk fresh. Mr Z ingat malam kang nak melantak kat sana...

Kiteorang balik kampung sebab ada agenda kenduri. Apelagi, aku tengok je la apa mummy masak. Hehehehe *ngelat buat-buat basuh pinggan
Aku tak dapat la nak membantu tang masak, tapi part-part potong memotong tu bleh la. Kalau aku yang masak..hmm even aku masak untuk mak mentua pun aku gigil ni kan pulak masak untuk orang ramai! Mau tak stage fright kalau mak mentua ko seorang caterer? Haru teruss segala usaha masak-memasak!



Kenduri lepas Asar. Haruslah jamuan hi-tea je terus. Ada kuehtiaw goreng, beehun goreng, roti jala, kari ayam, serawa durian, pulut kuning, ayam goreng, puding roti berempah, puding peach kastard, popia, kuih muih, rambutan! Kenduri ni sempena bday sepupu Aaira..tapi Aaira pun motong skali sebab bday dia hampir gak dengan sepupu dia ni. Tengok tuuu, kek dah ghope kek kawin!

Time ni takmo makan banyak kononnya sebab malam kang nak melantak kat port favourite. So makan lite-lite je...skalik bebudak ni mintak food banyak-banyak pastu makan tak habih! *tolak pinggan kat aku

Trutt..trutt.. DBKL? 
Bleh turun Manjung tak kasi licin suma?  *matilah taktau no fon perbadanan manjung...

Aku la terpaksa guna kuasa robotik Nanatron bertukar jadi DBKL..zass.zazz..zasss..licin akhirnya!

Malam hari, tetapppp nak melantak kat luor nih! Ni la akibat tak balik kampung berbulan-bulan..tak dan nak lepas rindu kat tempat yang mana satu...Nasik Wak atau Beach Bistro.


Last last kitorang decided pergi Beach Bistro. Hahaha tempat ni dah jadi legend lak pada kami la..sebab time dating pun ada datang sini. Skrang dah ada anak pun datang sini gak. Dulu-dulu dia hanya ada western je tarak seafood meefood ni. Skrang dah ada...


Kalau datang sini tak lain tak bukan hanya sebab dish ni: Chicky Fingers. Sebab apa tau. Dipping sauce honey mustard dia sedap..memang kena dengan salutan deep fried chicky fingers ni..


Maryland Chicken, salutan deep fried macam Chicky Fingers


Butter Prawn, just nice..takda sisa gula yang krupp krapp krupp krapp bila dikunyah-kunyah macam aku makan Butter Prawn kat Mohd Chan..itu adalah fail!

Percaya tak aku habis makan kesemua lima ketul udang ni???
Dengan ini, kolestrol dah mencapai KPI pada minggu tu!
Tempat ni aku penah rasa Spaghetti Olio & Carbonaranya...sedap gaks.


Setting dalam restoren. Terletak di tepi benteng pantai. Ramai gak yang mengutip kepah (kot?) kat tepian pantai tu. Dah habis ngutip, naik darat..depa pi karok lak kat open stage resto ni. Merasalah hiburan malam minggu oleh Siti Nuhalijah.

Kekuatan resto ni sebab foodnya sepadan dengan harganya. Di tempat metropolis seperti Manjung ni, western food gaya macam ni adalah not bad at all ...

BEACH BISTRO SDN. BHD.

 Lot 2083 Jalan Teluk Batik, Lumut, Perak, 32200
 +60 (0)4 885-1313

Besoknya, kiteorang pergi ke AEON Manjung. Tahukah anda ni ialah AEON paling besar kat Malaysia? Haaa begitu metropolis skali Manjung ni! Lagi best AEON ni ada WING ZONE. Berkonsepkan ayam goreng dengan pelbagai jenis dipping sauce, mereka dengan yakinnya bukak outlet opposite dengan KFC...! 
Gitu tahap keyakinan yang patut kita semua contohi  *menaip mendada



Wing Zone berasal dari USA & since then branch out ke Panama, Bahamas, Saudi, UAE, Dominican, Colombia, Costa Rica & Russia

Order boneless wings untuk orang dewasa & chicken tenders untuk budak kicik..extra coz sepupu Aaira ikut skali..


Tunggu ayam-ayaman...theyols goreng when order is made.



Impressive dia bagi sekali tissue dan antibacterial towelette ni.


Ada Ipad station..seronok bebudak main Facetime.



Tuudiaa..dah mai dah ayam goreng panas-panas! Bonesless wings/wedges/stix bread with Bleu Buffalo sauce dan chicken tenders/wedges with honey mustard sauce.



Dipping sauce dia ada banyak jenis, boleh pilih-pilih. Kalau nak extra dipping macam kitaorang amik ranch sauce gak..tambah la RM skit. 

Ayam dia memang menarik ah. Honey mustard sauce & ranch sauce sangat layaaann. Tapi Bleu Buffalo tu masham ah. Salah pilih!! Sebelum order tu memang budak cashier tu tanya kitorang suka sos pedas ke manis ke masam ke..then dia recommend sos yang sesuai sebab memang banyak gila dipping sauce dia! Yang kurang bes, cuma ada lime ke enam wings dalam bekas & aku share dengan Mr Z...dan majority wings aku yang membahamnya. heee..siap budak-budak tak habis chicken tender tu pun aku langsaikan sekali. Betul betul buat overtime DBKL kali nih..! Kesimpulannya, benda ni kalau di-sharing, memang tidak cukup di perut ku. Tak tahu lah aku kalau diperutmu!


Paling best, theyols Open Late & We Deliver!!
Yang tak bes?
Takde kat KL!!
UWaaawawawaa...!

Wadduwaiduuu??