Azam & Azimat Untuk 2014


Hello January yang Fabulous!

Azam berazam kita tahun ni?
Ke takmoh berazam langsung sebab takmoh kecundang pada 2 Januari..? Ihiks..
Aku pun berfikir-fikir gak macam tu...bukan betul pun aku ni.
Tulis azam sampai lima mukasurat tapi....nan hado yang berjaya ke garisan akhir.
Jadi aku decided, in general..aku taknak ada azam tapi ada tema je.
Temanya ialah DISIPLIN. Mencubakan diri untuk disiplin sikit dalam perbuatan harian.

Disiplin untuk bangun awal ikut alarm jam.
Bukannya bantai tidor lagi 15 min..kadang lajak ke 30 min.
Sampai ke sudah sampai opis macam bini CEO...30 mins late..hihiks
Kalau pegi travel tahu pulak makna disiplin..pukul 3 pagi pun bole bangun sebab flight pagi! *baling jam alarm

Disiplin dalam bekerja.
Kurangkan mengulor tengok website travel, trip advisor etc time bekerja
Kurangkan berangan sambil bekerja
Sambil bekerja sambil tengok handphone pun kurangkan. *campak handpon ke team lead

Apsal suma ni kedengaran macam azaaaaaaamm je?
Oke kecundang sikit takpa jangan major sangat haa.. *azimat pada diri

Dari segi travel 2014-2015 ni..aku plan nak travel sampai lebam & secara menggila. Sebab apa tau. Lepas 2015 atau while on 2015 kot...ada projek penambahan ummah! hahaha! Jadiiii, harus lah all out travelling aku sampai 2015 kelak. Bila dah beranak pinak besok, grounded for life terus aku ni. Itu lah kisah wanita berumahtangga. So yang single mingle di luar sana *hint JM, Bibie ... hargai kebebasan yang korang ada. Aku ni..kira expiring soon. huhuk. Kadang-kadang wonder jugak...8 tahun lepas kalau aku discover travelling ni, maybe life would be different. The question is how different? *time ni kepala berimaginasi...kepulan awan keluar..

Taaapi, aku ni jenis degil. Ntah ye ntah tak grounded for life tu. Karang ada je datang idea cara uruskan budak-budak while I am away! hahaha! Nasiblah Mr Z ...

Travelling ni dah jadi satu cara aku nak elak kebosanan hidup, satu escapism to break away from routine & mundane life. Sebab aku cepat bosan, or BEYOND bosan kalau hari-hari berlalu dengan buat benda yang sama setiap hari. Dua tahun lepas aku giat marathon. Enam bulan lepas aku aktif postcrossing. Tiga tahun lepas ada rasa macam nak terjun tiruk dari udara (sky diving) dah usha tempat & harga dah. Sebelum tu, ada rasa nak main scuba dive juge. Kalau aku drop travel, I can't imagine what I can do next to seek some thrills.

Memasak guna api yang terhasil dari gesekan batu ala-ala Survivor?
Memang tak ah!

Sebelum aku jadi sedih ... baik aku happy kan diri dengan lay out planning 2014.
Pihak berwajib, take note.
I know you read my blog :P


Januari: Tak travel sebab bday anak.

Feb: Overland Hatyai-Krabi. Or not. Depends kat Thailand's situation.
Back up plan: Sabah, Sarawak, Sri Lanka, Laos, Mynmar - semua harga agak berpatutan time Feb. Tapi Sabah & Sarawak paling saving lah. Lagi menggiurkan sebab Sabah ni satu-satunya negeri di Malaysia yang aku belum tinggal jejak! Sebenarnya 4 tahun lepas sebelum ada anak...aku dah plan nak backpacking KK - Kudat - Sandakan ... jadual ... costing suma lengkap ... tiket pun dah beli..arrangement dah diatur! Tiba-tiba found out hakak ko ni pregnant. Terusss aku......menangis! Yaaa..bukan tangis gembira tapi tangis hibaaaa tak dapat travel! Doktor yang sahkan kehamilan aku tu suruh kalau bole takyah travel pastu dia dengan girang tunjuk gambar dia berjimba kat Sabah! Hamjadah betul doc tu...luka dihati dia tak nampak? Rawat skrang!! *matilah mak buyong emo

Mac : Mabul, Sabah

April: Sapa, Vietnam

May: HK & Disneyland

June: mmm..projek rahsia. My birthday present. Tak mintak benda lain tapi hanya INI je. Tapi if only Mr Z benarkan. Berdobarrr nak mintak izin!

July / August: Pose & Raya

September onwards : Masuk rumah baru...Insyallah. Jadik, pepaham lah yek situasinya! hehe!

Ber-lalalalala dulu sampai Disember.
Ada free seats sale, ada uang, ada cuti...bole rembat Maldives.

Pastu kalau boleh selit trip-trip ad hoc, aku teringin nak ke Pulau Weh, Acheh & The Gilis. Kembali jadi beach girl seperti dulu. Biarlah aku jejak pantai cantik yang mampu milik...nak tunggu peluang pergi Greece ... dalam mimpi la kot.

Anyways, serta-merta aku rasa gumbira bila baca lay-out ni! Hehe...
Happy New Year!
Bak datang 2014!