Oh My KLCC!

KLCC.
Pengalaman pertama bekerja berlaku disini. Masetu aku form 4 dan klcc baru je siap. Crabtree & Evelyn tengah nak pakai orang untuk prepare kedai yang bakal dibuka. Time tu KLCC tak banyak kedai yang bukak. Kira rase bes ah dapat keje kat situ walau 3 hari je. Dapat duit dan dapat barang Crabtree yang mahal tu. 

KLCC.
Sape jek yang tak pernah dating kat sini?? Banyak jee kisah sukaduka korang kan...tapi kisah aku banyak yang bengong je. Hahahaha abaikan *batuk batuk manja

KLCC.
Tempat mengopi kegemaran masetu ialah Gloria Jeans. Tapi sukar nak mengopi dengan aman. Ada je mamat poyo hulur bizcard gaya nak menekel. Ko muka ensem pun aku tak layan kalau canni gaya dok hulur bizcard jee tetibe! Tak pandang lah jawatan nih suma.. *jeling mamat poyo
*tapi biasanya spesis macam ni tak reti bahasa
*lagi dia tarik krusi dok ngopi skalik!
*kakak pasrah

KLCC.
Never fails to make me go *gasp!*
Sebentar tadi aku kat sana...banyak benda aku culture shock kejap:

1. Harga greeting cards are so absurd these days. 19 to 22 bucks..what the hell? Obviously aku dah lama tak main game kad ucapan pengganti diri nih...and the price telah menutup terus niat murni aku. Bwahahah! So dear mr. Z...u might not get a card from me. Ever.
Benda lain bole dapat *tetibe

2. Aku ternampak remaja perempuan bersama adik lelakinya baru keluar dari wayang. Budak PMR tersebut pakai doc marten boots!
Terbuntang mata kakak!
Adik! Time kakak umur awak...kakak bekerja part time di tempat uols bersukaria tengok The Hobbits ni. Tapi adik...mampu pakai boot doc marten diusia muda! Malah sampai sekarang pun kakak tak mampu nak beli guna duit gaji. Tunggu bonus dik! Bonus! Yang bernilai sebulan gaji jek!
*terus berbusking kat klcc park. Ouhh my boots!

3. Ternampak maria arshad, nasha aziz, dan norman hakim kat Chopard.
Ok maria arshad aku paham.
Nasha aziz ..paham.
Norman hakim..erk. Brain aku tak dapat compute. Kencang ke pendapatannya uols??? Siap membimbit beg Chopard eh..hasil pembelian beliau!
*terus busking lagu gerak-gerak khas

Begitula lebih kurang getusan or more like cercaan *hihi* dalam hati.
Dulu time muda-muda meranggi kat klcc, aku ada partner in crime. Asal nampak 'fenomena' je kiteorang start mencerca orang ittew. Nak tau apa 'fenomena' tu?

Situasi awek cun/bf pecah atau bf hensem/awek hazab

Yaa. Aktiviti itu sangat keji sekali.

KLCC.
Buat aku dosa kering jee tau.

Takde ganba KLCC malam-malam ni. Aku still hemooo dengan remaja perempuan berkasut boot doc marten!