Mee Tarik Warisan Asli @ Sg. Besi


Hari kejadian ialah hari cuti umum, satu famili berkumpul nak makan kat luar. Aku suggest Mee Tarik Warisan Asli ni sebab nak cuba sesuatu kelainan. Pada parents macam lain dari yang lain la...pada aku, aku memang minat chinese food tapi restoren ni katenya membuat dan menarik-narik mee itteww di depan khalayak macam orang Cina di China buat. Jadi, macam harus tonton sebab tak pergi China lagikkk!! *tarik rambut ketensian

Lazada Malaysia

Daaan sebab utamanya aku nak sangat merasa Toothpick Lamb ni! Dengan menggunakan kuasa pujukan campor kuasa veto sikit-sikit, aku berjaya melobi untuk ke Mee Tarik Warisan Asli ni. Muahahah!


Dan sesungguhnya, satu kesilapan besarrrrr untuk pergi pada hari cuti umum!
Orang ramai gile..
Pulak tu staff dia tak ramai..
Lagi menambah parah...staff dia tak reti cakap melayu atau inggeris..
Wo pu shi taooo!!

Gaya ambil order ialah dia bagi kertas, dan kita tulis menu nombor berapa kat kertas tu. See, takyah berbahasa mandarin untuk makan kat sini...cukup sekadar tahu baca nombor.

Dipersilakan hidangan mee yang segar diuli dan ditarik khas dari chef dari China...






Air teh yang spesel...tak pernah aku minum air teh ni kat mana-mana, mungkin kalau ke China ada... *menambah tensi


Puasss hati akuuuu...miahahahhaha!!
Toothpick lamb dia memang sedap tapi ada sikit masin..
Takpe..biar masin, jangan manis...tak sukak!

Tapi kesian tengok ah-so tu tak benti-benti dia cucuk daging kat toothpick ni...yelah orang ramai...plak tu ni signature dish..haruslah banyak yang order dish ni..

Makanan kitaorang pun..tahu berapa lama mau sampai ke meja?
Sejam lebih !
Parents aku macam dah panas bontot nak blah jee...
Nasib baik sabar tu masih ada..
Merasa lah..mee tarik..dan nasib baik sedap!
Tapi, untuk repeat...fikir banyak kali..
Sebab tempat ni jauh dan kalau pergi dibuatnya penuh lagik?
Dan food sampai lambat lagik?
Haruskah aku bertukar menjadik aktres opera cina melahar mereka dalam bahasa Elvish..?


Boleh rujuk nama dish kat sini...pandai-pandai lah matched dengan gegambar kat atas! Hihi! Oke la tu main game suaipadan sikit untuk kecergasan otak di pagi hari ni..~ Jumaat jangan malas-malas!



Map. Tapi macam tak membantu. Meehehe!
View Larger Map