Hooreee! Cuti Sekolah : JJCM Perak

Sempena cuti sekolah ni, tentu ada yang cuti-cuti sekitar Perak kan? Ada yang bawa anak mandi-manda kat Lost World of Tambun, ada yang bawak pergi round Pulau Pangkor, ada yang drop anak kat kampung atoknenek. Oopss!! Hehe.
Nak anak-anak bonding lebih skit la dengan atokneneknya! Kita kena bersangka baik uols. *sarung telekung

Alhamdulillah la Mr Z asal dari Perak. Kalau tak, seumur hidup aku tak tahu keistimewaan negeri Perak dan makanan yang best-best yang terdapat di sini. Keluarga mentua pun jenis kaki JJCM..so kita henjoy menikmati makanan ya.



Ni antara suggestion aku la berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain tastenya. So, jangan lah baling aku dengan limau bali kalau tak sedap.. hihi~

*praktis sambut limau bali

Susunan nombor tak menggambarkan tahap kesedapan ya.
Ni bukan carta. Tapi chart je... *jeling pandai

1. New Hollywood

Berkonsepkan halal chinese food, restoran ni memang terkenal di kalangan melayu di Ipoh malah dah satu Malaysia kot kenal restoran ni. Kalau datang ke sini harus lah pepagi uols kalau tak menunggu la untuk dapat tempat kosong. Harus juga para jemaah uols datang before 12 sebab makanan cepat habis ya.

 Gerai-gerai yang mengambil acara pada pagi tu..



Jemaah pagi. Rise early and you will get good spot and good food :)


Yong Tau Fu Goreng, Hong Kong Chee Cheong Fun & Dry Mee Curry

Hong Kong Chee Cheong Fun sangat deserve standing ovation sebab chee cheong fun nya berinti uols! Ada inti udang atau ayam. Aku biasa order inti udang. Sepinggan ni RM3 lah kalau tak salah. Siap ada sambalnya..harus dicicah ya baru la best! Tapi bebaru ni aku pergi, udang nya macam sikit jee..tak besar sebijik sebijik macam dulu...aiyaa high cost is affecting this business I guess..

Dry Curry Mee. Tak suka versi ni...macam berempah jamu lak rasanya!

Roti Telor Goyang..aaa..ni memang terkenal banget disini! Jangan tak coba...

Yong Tau Fu goreng...biasalah FAVE jugek! Ape yang gorengan suma aku FAVE sajoh. Konsep ni sama dengan Yong Tau Fu goreng kat FAM dekat umah aku ni haa, tapi FAM nya tu kuah dia masin giler. Kat New Hollywood ni sambal dia just nice jee...
 
Kopi O pekat pembuka madah selera...



Tauhu Goreng. RM 2.80 untuk dua ketul tauhu. Tauhu lembut...tapi takleh lawan Tauhu Lembang kat Bandung sanahh!



American Breakfast RM4.00 kalau tak salah. Murah kan? Alah portion dia seiring lah dengan harganya..kecik je. Sesuai untuk budak kicik...
Stall yang jual American Breakfast ni ada menu western lain gak..
Next time aku nak order Chicken Chop makan pepagi..hahah..Barulah breakfast like a King katenyer!



Kuey Tiaw Goreng, ramai dalam internet kata sedap. Bagi aku..so-so. Sebab Kueh Tiaw Goreng Auntie Gemok kat FAM tu gak yang sedap pada aku lar.

Apa? Tak kenal Auntie Gemok?
Dia ni la antara selebriti obesiti terkenal selain Bob Kuman & Nutty Professor..hihi
Coba uols google dia..

Kihkihkih.
Jujur cakap, kueh tiaw auntie gemok FAM memang terbaik sebab ada rasa hangus-hangit, smokey dan pedas!
Tapi sejak dua menjak ni dia suka hisap rokok depan orang..
Jadi aku dah ragu-ragu samada dia basuh tangan ke tak lepas hisap rokok..
Sudahnya aku berpaling makan nasik lemak kangkung..sedap gaks! Klasik tuuhh nasik lemak ada kangkung belacan weh..

Kesimpulannya, kalau korang datang semata mata sebab kueh tiaw goreng ni, abaikan niat tu. Kat KL banyak lagi yang ok.

Muka jemaah yang seceria mentari pagi. Nampak tu masing-masing dah menghunus senjata. Apalagi...SERAAAAAANGGGG!

Happy Fried Dough @ New Hollywood Restaurant
38, Jalan Lee Kwee Foh,
Canning Garden,
31400 Ipoh, Perak.
Telephone : 6012-510 9971.
Opens daily from 7am until 4pm. Closed on Mondays.


Lazada Malaysia


2. Medan Selera Taman Kanak-Kanak

Atau nama sebenarnya Medan Selera Dato Tahwil Azar, lebih mesra sebagai Taman Kanak-Kanak sajoh..


Dibuka time petang sampai malam...paling ramai orang time malam-malam la. Jom layan gambar...


Orang kata sup dia sedap. Tapi aku tak try lagi, ni lainkali aku try!

Yang wajib try yang ni haa...


Tak perlu diperkenalkan lagi ialah Popia S.S Ali ni. Aku sebagai peminat Popia memang rekomen sangat popia ni kat korang samada popia basah atau goreng. Tapi aku selalu tak dapat popia goreng sebab cepat habis!!


Lagi satu popia bes kat Perak ni ialah OTW ke Manjung, area Lekir la kalau tak salah...ada stall kecik jee tepi jalan namanya SECRET POPIA. Sedap GILE nak MAMPS popia dia..brader-brader yang buat tuuu..berambut panjang lagik..awww..! Must try oke kalau uols OTW ke Pangkor..guna jalan Lekir-Manjung-Lumut. Iols tahu ler sebab ni jalan ke rumah ibu mertuaku. Hehe.


Nasi Goreng Cili Padi. Sedap tapi portion banyak...bakal memuakkan.

Lai Chee Kang panas-panas

Ada kekacang, kembang semangkuk dan TELUR PUYUH. Pelik sangat rasanya makan telur beserta dengan air ni. Tapi bapakku cakap jenis macam ni lah gaya Lai Chee Kang yang ori. 

Satay Endut. Sebab nama gerai dia ENDUT lah bukan sebab satay pose berendut atau tukang kipas satay hobinya berendut! Tengok aje lah satay dia perfectly done...ada garing-garingnya. Best!

Yong Tau Fu Sup! Bes dan terbaik. Sebab aku gak peminat Yong Tau Fu...hehe..
Tapi benda ni kena makan cepat-cepat lah jangan tunggu-tunggu nanti kembang semangkuk kekuehnya tuh..

Taman Kanak-Kanak
Jalan Dato Tahwil Azhar, Ipoh, Perak

3. Yik Mun

Restoren ni terletak di Tanjung Malim. Terkenal dengan paunya & juga Hainanese Chicken Chop.

Kedainya di corner lot..


Ramai orang okeh! Nasib laa dapat tempat duduk...


Aku rebah tengok harga kedai nih! Mee Goreng Kering bodoh tu je pun dah RM7.50?! Ini bukan standard KL dah, tapi standard Malaysian food in London kekdah ko! Apa apa pun, cuba mesti cuba...

White Coffee. Dari perkhabaran adik ipar aku katanya sedap gile. So aku try lah order benda ni. Memang kaw-kaw ah kopi ni. Sedap tu sedap lah tapi sadly, kopi ni antara kopi yang bagi aku after efek pening & loya. Sama macam black coffee dari pantry ofis aku, tu lagi dasat efek dia bagi, pening + loya + seram sejuk macam sepuluh hari tak makan!..rasa nak pegi jumpa doktor jee amik MC. Mueheheh!

Roti Kahwin? Mesti lah nak coba kot-kot boleh kawin lagi. oops!  *kena jegil mata dengan Mr Z

Number tepon Ah Soh YikMun untuk uols memberi pujian tentang kegebuan pau beliau. Hiks!
Atau komplen harga yang keji sangat. 

Kami order pau ayam & kaya


Pau Kaya. Aku tak try sebab tak suka pau kaya. Lagipun, tak ingatkah aku tak suka food manis? *tolak bagi mak makan..abisle ko suruh orang tua makan benda manis..

Aaa..this is more like it! Pau ayam. Okay la..not bad. Inti ayam rendang tapi bukan rendang real la..ala macam rendang kering tak kering la..

Roti Kahwin

Ini aku suka jugek. 

Mee Hailam. Mr Z la suka sangat. Ape yang best ntah..

Ni la pelakon utamanya. Hainanese Chicken Chop. Kuah banjir tuuu sampai tenggelam ayamnya.

Ayamnya sedap la sebab boleh rasa dia marinate dulu ayam tu. Kuah banjir. Bun tu digoreng. Mashed potatoes adalah homemade. Ingatkan tak cukup portion macam ni, tapi akhirnya full gilakkk. Mungkin sebab kuahnya yang pekat tu diselangseli dengan minum White Coffee yang pekat. Bila kepekatan berganda, kenyangnya pun berganda-ganda...tu yang tak lalu nak habiskan Mee Hailam.

Anak suka makan Roti Kahwin. Siap order lagi satu pastu kedekut takmo bagi aku tuh!


Korang rebah tak total bill cenggini gaya makan di Tanjung Malim aje pun??!

Aku tengok plat kereta pengunjung ramai dari KL. Tu pasal lah kot harga macam harem je...

Yik Mun
6043, Jalan Slim River, 35900 Tanjung Malim, Perak.


Travel


4. Rojak Manjung

Rojak yang terhebat di Malaya. Tolong percaya cakap aku sebab aku kan kahwin dengan orang Manjung/Setiawan ni, jadi testimoni aku adalah real & valid walaupun takde gambar. Hihi! Sebab selalu lupa je nak snap gambar kalau dah hadap rojak ni. Nanti aku update gambar yek! You know first time aku jejak kampung Mr Z ni dia bawakkan aku makan kat Rojak Manjung ni la. Time tu dia belum buka kedai kat D'Mara Plaza lagi. Terussss jatuh chentaaaa uols. Since then selalulah aku mintak dia bawak aku makan kat sana. Istimewanya rojak ni sebab ada cucur udang, tempe, tauhu, telampung, kentang, tak silap pedal pun ado. Kuah mantap dan orang Melayu yang buat rojak ni. Terhebat di Malaya. Ingat tu. Wajib coba.

Restoran Rojak Manjung
No 6, D'Mara Plaza (Jalan Lumut), 32000 Sitiawan, Perak

5. Yut Sun

Restoran ni pulak terletak di Taiping. Konsep pork-free. Makan dengan yakin dan bismillahirrahmannirrrahimmmm~  :D


Taman Tasik Taiping


Kot-kot la lepas korang berjalan-jalan kat Taman Tasik Taiping ni dan tekak nak something different, cuba try Yut Sun yang berkonsepkan Hainanese food.
Ntah ape lah obsesi Mr Z dengan Hainanese Chicken Chop. Dua tempat kiteorang try, Yut Sun ni dengan Yik MunCHOIHARGAMAHAL.


Lepas kenduri kahwin, kami datang sini. Maka harus diingat, perut dah penuh. Jadi deria rasa mungkin agak kejam menghakimi makanan.


Hainanese Chicken Chop. Kat sini harga jauuuuh lebih murah dari Yik Mun tapi taste dia kureng sikit.


Roti Sayur. Aaaa yang ni menarik sebab tak pernah makan food macam ni. Bawah tu roti pastu ditimbuni dengan sayuran+minced chicken dan telur menduduki takhta teratas. Sesuai jadi hidangan breakfast bagaikan juara nih, cukup lengkap gizi pemakanannya! Sebenarnya versi asal dish ni ialah Roti Babi tapi jangan panik, dia gubah dish ni jadi Roti Sayur untuk cater muslim crowd. Tiada babi langsung didalam gambar ni. Heh!

Aku rasa next time aku singgah Taiping aku akan try menu lain kedai ni sebab ada potensi sebenarnya. Perut aku jee tak berdaya-maju time tu sebab dah hadap kenduri kawen. Hee!
Menu dia lebih kurang macam Yik Mun..ada western & hainanese food.

Yut Sun
78 & 80, Jalan Pasar,
34000 Taiping,
Perak, Malaysia
Tel No : +605-808 3250
Opens from 8am until 7pm daily. Closed on Sundays.

6. Hawaii, Teluk Intan

Mampu ko namakan gerai ko pulau paling femes di dunia?
Haruslah dia serta merta pun ikut femes!
Tempat ni gerai tepi jalan je weh, tapi berbondong-bondong orang datang. Aku memula skeptikel tempat ni sebab cina kan..tapi staff dia melayu. Yang mengunjunginya pun pelbagai bangsa termasuk keluarga mentua aku yang dah lama mengunjungi gerai tu waima mak mentua aku tu dah bergelar hajah pun..takde dia nak was-was makan kat situ eh. Ape motip aku nak was-was kan? Yakin sajohhh! 
Paling femes sini ialah Asam Laksa.
Tapi aku tak suka laksa, so takleh bagi ulasan yang adil terhadap laksa ni..  *begitu saksama sekali hakak kaaan...

Aaa tapiiii aku suka sangat dessert kat sini. Yang ni aku panggil Koko Krunch..sedap tatkala hari panas berdentang! Time sejuk taknak aku order, gigil tau..brrrr. Taktau lak kalau uols suka sejuk luar dalam. Hihiks. Dessert ni ada cendol, buah-buahan, ice kepal tu of coz lah dan koko krunch tu yang buat dia unik tuuh!


Ais Kacang. Sedap gaks.

Rojak Buah. Terbaik sebab selain keropok udang tu, dia taruk those crispy crackers yang hancur-hancur tu menjadikannya SUPER crunchy. Ranguppppp aku makan. Suke!

Hawaii Stall
No. 1 Lo Han Kuo @ Jalan Sekolah.


Sekian saje carta JJCM Perak! Kalau aku terjumpa tempat makan best, aku tambah kat sini lagi :)

Akhir kata, kalau dah kuat makan tu....kena lah kuat jogging gak! Peparu, jejantung, lelimpa kena penjagaan maksium deh. Badan ni nak pakai lama! Gitu aku bebel kat diri sendiri. Nak jogging ntah bile ntah la...~  *pandang sepi kasut nike, kasut yang asalnya buat jogging aku buat pegi travel :P