Hooree! Cuti Sekolah: ETS ke Lost World of Tambun


As salam~
Warga makbapak, meh sini mari dekat..
Belum ada idea nak bawak anak pergi mana cuti sekolah ni?


Ahaaa!
Ni ada suatu tempat yang best untuk bersantai dengan keluarga.
Pada aku, tempat ni sangat perfect dan kena dengan musim cuaca akhir tahun ni. Semua orang tahu kan cuaca akhir tahun ni macam mana, angin bayu hujan badai semua hado! For me, tempat berisiko tinggi seperti Genting Highlands, Fraser Hills, Cameron Highlands memang aku akan elak time musim hujan macam ni. Belah pantai timur lak konfem dilanda banjir. Jadi, Ipoh ialah pilihan yang menarik untuk kami sekeluarga sebab ada Lost World of Tambun dan food Ipoh yang bisa buat orang kecur air liur. Hehe..~

Travel

Nak ke Ipoh ni senang je..kalau rajin, drive.
Tak rajin? Duduk like a boss jee naik ETS.

ETS ada dua jenis : Gold & Silver. Bezanya ialah Gold kurang sikit station dia stop manakala Silver stop banyak station jadi dari segi masa, Gold lah yang menang! Silver lambat sikit sampainya..
Dari segi tiket, Gold mahal sikit dari Silver. Gold tiket ke Ipoh harga dewasa RM35. Anak kecil kalau memerlukan seat sendiri harganya RM22. Kalau berpangku tu..tak tahu la samada free atau berbayar gak. Tu kena tanya kaunter tiket ek! Aku beli tiket kat KL Sentral. Naiknya pun kat situ gak.

Jom layan gambar keberangkatan menaiki ETS.

 Platform Gate B.


 ETS dah sampai, posing cantik di situ..



 Koc-koc.

 Tempat duduk ETS.

 Ruang letak beg.

 Tempat penyangkut. Ntah apa yang sesuai nak sangkut situ?


 Hiburannya ialah TV kecik tapak tangan tu je la. Tak melayan sangat pun...

 Sapa ada laptop, boleh layan movie dengan selesa..ada meja foldable


Tuudiaa tiket gua...

Ruang kaki yang agak lega la..



Layan view sepanjang 2 jam perjalanan ke Ipoh. Nak tidor pun tak boleh..budak kicik excited benar..bercaaaakappp je keje dia. Sejuk dalam train ni, so sediakan jaket ya! Dalam train ni ada cafe. Karang ada la pelayan yang datang ke koc dan tanye sorang-sorang nak order apa. Aku ni dah bersedia dengan makanan luar aku smuggle bawak masuk! Actually tak boleh! Hahaha! Tengah elok suapkan anak burger KFC..datang lak pelayan ni. Aku pun order je la Milo *rasa bersalah

Sesampainya di Ipoh, naik teksi ke Lost World of Tambun.

Aku suka Lost World of Tambun ni lebih dari Sunway Lagoon sebab surrounding dia totally nature jee manjang. Layan gile sesambil kau tubing kat Adventure River; sungai buatan sepanjang 600 meter tu. Nampak pepokok, burung berkicauan...dan paling best dan iconic kat Ipoh ni mesti lah bukit batu kapur tu...was like, everywhere!

Lagi satu, yang paling ultimate bestnya tempat ni ialah kolam air panasnya! Disinilah yang aku nak tekankan dimana cuaca time hujung tahun kan ke bertemakan sendu tangisan dari langit maka sangatlah padan dengan Lost World of Tambun ni.

Sebab ape tau?
Aku dah tahu rahsia untuk menikmati kolam air panas ni paling gile nikmat time tengah hujan renyai renyai...Best gilorrr ok! Mana tak bestnya...dapat MAIN HUJAN semasa badan BERENDAM dalam air panas...mau tak syok?! Jarang sekali dapat merasa fenomena hot & cold nih!
*muncul Katy Perry pakai trenchcoat sahaja joget-ria dalam hujan


Tu nampak harga tiket?
Dewasa RM45
Kanak-kanak RM38
Budak kenit....FOC sajoh!



Kat sini banyak la permainan dia..tapi tak dapat lah nak cuba sebab bawak budak kicik. Kami layan pantai buatan ni ha...



Layan tubing kat Adventure River ntah brapa kali. Best! Aku and anak duduk dalam tube, Mr Z jadi enjin motorboat. Kikikih! Cuaca kejap ok kejap hujan. Ada sekali tu hujan tak agak ah time tubing kat sini..merasa mandi hujan+main hujan+basah lencun complete pakej!!


Lazada Malaysia
Memula tak tahu plak ni kolam air panas. Once dah berendam ... takmo naik-naik dah. Lega dan sedap rasa badan. Kalau nak sedap lagi, pergi hulur badan kat air pancuran dari tiger tu macam kakak tudung pink tu buat. Keluar gak angin-angin dalam badan neh...


Antara jenis-jenis pool kat sini. Macam tak lalu nak try Foot Spa tu. Dah la aku memang tak suka nak pijak bebatu refleksakitkaki ni. Pulak tu pijak dalam air! Errr...tak tergelicik ke nanti?



Attraction lain-lain dalam water park ni termasuk lah mainan ala-ala funfair dan ada train ride yang bawak orang mengelilingi park ni...


 Hitam itu menawan. Merah itu saga. Tapi beak saya original tau~



Jangan tak tahu dalam park ni ada petting zoo lagik! Waaa bayangkanlah seronok budak-budak kalau ke sini. Budak bandar kalau tengok ayam pun excited... ni kan pulak binatang yang berterbang, bersisik, berbulu, berjambul..eh konfem giranglah anak uols!

Lepas mandi-manda macam itik, dapat pulak tengok itik yang real. Cantik gila kan duck tu! Aku tengok macam..eh ni real ke patung ni? Comel sangat ciptaan-Nya



Acara seterusnya ialah menyinggah kedai souvenir. Lambakan plush toys comel bakal buat budak kecik tak tentu arah...

 pose-pose comel disituh..





 "hmmm...nak paw papa ape eh!" - merenung jauh ke mamanya.
  Mama dah ready kat luar kedai. Takmo kena paw kekdahnya!


Akhirnya keluar jugak dari kedai ini budak!
Pose-pose Paris Hilton mendapat barangan shopingan


aaand she chose a mice & snake  *bijak pilih mangsa-pemangsa



 Sedikit sedutan trailer filem Ular
*matilah berangan jadi Lisa Surihoney


Acara penutup, sebat kuih ni dengan white coffee. Mula-mula aku minum kopi je tau, macam endah tak endah dengan kuih Heong Peng ni...




Bila dah rasa, macam menyala mentol atas kepala!
Memang compatible sangat gandingan set kuih Heong Peng + White Coffee. Harga pun RM5 je, apa ada hal.
Ker sebab cuaca sejuk, semua yang masuk mulut semua pun sedap?
Ntah la.
Untuk kepastian, harus ada episod repeat!  *hint pihak berwajib

OK uols.
Naik ETS sudah.
Mandi, kencing, berak kat Lost World of Tambun pun sudah...
Makan tak cover ke weh?

MUSTI lah cover!
Tengah korek-korek gambar untuk dijadikan entry sat...

Tajuk: JJCM di Perak~  :D

Launching date tak tau bile.
Layan lah filem Ular duluk...
*tutup mata dengan tangan