Familia Trippa - Singapore: Universal Studio, S.E.A Aquarium, Restoran Hjh Maimunah & Sup Tulang Merah


Hello! Alhamdulillah berkesempatan untuk menulis sikit tentang trip ke Singapore. Trip ni berlangsung time Deepavali yakni 2 November - 4 November. Cuti tahunan dah zero uols, tapi cuti Deepavali kan fall on Saturday so kalau ikut polisi ofis ni, dapat replacement leave. Konfiden aku apply cuti replacement leave nan satu tu IN ADVANCE. Mula-mula orang atas tak approve, tapi aku email dia balik siap dengan boarding pass... then lepas! Yippeee! 

Lazada Malaysia

Tapi, time P&Q merasalah kena sound pasal work plan management. 
Senyum tak perlu kata apa-apa, cenggini haaaa :)  



Flight kami pukul 8.45 pagi, jadi pukul 4 pagi dah keluar rumah drive sendiri ke LCCT. Check in barang dan lepak kejap makan pagi kat MarryBrown. Apahal Marrybrown tu dari dulu banyak sangat lalat ek. Anyways, comel jee kapal-kapal dok parking kat perairan Singapore tu kan? Tersusun dan sistematik gitu!

Terkesima gak dengan Changi airport...sangat selesa. Maklum lah selalu pegi tempat yang airport kecik-kecik jee...

Naik skytrain untuk pergi ke MRTnya...


MRT Changi Airport ... mau ke Bugis kiter!

Sampai je MRT Bugis, cari jalan ke hotel berpandukan map aku print sesiap dari Google Map. Baca map memang aku fail, over to you Mr Z  *serah map keronyok

Kami pilih Hotel 81 Bugis untuk dua malam sebab tu yang murah, tak dodgy dan dekat dengan segalanya. Mahal woo...RM600 aku kena! Rasa sakit hati gak sebab harga macam tu sama dengan harga hotel kat Bali, jauh lagi best dari Hotel 81 ni. Takleh check in lagi sebab terlalu awal so kami just drop luggage dan segar-bugarkan badan di toilet.

Then memang janji dengan adik aku yang memang bekerja kat Singapore tu untuk jumpa je kat hotel tu dan sama-sama gerak sekali ke USS. Sebaik berjumpa dia, jadi aku rely kat dia je la, maklum la dah arif! hee.
Aku pun malas nak fikir-fikir dah..ikut je langkah kaki dia. Dia gak yang belikan kad EZLINK sesiap untuk kami. Kiteorang topup SGD30 je...senang naik turun MRT dan bas dah tak payah berkira-kira fares khennn...

Tunggu bas ke Vivo City, stesen bas ni tak jauh dari hotel.


Kaaann, dah sampai Vivo..


Dari Vivo, naik monorail ke USS. Google Map suruh berjalan kaki. Gile hapo ko ni Google?

Kemain ramai ummah yang nak menuju ke USS ni! Sape yang ada anak tu, please letak anak dalam stroller/buggy, nescaya dapat layanan istimewa. Ada lorong khas untuk baby berstroller dan kita dapat priority boarding dulu dari yang lain. Time ni la nak mempergunakan anak.. ngehehe


Ni view dari monorail. Sempat snap walopon macam sardin koc itteww....


Turun kat 1st station! Takde la berlama-lama disardinkan...turun dari monorail je ghope maknusia balik. Hehe~


Check tiket ade bawak ke idak ni?
Tiket ni kami beli sesiap time Matta bulan September tuari.
Harganya ialah  RM155 seorang termasuk meal voucher SGD 5 redeemable kat Malaysian Street. Sedih la! Malaysian Street ghope ape je...suma takbleh makan. Baik namakan ia Chinatown je...


Masuk USS ni,  baru buka tiga-empat langkah dah nak bergambar. Empat-lima langkah menembak lagi. Begitu jee laa modus operandinya sepanjang kt USS ni. Tapi kami tak lupa ambil map dan plan nak pergi belah mana dulu. Jangan redah jee yop! Karang terlepas benda best.


On the way nak tengok Monster Rock, ternampak booth face painting. Hulur muka anak untuk dicontengkan dengan warna-warna ria!



Monster Rock show. Monster pelbagai jenis jadi performer ala-ala Glee gitu. Antara lagu dinyanyikan ialah dari Michael Jackson dan Lady Gaga...agak terhibur la.



Jalan-jalan lagi mencapap gambar...sambil tunggu Lights, Camera, Action punya next show.




Akhirnya dapat masuk. Disini dapatlah alami sendiri filem efek yang gempak! Macam real angin taufan dan hujan badai ittew. Api marak tu pun terasa-rasa bahang dia...jangan kau pergi berdiri dekat sangat ya. Bebudak apetah lagi. Awas.



Antara hasil modus operandi '4-5LangkahSNAP!'



Sampai ke Sci Fi City! Teruja semua nak naik Transformer 3D Ride tu. Alih-alih aku kena tinggal dengan anak, yang pergi naik dulu ialah Mr Z, adik & wife dia. Hurmph! Tak sempat aku nak suggest single ride sebab aku ada baca kat blogs, single ride waiting time tak lama.

Lama gile tunggu dorang ni, sempat aku & Aaira layan benda pusing-pusing tu dan bergambar dengan Optimus Prime. Pastu layan a bunch of boys joget-joget bboys bagai. Rengsa tunggu ok! Ada la dalam satu jam, pastu muncul muka-muka dikenali dengan riak muka yang senyum lebar. Puasssss laa tu!

Dah, pegang handbag ni!
Aku dah lambat dating dengan Megatron.
*Mencicit pergi kat single ride lane

Memang tak lama tunggu naik single ride ni..
Kejap je dapat naik dah..
Sebab single rider just filling in ride berkumpulan yang ada kekosongan..
Pergh, mak ko! Memang terbaik ah ride 3D ni..
Rerasanya siapa yang duduk depan lagi rasa ngeri dia..
Hehehee~

Aaaanyways, dapat jumpa dengan Megatron Pujaan Hati.
I like bad bois ;)
Apesal eh takde souvenir or tumbler Megatron pun! Yang diagungkan ialah Bumblebee! WHYYY?! *peluk lengan robot sasa Megatron

Roller coaster plak ditutup pada hari tu. Kempunan gue!
Jalan-jalan lagi kami meninggalkan Sci Fi City..

Sampai ke area EGYPT. Kat sini temanya haruslah firaun dengan black magicnya. Kiteorang tak masuk apa-apa pun kat sini sebab ramai orang dan macam tak minat...


Then, lalu area The Lost World. Harus la menggeletar ketakutan dengan dinosour yang berkejar-kejaran! *not

Hehee. Well, ternampak ride Canopy Flyer macam besss je tapi punye lah beratur panjang. Kansel!
And then aku gigih beratur kat Dinosoaring ni, antara ride yang sesuai la untuk bebudak. Panjang beraturnya tapi gagahkan juga sebab kesiankan anak tak ada ride yang ok lak untuk dia setakat ni. Sampai tertidur la dia menunggu...tiba giliran kami, terbang-terbangan kami dibawa oleh dino itteww...


Ngam-ngam sampai Waterworld sebelum time show dia. Memang impressive sangat show ni. Segala macam keluar..jet ski, hovercarft, waterplane...gilekkk ah ding dong! Pelakonnya kelakar gak. Harus diwarwarkan disini siapa yang duduk depan-depan tu memang konfem mendapat basah! Jadi kami duduk belakang-belakang je...takmo main air, baju tak bawak banyak!


Ni antara food yang dilahapkan di Goldilocks kat Far Far Away. Pelik betul restoren tu cakap menu lain semua dah habis tinggal ayam jee. Padahal baru pukul 5 masetu dan tertulis kat pintu operation hour sampai pukul 7.30! Takkan Singapore yang punye la menjaga sistematiknya ni tak dapat bajet ayam?
Rupenye kami kena troll.
USS aritu tutup awal, pukul 5.30 *nanges
Taktau apesal ntah ... pasal Deepavali kot.
Benci tau!


Lagi haru bila jejak area MADAGASCAR banyak gila ride yang Aaira boleh main tapi dah closed. Gahh!! *berang

Sempat layan area Far Far Away kejap...tengok Shrek 3D
Not a good experience untuk anak aku..
Sebab dia ketakutan..
Dia ingat spider bebetul muncul depan dia..
Pastu ada scene dragon melaharkan api dari mulut..
Haruslah anak aku gigil & menjerit..
Hehehee!!
Aku keluar dari situ gelak-gelakkan dia..
Then aritu aku pergi tengok wayang Thor dengan dia...dah dia buat hal plak!
Biasa tak macam tu..
Penangan Shrek 3D ler ni dia dah takut nak tengok wayang.. T T


Balik dari USS guna cara yang sama: monorail-bus-MRT sampai ke Bugis. Anak dah start panas badan...sampai hotel terus flat. Aku lak lupa bawak segala macam meds, selalunya aku bawak. Time tak bawak tu la time nak kena..huhu. Mr Z cari ubat kat farmasi sementara aku teman anak kat hotel...mandikan dia air sejuk, meraung macam tengok Shrek tadi. Pastu lap-lap dahi, badan bagai..akhirnya bekalan ubat sampai. Makan ubat lebih kurang dan tidur dengan harapan sembuh laaa anak ni besok harinya.



Keesokan hari, demam anak dah kebah. Fuhhh, lega. Sebab ingatkan kalau tak kebah, Mr Z duduk hotel jaga anak. Tapi macam laa Aaira tu nak duduk hotel sementelah menengok mamanya keluar berjimba. Haruslah dia nak ikut. Alhamdulillah dia boleh follow bila demamnya dah mulai kebah..

Lagi satu dia bersemangat waja nak keluar sebab ada bubble gun ni haa..nak main bubble katernyer!

Agenda pagi tu ialah reunite dengan parents sebab dorang sampai Singapore pagi tu by train. Dorang straight pergi rumah makcikpakcik kami, so kami reunite dengan mereka kat rumah dorang.



Ada guide yang taiko yakni pakcikku yang dikasihi, hehe dia lagi arif nak amik MRT dan bas mana yang cepat sampai and so on..so kami pun gerak ke Geylang dengan mengikuti beliau.

 Gerak gerak khas ke Geylang..


Misi JJCM: Restoren Hajah Maimunah


Orang memang ramai beb nak nak time lunch kan! Kami dapat tempat kat bahagian atas. Pastu pergi kat bawah, order la lauk ape nak..then dorang bawak naik atas. Sayang sekali sambal sotong dah habis. Kami order Tauhu Jakarta, Siput Masak Lemak, Rendang daging, Ikan bawal bakar, Ayam bakar & Sup sayur petola. Masing-masing lauk dua hidang. Total cuma SGD79 je. Murah kan? Murah laa bagi yang bekerja kat Singapore tu. Hehehe. 100% dipayung oleh adik dikasihi selalu. Hehee!

Lauk-pauk dia konsep macam Sari Ratu tapi sini lagi banyak lauk dan dessert macam-macam weh. Tak sempat nak order dessert je...dah kenyang sangat. Orang Singapore sendiri macam makcikpakcik aku kata tak brapa ummmpp restoren ni walhal ramai review pasal resto ni kat Internet. Ternyata jangan percaya jee kabar Internet itu donk! Lauk sini taklah teruk dan takla sedap sangat. Just nice dengan tekak je la. 


Budak kebah-demam-kebah-demam-kebah balik. Lepas Geylang, kami pun naik bas menuju ke Vivo City lagi...


View dari double decker bas.


Sampai di Vivo, macam biasa lah naik monorail macam hari semalam. Beza nya kurang ramai orang plak berbanding semalam. Selesa naik monorail tak bersardin..hehe. Then turun di Sentosa, kami menuju ke S.E.A Aquarium.

Tiket masuk aquarium ni aku tak arif sebab, again..dipayung oleh adik tersayangsangaaaattt. Nak tengok harga tiket boleh tengok sini : S.E.A Aquarium website

Ape-apepun sebelum tu, mohon ampun gambar sangat tak cantik. Kamera dan tuan punya kamera sangat mungok amik gambar dalam kelam...~

 Masuk-masuk je dah terkesima dengan segala macam ikan kat tunnel tu..


Antara hidupan laut yang ada. Cuttlefish, ikan pari, ketam dan ofkoz la...ikan yang kalau digoreng pun sedap ni!


 Acara berinteraksi dengan hidupan laut...


 Ada aquarium bawah kaki!!! Damn nice...ada ikan pari, bandaraya, sharks..


 Jellyfish yang berwarna-warni..


Ditangkap guna Iphone. Macam lawa lagi gambar Iphone dari kamera aku! Dengg!


Ni paling KESUKAAN!! Tengok benda ni je rasa magical sangat. Agaknya dalam laut tu mesti indah gile dengan adanya spesies ni memberi cahaya di dasar laut.


Ni ialah the biggest aquarium. Serious best lepak sini sambil mengunyah dan minum-minum. Boleh duduk lepak bersila depan-depan aquarium ni layan ikan-ikan berenang. Sungguh therapeutic! Seriously gambar-gambar aku didn't do justice to this place. Kena pergi sendiri dan tengok! Ketara Aquaria kita kalah kepada S.E.A Aquarium. 

*mengelak dibaling durian

Lepas layan aquarium...kami naik bas pergi Kembangan. Duduk bas double decker malam-malam memang layan habis ah. Paling seronok aku sejak kecik sampai besar suka naik bas double decker ni. Ternyata Singapore ni kalau diperhatikan dari bas la,  seni susunan bangunan dan arkiteknya dibuat dengan teliti untuk menghasilkan landskap yang menawan & ini menonjolkan keistimewaan Kota Singa ni. 


Travel


Misi JJCM: Sup Tulang Merah

Sampai di Kembangan, cari kedai makan untuk dinner. Weee! Makan makan dan makan lagi! Kami settled at Al Amaan Eating House. Geliga kepala otak mamak kat Singapore ni, ada pulak datang idea dia buat buffet roti prata ni kan! Macam-macam jenis roti ada...pilih je ikut tekak~
Menu mamak kat sini lebih kreatif dari mamak malaysia. Just saying~ 


Aku & Mr Z of coz aim sup tulang merah sebab tak pernah rasa. Tulang tu ialah dedaging kambing, bukan lembu. Since Mr Z takleh sangat makan kekambing ni, makanya aku & adik la melantak benda ni sampai habis. Dia hidang sekali dengan roti baguette. Kita cicah-cicah dengan roti, pastu kalau masih tamak kita slurppp la guna straw. Hehe~
Pastu aku punye gile, aku order lagi plak murtabak kambing. Nasiblahh kau tak menggelisat kepanasan malam tu kan! 

Roti prata pink tu haruslah berperisa strawberry, khas untuk si budak kicik...nak umpan dia makan.

Balik tu, tak larat aku nak naik turun bas ke Bugis oke! 
So,...TAAAXIII!!
*pose lentik tahan teksi

Sumpah orang Malaysia kalau datang Singapore macam nak patah kaki berjalan, pinggang nak riuk! Tapi makcikpakcik aku yang Singaporean tu rileks je..tak nanges nak menahan teksi bagai.
Lepak kangkung jee tunggu bas balik ghomah  T T
Dorang datang sini pun macam tu, gigih berjalan kaki dan naik segala macam public transport. Hasilnya? Masing-masing slim, kuat & sihat takde penyakit serious...

Tapi berjalan kat Singapore ni makan time tang naik public transport gak la..kejap naik bas, kejap MRT, pastu tuka MRT..fuuh. Ni kira small workout untuk kami untuk ke HK tahun depan kelak!

Besoknya flight pagi ya amat. Check out dari hotel pukul 6 pagi supaya dapat sampai airport on time.

Sempat minum jap kat Starbucks. Kau tahu harga kopi kat Starbucks tu just empat ke nam dollar je! Untunglaa orang Singapore. Minum Starbucks macam takde hal...


Tunggu flight. Belum tiba lagi. Kalau dia tiba, dia parking betul-betul kat depan kita tu. Best best!

Sampai tanahairku, bawak budak kicik pergi hospital sebab demam lagi. Rupenye mulut dia ada ulser...bahana kurang minum air kot time kt USS tu yang mendapat demam sekali. Berkat ubat doktor, alhamdulillah dah sihat princess nih.

Moral of the story: Minum air secukup-cukupnya dimana saja anda berjimba!
Sekian.