Edisi Berangan: Kalaulah Aku Dapat Pergi U.S.A....


Orang kata jangan terbang tinggi sangat nanti kalau jatuh, sakit tak hengat! Tapi kalau terbang rendah jee bila nak mendapat skill terbang tinggi ye tak?
Jadi, ni edisi berangan tahap terbang helang punye!

Kalau Lah Aku Dapat Pergi U.S.A... fuh! 


Macam-macam nak buat!!! Dua minggu tak cukup bai..paling puas sebulan la.

Aku nak ikut route Vancouver - Seattle - Portland - San Francisco - LA guna Amtrack railway.

Disebabkan aku die-hard fan Supernatural, perkara penting nak buat kalau berada kat Vancouver ialah melawat Supernatural filming location. Kalau dapat peluk bergambar dengan Jared Padalecki pun bes gak! Hahaha. Atau posing dengan the legendary black Impala...atau..atau...Devil's Trap at the Crossroads..episod ni bes!

                                                         Devil's Trap bapak besor



Nak nak nak!! Kalau aku ditempat kejadian ni, aku akan cakap "can it just two of us Jared?" - jeling wife dia suruh blah. Baru la cantik ganba kheeenn! hihi..

Lepas tu, kita gerak Seattle. Ini tempat idaman sangattt. Mana taknya sebab disini la banyak musician rockers gempak yang lahir antaranya Alice in Chains, The Blood Brothers (woohoo fave!), Jimi Hendrix, Nirvana, Pearl Jam etc . Harus lah menerjah EMP Museum sebab kat sini lah tempat untuk kau mentelaah tentang musik, sci fi dan pop culture. Aku rasa setengah hari mau kat sini je kot..dah la admission cuma $20 sorang. Murah kan!

 Rekabentuk musium jee dah gempak gile!

Nak bergambar kenangan kat guitar sculpture ni.. Bilakahh?? Ohh! *tengok tabung

Then, kita gerak ke Portland. Ada apa kat sini? Aku pun taktau...belum ngaji lagi tempat ni. HEHE.


San Fransisco pulak kita round naik trolley car macam gini haa....


Pastu amik nafas jap sambil layan view Golden Gate bridge



Los Angeles - Where do I even begin? Selain all those obvious tourist attraction which I'm not going into the details here (tapi konfem nak kena pegi gak mana-mana yang oke!),  aku nak sangat sangat SANGAT duduk menumpang atau drive muscle car. Walaupun ketika ni, aku bodoh drive kereta...hahaha demi muscle car camgini sanggup jeee aku blajar drive balik!! Tu la antara sebab aku tak drive sebab aku tak ghairah tengok kete zaman sekarang. Taste aku either mahal gila macam Lamborghini sebab cun habis atau muscle car yang bad ass habis ni. Sudahnya naik public transport sajoh! Heheheh!


Aku riki ada jee perkhidmatan car rental muscle cars kat LA ni tapi bapak mahal gilo! Sedar dengan kekurangan diri, kita langkah masuk ke musium je la.

Petersen Automative Museum. Harga masuk $15 je 

Kalau route yang aku mention tu dapat aku korner baring skit..aku nak melencong kat Philadelphia sat. Ada apa? Saje amik angin! Alang-alang dah sampai US kaaan...

           Dapat la posing macam Rocky kalau sampai depan entrance Philadelphia Museum of Arts

Lepas berlakon berlari-lari anak panjat tangga-tangga macam pakcik Rocky ni, tentu lah perut lapor kan! Dalam banyak-banyak american food aku tengok kat TLC tu, aku teringin benar nak rasa Philly Cheese Steak Sandwich.


Yang halal dan dapat review bagus ialah Saad's Halal Restaurant kat Walnut Street. Boleh baca sini reviewnya

Akhir sekali, kalau dapat aku kelepet lagi route tu tadi..dan kalau kena dengan timingnya, aku nak singgah Austin. Apa guna pergi US kalau tak riki gigs or concert band kegemaran! Kalau laa band kegemaran aku semua berkumpul kat South by Southwest which is held every year kat Austin, alangkah indahnya! Tapi harga tiket tak indah sangat ah. After convert duit ke RM, ribu-ribu lemon woo!

Kalau takpun, aku buru salah satu lah....
Antara The Black Keys atau Iron & Wine punya gigs..


House by the sea - Iron & Wine



Tighten up - The Black Keys

Ini barulah inzal!! *pinjam vocab blog Meng

Dan kalau dapat aku menggilekan lagi route ni, ini memang terbang tinggi tahap kalau jatuh, takde sape sambut kau tau Nana. suma lari sebab kau gilakk!~.......-  ialah menyaksikan Aurora Borealis di Alaska *pitam tak!

Katanya bulan Mac & September paling sesuai tengok fenomena cahaya ni. Ada ke rezeki aku ni?

We all can hate US for what it is, but I must say I am thankful for their music & pop culture. Kalau tanye priority, aku letak Aurora Borealis number pertama. Kedua the rock & roll action. Ketiga yang lain-lain. HAHAHAHA. Tak salah kan berangan. Free je pun. Cuma malam ni bawak dalam mimpi gak lahhh...!

Sekian. Happy weekend!
ZZZZ...~

*gambar sumber Google