Jom Bali - Barong Dance di Batu Bulan


Hari kedua di Bali, aku rasa seronok nak tengok the only dance yang aku rasa worth it to watch. Aku kansel Uluwatu & Kecak dance sebab orang kata Uluwatu banyak monyet. Aku kan hate dogs&cats&monkeys as well, so aku skipped Uluwatu. In fact, aku paling fobia monyet la sebab ada memories tak bes pasal monyet yang penah terjadi. Kalau aku takleh protect diri dan rasa helpless dan terrified around monkeys, manakan boleh aku pergi ke sana dengan anak aku. Laaaagi baik, skipped sajoh~

Barong dance ni bukanlah dance je tapi more to musical theater la. Agak entertaining! Pada aku, nak tengok kebudayaan orang antara cara yang best ialah tengok tarian mereka. Barong dance yang aku pergi ni kat Kg. Batu Bulan, ada entrance fees dalam 80k or 100k .. tak ingat laa. Sampai seawal jam 9 pagi nih...sebab Pak Ujang kata kalau lambat nanti seat penuh. Time kami sampai memang lengang lagi, sempat bergambar dengan penarinya. Masuk-masuk pun aman jee pilih tempat duduk. 15 min lepastu, tetibe jee ramai orang datang~!



Diselitnya bunga kat setiap perempuan dan kami pun bergambar dengan penarinya.



Pemusik yang sempoi berkemban jee~


bace la kalau dapat

Nasib baik ada risalah yang menceritakan kisah Barong dance ni. Kalau takde ni, memang boring dan ternganga la nak paham hehe~

Wokey. Memang aku tahu cerita dia macam tak masuk akal. Hehe. Apekata aku propa"GANDA" kan kisah ni jadi lebih entertaining yaaa. Mwehehe..



 Kedatangan Barong




Barong tengah lepak di dalam hutan yang lebat bersama Kera



Pastu muncul tiga orang tengah nak buat tuak dalam hutan. Bergaduh plak dorang dengan Barong & si Kera.

Sebab apa bergado pun tak tahula. Tak sharing tuak kot?



Then muncul penari-penari ni. Mereka ni pengikut Rangda dan tengah cari pengikut Dewa Kunti . Untuk apa cari pengikut Dewa Kunti?  Ade lettteww...~  evil mission

Mampu kau scout musuh sambil menari inang?



Pengikut Dewa Kunti pun tiba...


Alih-alih pengikut Rangda yang penari chantek tadi bertukar....
ZASTT!!
Menjadi shaitonirrajim iaitu Rangda
Dan dimasukkan roh jahat kedalam pengikut Dewa Kunti.



Ini menyebabkan mereka jadi marah tak tentu hala sebab dah dirasuk dengan roh jahat.



Muncul la Dewa Kunti. Dah nama pun dewa, mesti la caring maring kan...
Dia bimbangkan keselamatan pengikutnya sampai sanggup dia serahkan anaknya, Sadewa kepada Rangda sebagai korban.

*caring maring tak bertempat!



Sebenarnya Dewa Kunti tu pun tak sanggup nak korbankan anak dia tapi dia pun dah dimasuki roh jahat yang menyebabkan dia buat keputusan mengong sebegituh ropaahh..!




Tetap berniat untuk buang Sadewa untuk dikorbankan, hasik cucuk jarum si Rangda la ni



Tarik dia ke arah pokok...nyiahahahahaha~!!



Mak dah kene ikat, noks. 


Tunggu jee laa nasib kau bila si Rangda datang nanti...



Turun la pulak Dewa Siwa dan memberikan IMMORTALITY kepada Sadewa.

Persoalan..
nak layan Immortality Celine Dion atau Immortality Pearl Jam?

Immortality
I make my journey through eternity
I keep the memory of you and me 
Inside  
- Celion Dion

Macam TAK SESUAI LIRIK ITEEWW..


But there's a trapdoor in the sun...immortality...
As privileged as a whore...victims in demand for public show
Swept out through the cracks beneath the door
Holier than thou, how?
Surrendered...executed anyhow
Scrawl dissolved, cigar box on the floor...
A truant finds home...and a wish to hold on too...
He saw the trapdoor in the sun...
Immortality...
I cannot stop the thought...i'm running in the dark...
Coming up a which way sign...all good truants must decide...
Oh, stripped and sold, mom...auctioned forearm...
And whiskers in the sink...
Truants move on...cannot stay long
Some die just to live...  
- Pearl Jam

Ini baru MASUKKK.



Datang berdiri tegak itu ialah Rangda. Dia tak tahu Sadewa telah diberi immortality oleh Dewa Siwa.
Jadi, dia datang feeling-feeling zionis rakus nak membunuh



Rangda dengan brutalnya membunuh dan mengoyak-ngoyak Sadewa. Minah tu rileks jee tak cedera sikit pun.



Rangda dah surrender lalu mohon kat Sadewa agar dia diselamatkan dan dimasukkan ke syurga.
Ada fikir syurga jugak si setan ni...



Sadewa pun memenuhi permintaan terakhir Rangda. He died and went to heaven..

Heaven, heaven oh heaven can't you help me
I'm giving my love for eternity
Heaven oh heaven can't you help me
I'm down on my knees please help me
- Nu Flavor


*aku macam membayangkan Rangda nyanyi lagu ni dengan rambut ghope mop besar atas kepala tu!! tergelak sendiri.bwahahahah!


Pengikut Rangda, Kalika si minah baju putih tu minta diselamatkan juga
Tapi Sadewa say "fcuk no. one person per entry nyah hey~!"
Kalika sentap!!

Kalika tak mampu handle rejection lalu bergaduh la dia dengan Sadewa.
Dia berubah menjadi babi hutan untuk berlawan dengan Sadewa.

Persoalan, hebat ke jadi babi noks??
Disebabkan keputusan kurang bijak tu, dia pun kalah dengan Sadewa.






Babak tiga sekawan ni aku tak paham kaitan dorang dengan cerita ni. Dorang bergaduh dengan kera pastuh dibunuhnya kera tu dan amik usus dia. Yang tali panjang tu usus la dorang dok main tali skipping. hehehe.

Dalam banyak-banyak watak hodoh & buruk dalam cerita ni, aku bole takut dengan midget tu.
Taktau apesal ntah. Lincah bebeno.




Kalika datang lagiiii...kali ni jadi burung nak lawan dengan Sadewa. Bajet bleh menang la bila jadi burung?? Memang kalah aaa beb!




Last sekali dia transform jadi Rangda. Disebabkan saktinya Randa ni, Sadewa had a hard time to kill her off gitteww..




Cak cak! Tak dapat bunuh saye! - Rangda berkata
Sadewa bengang tak terkata.



Lalu Sadewa transform jadi Barong untuk lawan dengan Rangda. Baru la fight!



Pertarungan Barong & Rangda simbolik kepada Kebaikan vs Kejahatan yang everlasting.
Pastu muncul pengikut Barong bersenjatakan keris untuk backup Barong

*keris ialah keris sebenar lagi asli


ATTAAAAAAAAACK~!




Hero last yang tinggal. Tapi tumpas jua.
Semua tak dapat lawan kesaktian Rangda jelmaan ni.



Semua bergelimpangan lalu datang si Barong.
Nampak tak orang tua baju putih tu?
Dia dok standby dengan air holy dia since dorang ni fight dengan Rangda lagi.
Aku rasa acting lawan-lawan dengan keris tadi jadi real sebab masing-masing dah dirasuk dengan spirit-spirit derr...




Bangkit lah semua pemuda ni. Time ni semua jadi kebal.




Cucuk keris tak lut wehh..
Orang tua putih dan makcik putih tu sibuk berasap dan percik air holy dorang...


Mamat ni paling ekstrem...



Masih dirasuk..



Tamat! Semua sedang dipulihkan dengan air suci...



Bergambar dengan Barong!
GOOD TRUMPS EVIL
Who doesn't love that kinda story? :D

Aku tanye Pak Ujang, kisah Barong ni kisah berkaitan dengan agama dorang atau cerita mitos je?
Macam agama kita kan ada kisah nabi, rasul etc...
Aku bajet macam tu..
Tapi rupenye ni kisah mitos je...takde kaitan dengan agama.

Dia cakap lagi, semua yang terlibat tu sebelum show ada ritual kena jalani sebelum lakonkan cerita ni, dan memang standby "orang pandai" untuk handle spirit-spirit ni.

Kesimpulan, Barong dance memang seronok dan harus tonton deh! :D


Jom Bali Linkie:

JOM BALI - BAJET, JADUAL & KAMANDHANI COTTAGE

JOM BALI: UBUD MARKET, TANAH LOT & JIMBARAN

JOM BALI - BARONG DANCE DI BATU BULAN

JOM BALI - GALERI, TEGALLALANG, BATUR & TIRTA EMPUL

JOM BALI - BERBASIKAL KE PERKAMPUNGAN BALI

JOM BALI - SUKAWATI, KRISHNA DAN AYAM BAKAR WONG SOLO