Backpacking ke Yogyakarta - Selongkar Jogja Habis-Habisan!



Hari ni hari ketiga di tanah Jogja. Batuk masih tegar malah macam nak teruk lagi ade la. Tapi tetap memakan makanan pedas dan mengopi. Biasalah, orang degil~ wuwuwuw


Breakfast like a Java King
Travel

Pak Yanto agak kelewatan untuk ambil kami haritu. Menunggu macam nak rak kat depan minimart tu. Berbotol-botol ayaq kami minum...padahal pagi neh. Cuaca memang panas terbaik ah.


Sempat jenjalan tengok tour agency, untuk kepastian terakhir kali tentang status sold outnya tiket teater Ramayana. 
Memang sold out der. Takde rejeki kita....

Pasal ape kami excited terpacak awal-awal kat depan hotel...
Sebab agenda paginya mahu ke Pasar Beringharjo!
Orang kata barang kat situ murah lagi...
Sooo, why the hell are we still here???!

Pakkkk Yaaaaaaaantooooo~!

*TING!
*datang van biru

At last Pak Yanto sampai. Dibawanya air rebusan daun sireh merah seperti dijanjikan, katanya wife dia yang rebuskan. Dia suruh minum sikit-sikit bila datang rasa gatal kat tekak. Rasa dia, pahit ya amat! Bercinta aku nak minum depan dia! Nak jaga hati, minum jugak la. Tapi at the end of the day, memang kurang lah batuk-batuk tu. Terima kasih Pak ! :)

Aku suka snap ganba mural kat Jogja ni.
Layankan...~







Hooyeaaa! Dah sampai! 
Ikat tali kasut kemas-kemas
Handbag di posisi terbaik
Brush up your Indonesian slang

Release the beast~! 
* heee


Busy gile area ni okey!


Banyak masak kak?~


Huru hara weh. Orang sini memang BEAST. Pagi-pagi dah menshopping bebaju!

Tu posisi beg terbaik kalau pegi sini. Kalau tak nanti dicopek ya!

Berkenan sangat dengan yang merah tu!

Kasik korang jamu mata sikit la supaya korang tahu barangan jenis apa yang ada kat market ni. Rata-rata banyak clothing la. Batik Jogja sememangnya menarik. Aku bukan jenis suka pakai batik sangat pun. Pemakaian batik aku sekadar kaftan untuk tidor beli kat Terengganu hehe!

Lazada Malaysia

Tapi since aku kat Jogja ni aku perasan motif batik dorang jauh beza dari kita. Dorang pandai buatkan ianya nampak hip, commercial dan modern. Motif dia bukan bunga-bungaan boring dan lame macam terengganu punye batik *sorry ya* sebaliknya ianya new & refreshing. Pendek kata, boleh bawak ke majlis tanpa rasa malu dan kedesaan uols.












Akak tu jeling aku amik ganbo kedai dia..hee



Besar tau market ni! Ni bahagian blakang market...tak sempat nak tengok

Macam cantek jekkk...macam canteeek jee~ *awek legoland

 Meh aku belanja lagi gambar bebaju hihihi~









OK naaa!
Bergerak ke arah cahaya ya kawan-kawan. Kita mau gerak ke tempat lain ni!
Rupiah sukses dicapapkan disini.
Aku beli gak kain batik merah tu.
Buat dress hihi! :)


Macam sedap jeee...macam sedap jewww *awek legoland minta penampa

Seterusnya acara tengok kedai silver. Sebab ada sorang member, bapa dia pesan nak cincin batu. Gituh uols demandnya. Batu delima ke ape ntah la. Pak Yanto kata kalau yang real memang mahal, tapi ada jenis murah...orang Madura ada jual. There is also some in these kinda shops. So kita turuti je la. Alang-alang boleh tengok orang bertukang.



Aaa...kan dah nampak! Masuk jek, nampak staff mereka tengah menghasilkan pelbagai aksesori silver.






Dorang memang best dan sporting jawab pertanyaan kami siap mendemokan cara buat one of the component of the brooch. Rasanya banyak gak kami tanya dan dapat info tapi nak menaip sini maksalahnya dah LUPA. Maklumla benda lima kurun yang lepas!! :P


Belanja korang gambar je la. Silaaa~



Keluar tanpa buat apa-apa pembelian.
Fuhh, nasib baik aku ni jenis tak minat barang kemas.
Hehe.

Aku minta Pak Yanto pusing-pusing Kota Gede, dia tunjuk market jap then tanya nak ke kedai coklat tak. Dia kata kalau tak singgah nanti balik Malaysia terkenang-kenang penuh sesalan pulak. Ayooo pandai dia pyscho kan kita. Aku memang dah nampak coklat ni kat Malioboro tapi time tu duit dah habes. Heee.

Mari lah ke kedai Coklat Monggo.


Harus la aku beli yang rare punye! RED CHILLI!







Macam-macam coklat ada, tapi aku sambar jenis cili & dark choco! Dark choco tu dah perabis time tu jugak semasa dorang sibuk-sibuk pilih coklat. Pilih coklat macam pilih baju daa..~


Pak Yanto tak lupa akan request aku untuk dapatkan Bakpia Jogja yang terbest sekali. Dia bawakkan kami ke kedai ni, memang banyak food souvenir yang boleh di bawak balik ke Malaysia.

Huru hara gak bisnes kedai ni

Kalau tak beli cokelet tadi, dah aku beli yang ini~

Jogja pun ada dodol...

Entah apa la ni. Ikan masin ke?



Geli tak?

After browsing through some of normal & weird things, finally jumpa Bakpia 

Sweet and nice Bakpia  untuk dibawa pulang ke Malaysia

Lunch pada hari itu ialah ikan bawal bakar, restorennya tak jauh dari tempat market jual bakpia ni. Ni pun ok la...not bad. Lepas makan & solat, kami teruskan perjalanan ke Prambanan.



Selamat datang! Sayang sikit sebab kami sampai agak kepetangan, so cuaca kurang panas, kurang menyerlah untuk menghasilkan gambar yang awesome.




Begini lah Prambanan dari jauh. Memang nampak eksotik dan gah kan?


Acara berjalan-jalan sambil mengambil gambar pun bermula. Time ni la menyesal lagi apsal laaa aku tak beli wide lens. Boring betul. ~







Pastu kami nampak ada satu temple tu orang tengah queue dengan gigih sekali. Jadi kami pun takmo ketinggalan noks! Ayoh gigih beratur!~





Time beboring berator snap selfie sekepingdua hee~

Akhirnya tiba giliran kami untuk masuk. Ada kuota untuk masuk pada satu kali hanya 50 orang dan maksimum 15 minit je untuk melawat Shiva temple ni.  15 minit tu tak cukup la macam kami yang nak dok selidik setiap carvings belom campur pose-pose cantik lagiii.



Aaaa..part ni aku suka. Carvings on the wall! Sini punye lagi intricate dan padat. 

Beramas mesra?

What a scene. Mesti ada 1001 cerita disebalik ni.




That's all for Shiva. 


Petang pun semakin mandom sebab ada awan mendung berarak dan takmo pergi-pergi. Gambar aku pon dah kelam jee ni. Memang tak puas hati bab ni. Patutnya pegi Prambanan seawal pagi :(
Takpe la wahai hati, mungkin ada episod repeat? 













Minah saleh dikerumuni locals untuk bergambar. Penat dia melayan sebab aku tengok dia jalan je dua tiga step ada orang nak bergambar. 

Gitoo lah siri jelajah Tanah Jogja kami. Malam tu balik hotel sempat ke Malioboro lagi, tapi balik jee dari situ aku terus flat. Almaklumla tahan diri dari sakitbatukbagai, trying to appear cool dan ceria sepanjang trip ni. Malam tu memang penghabisan pengkaveran aku. Flat koma tak sempat mandi pun sampai la aku terjaga jam tiga pagi. Mandi jap pastu sambung tido balik. Begitu la aku, sakit-sakit tolak tepi, asalkan enjoy.

Esoknya cuma aku & wawa je flight balik KL pagi, yang lain flight petang. We bid goodbye dan ada juga tuuu perancangan travel baru bersama-sama. We'll see lah if it can be realised :)

Kesimpulan tentang Yogyakarta?

CENGGINI HAAA~!


on repeat? mungkin. sebab : 
 1. terkilan tak dapat tengok parangtritis sianghari.  
 2. actually pantai indrayanti pun not bad, tak sempat nak cover ni. 
 3. Gua Jomblang yang ada "heavenly light" tu!
 4. Aku tak sempat lepak Alun-Alun Kidul where all the locals meet! huhuhuk~ 
 5. Tak dapat tengok Ramayana or any of cultural dances. Keciwaaa 
 6. Pak Yanto kata kalau sempat dia bawakkan ke tempat pembuatan jamu, tapi tentu lah tak sempat jee kan! So, aku teringin nak tengok macam mana dorang buat jamu if repeat Jogja neh! 
7. Pantai Depok yang mempunyai seafood murah katernye! 
8. Cuaca di Prambanan yang sendu

Haa..8 points ni. Acaner ni. Memang kene repeat ni. Tapi maybe kali ni berdua-bertiga ker sebab bole lama-lama sikit kat sesuatu tempat. 

MMMkayy! Blur dah. Baru balik Singapore actually. Kepala menerawang kat jelly fish cantik gile kat S.E.A Aquarium. Looks soooo magical.  

Nak tengok ke? 

Nah ~ belanje gambar sekeping! Nak tunggu entry Singapore USS+S.E.A Aquarium pun makan abad gak neh. Hee~




Backpacking ke Yogyakarta - Itinerary & Kos
Backpacking ke Yogyakarta - Cerita Mistik Roro Kidul
Backpacking ke Yogyakarta - Selongkar Jogja Habis-Habisan!