Membeli-belah Laju-laju di Bandung - Finale



Mampu letak "finale" ye di tajuk entry, padahal setakat Bandung je. 
Kat mana lagi nak berpoyo kalau tak di blog sendiri kan...
Hee~

Seawal pagi kami repeat Pasar Baru, kami antara terawal yang tunggu shutter bukak. Aku dah diresapi semangat Becky Bloomwood (siapa baca buku Confessions of a Shopaholic! Angkat Tangan!), malam sebelumnya cucuk ATM mengeluarkan wang gaji baru masyuk hot-hot heat dalam tangan. Dalam kepala dah berstrategi nak beli apa lepas bertafakur kejap tengok barangan dibeli kat hotel malam sebelumnya. 

Yesss shutter dah bukak! Bergegas aku. Solo.

Meninggalkan kaum kerabat di belakang.

Travel

Dengan mengusung beg besar untuk sumbat segala pembelian.
Berdebar bila nampak baju cantik
Teruja kalau dapat harga murah
Berpeluh harung laluan kecil kekedai ittew.

Lantas...tiada foto langsung kat Pasar Baru dihari tu. heee 
Kakak tengah fokus dik.


Setengah hari rasanya di Pasar Baru, dah puas mencapapkan rupiah disitu, lalu kami pergi ke Cibaduyut






Sikit je gambar Cibaduyut. Apa yang dapat aku cakap pasal tempat ni ialah ianya port barangan leather dari kekasut, beg dan jejaket yang ensem banget. Kasut sini lagi meleleh aku tengok dari FO yang ntah ape ape tu tapi malang betul takde saiz aku. Orang kaki kecik untung lew..



Santapan tengah hari yang menyelerakan walaupun agak was-was nak makan nasi padang time lewat cenggini (pukul 3 or 4 petang masetu) sebab takutkan cerryberry hasil lauk recycle. Alhamdulillah la takde apa apa.




Tak lengkap trip Bandung kalau tak berkunjung ke Kartika Sari. Specialtynya mestilah kek brownies yang bermacam-macam tu!





Selain kek brownies, yang best kat sini ialah cheese stick depa. Guna cheese gouda beb. Memang terbaik!


Last day kami esok harinya. Puas hati dan rasa seronok lak jenjalan kat Indonesia ni! :)





Nak tengok beg beranak tak?

Tadaaa!!~


Satu beg jadi ber-begbeg. 


Trip ni buat aku rasa Indonesia ni best lah. Buka mata aku dari banyak sudut. Jangan ingat aku dok layan watak shoppaholic je kat sana. Aku pun turut perhati orang dan sekeliling jugak tau. hehe. Antaranya aku dapati orang Indonesia ni sebenarnya sangat lembut tutur bahasanya. Mungkin sinetron yang dilambakkan kat negara kita ni jenis buat aku rasa bahasa dia kasar (nak nak pula cerita jenis hasad dengki bagai) tapi serius dorang lebih berbudi bicara dari kita. Even kat toll pun dia sapa orang toll tu sambil kata " ngak apa-apa mbakk, ya udah ya" suruh orang toll tu keep the change. I mean, they don't have problem talking nicely to stranger. 

Bandung punya trafik jam pun boleh tahan puakanya. Tapi tak sekali pun aku dengar supir aku memaki orang atau pun ada ternampak sesiapa turunkan tingkap maki / ancung jari tengah /  buat tangan "apedaa!"  Serious penyabar gile. Supir aku pun cakap nak buat macam mana, memang kena sabar je la...kalau tak sabar semua orang akan susah sebab jalan memang kecik. Tempat parking kete dorang ya Allah jangankan double parking tapi triplemipletrupletsdruplets lagi tapi ade orang nak marah? nak maki? takde ok! bertolak ansur sangat. ada orang jaga tempat parking and they make sure that place running smoothly. 

Lazada Malaysia

Perasaan tak selamat dan sebagainya tu pun hilang gak sebab realitinya mereka macam kita je...keluar rumah setiap hari cari sesuap nasi walau sucks cemana pun pekerjaan tu. 

Jaga jalan. Jaga parking. Menjual gorengan. Jadi buskers. Menjual souvenir. and life goes on..~


Top five apesal Bandung best :


1. Pasar Baru!! Syurga shopaholic comes trueeee~




2. Punyai cafe-cafe yang sweet comel


Tokyo Connection. Breakfast japanese food! FAVEEE sgt. Pulak tu lelagu layan jazz. Mana nak dapat tempat romantik macam ni pepagi layan breakfast??





Giggle Box. Kat sini bole people watching Bandung people yang hipster, yang fashionista, yang hijabista. A very happening crowd!

 





 3. Food Specialty Bandung yang dapat dikenalpasti: GORENGAN TAUHU & TEMPE, KEREPEK SINGKONG, KEREPEK TAUHU dan LUMPIA. Benda ni memang aim je bila 2nd visit kelak!


Makan dengan cili padi baru lah taiko!


Bakso. Memang lain ah dari kat KL. Of course situnyer lagi power @ Sangrai Cafe 



Buahan yang manis @ Tangkuban Perahu

Nasi kat Kg Daun yang ada ikan masin, petai, cili padi. Terbaik!

Nasi bontot bakar. With jus alpukat  @ foodcourt Pasar Baru

4. Cuaca yang nyaman jee. Peluh peluh dingin je uols. 

5. People watching. Ni lah tempatnya kalau nak tengok orang Indo yang keren...~


Bandung menjadi titik pemulaan aku untuk terus kenali Indonesia :)
Destinasi seterusnya, Yogjakarta.


Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Day 1
Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Day 2
Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Day 3
Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Finale

5 comments:

  1. Terpaksa pg bandung kalo mcm ni. :)

    ReplyDelete
  2. sis habis berapa ribu (rm) ye dekat bandung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmm...saya rasa dekat 2K agaknya lah. Dah lama ... rusty memory :)

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete