Membeli-belah laju-laju di Bandung - Day 3

Fuhh lama betul nak sambung entry ni! Dalam masa tu banyak cerita tertunggak : Yogyakarta, Perhentian Besar, Bali and coming soon Singapore. Abis le aku nak menqada' cerita ni semua. Aku buat secara santai je la eh sementara memori masih suam suam ni. Aku cerita kat sini pun sebagai catatan peribadi aku gak kot-kot la nak pergi lagi in future kelak, boleh refer kat blog sendiri. Hehe. Apa-apain..eh, apa-apapun...Bandung di hari ketiga ni kami layan Ibu Alam Sekitar yakni MotherNature je donk! Boleh tahan best la, kalau kepala dah cramp tengok bebaju~



Gerimis di Tangkuban Perahu...gitu tajuk kecilnya~ siap siap lah bawak jaket sebab tempat tu memang sejuk dan angin kuat sikit.


Admission fee Tangkuban Perahu





Cantik kan? Tapi baunya, BUSUK. Sebab bau sulfur donk!



Lazada Malaysia

Di laluan kedai-kedai ni la kami terserempak dengan penjual buah strawberry, blackberry, raspberry cuma tepon blackberry jee depa tak jual. Dah dia lalu dan hadapkan kat muka kita banyak kali, tanpa berkata banyak terus sambar je sebab dia bagi test rasa..manis gile weh. 




Dua buah ni memang sedap dan marvelous. Walopon adik aku cakap kekadang dia rendam dengan air gula/sirap untuk maniskan buah...aku tak peduli~! asalkan manis sedap sweet~

OK listen listen listen. 
Ada tips kalau berkunjung ke Tangkuban Perahu ni kalau korang nak elakkan jadi "SELEBRITI" kat sana...

1. Kalau didatangi oleh penjual-penjual, avoid eye contact!
2. Avoid pegang-pegang barang mereka
3. Buat muka sardin
4. Diam tak perlu kata apa-apa
5. Jalan jee menonong

Kalau korang memang berniat tak nak beli barangan dari dorang ni, dinasihatkan buat langkah diatas. Kalau korang pandang jee or bercakap or pegang barangan dorang, abes le! Semua akan serbu korang umpama retis uols! Susah dowh nak bergerak..~

Amalkan tips diatas Insyaallah tak diganggu :)


Dalam perjalanan balik, pelis singgah Tahu Susu Lembang ni. Enak bangetttt~!


Lagi bes makan dengan sebiji cili padi kau cucuk je kat tahu tu umpama candle birthday cake. Hehe. Meletop dalam mulot! *cili padi memang disediakan untuk tujuan tersebot*


Lunchtime! Mana lagi kalau tak Kg Daun, memang aku dah aim nasi yang ada petai tu sejak dari Mesia lagi~


Sekitar Kg Daun, Bandung

Dapat pondok ni, suke~












Pisang Cheese. Nape orang mesia tak terfikir buat hidangan macam ni? Tak segan-segan dia taruk cheese. Macam ni la *thumbs up*

Tahu yang ada inti, tatau apa nama. Seingat aku, sedap je. 

Tu la! Mintak lagi air pepelik. Kan dah ada rumpai laut dalam ini air! Ayoyoi!


Seterusnya, saksikanlah hidangan nasi-nasi yang berposing ghairah khas untuk kamu yang sedang kelaparan :)






Teringin nak cuba tapi perut full bangettt~

Lepas half day ber'bonding' dengan Mother Nature, kita teruskan nawaitu asal iaitu shopping dan shopping lagi.

Kasut kat Donatello ni pun tak la lawa mana, sumpah boring tengok kasut kat Bandung ni. Ni orang lain punye barangan shopping

Singgah Toko Tiga pula...

Pun boring tahap gaban. So disappointing~

Jalan-jalan carik perfume pulak...lama kami kat sini dok belek dan pilih-pilih nak perfume apa. Abang-abang ni pakar dalam bidang perfume. Ada customer datang bawak perfume dia...she gave the perfume to him...he took a whiff of smell...then dia campor sana campor sini dapat la bau sebijik macam customer tu nak. Otai in da house! Paling otai yang baju biru tu, sebab isap rokok sambil bekerja, while handling these chemical stuff, gila ah dindonkk~



Ni stok untuk setahun. Setiap hari berwangi-wangi~ 

Malam dah tak tahu nak pergi mana, so just took a stroll at this mall, sambil mendinner






Anak layan arked sampai lebam. Hihi.

Besok melayan nafsu serakah lagi di Pasar Baru. Oh no! haruskah aku mengimbau kembali perasaan teruja dan puas mendapat barangan baru dengan harga yang bes? Okeh akan ku imbauinyapunnn di next entry :D


Travel

Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Day 1
Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Day 2
Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Day 3
Membeli-belah Laju-laju di Bandung -  Finale


4 comments:

  1. ayoyoiii ada orang yang CARE
    hehehe.
    Tenkiu Supermeng! :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete