Backpacking Ke Yogyakarta - Itinerary & Kos



Ntah bila ntah aku tetibe teringin benar nak pergi Yogjakarta, tapi takde kaki. So, aku ajak sesapa kat FB group Malaysian Backpacker Club. Aku just nak sorang pompan je, tapi hubby kata tak selamat..so dia suruh cari orang lagi baru lah dia izinkan aku pergi. Damn. Hasil ajakan kat FB group tu, aku dapat 10 orang nak ikut. Tetibe dah jadi macam rombongan Cik Kiah kheenss. Last minute ada dua orang tarik diri.



Aku lega gak sebenarnya sebab aku actually nak small group.
Big group nanti tunggu lah aku bukak travel agency ye! Hehe.



Lazada Malaysia

Since aku yang mengajak, aku pun plan itinerary beserta ambil kira cadangan dari ahlil backpackers yang lain. 

Dan jugak kami bergerak secara jemaah ni, adalah baiknya hire supir je supaya takde sape yang ketinggalan bus/becak/kene tinggal trusss. hehe.

Ni itinerary kami:

9 May: Semua tunggu di Marrybrown @ 7 AM. Berkumpul & breakfast yo!
: Flight pukul 9.45 AM 
: Touchdown pukul 11.20 AM
: Supir sedia menunggu dan dibawa ke Kraton, Taman Sari, lunch & check in hotel Gloria Amanda.
: malam - lepak Malioboro

10 May: Supir datang 8 pagi and take us to Candi Borobudur.
: Entrance: 190,000, tour guide 37,500
: Petang ke Mt Merapi & Pantai Parangtritis
: Malam- lepak Malioboro

11 May: Market Beringharjo dan Kota Gede smpi tengahari
: 1 PM ke Ratu Boko & Candi Prambanan + buffet dinner + Ramayana teater (IDR 250,000) 

12 May : Acara bebas. Departure.


Ni pulak kos per person in RM:

Hotel 4 days 3 nights inc breakfast = 163
Supir/kerete/petrol utk 3 hari = 66
Entrance borobudur = 60 + 1 (tour guide)
Entrance prambanan = 53 + 3 (tour guide)
Buffet dinner + ramayana teater = 84
Teksi airport (departure) = 16
Airport tax = 31

TOTAL = 477


Ok la tu kheenss. Tapi terkilan sikit sebab tiket Ramayana dah abes, tinggal tiket mahal jee so kami ditch that plan. Duit lebihan dicapapkan untuk shopping! Ada seorang dua kaki shopping dalam trip ni, hehe tetibe tenggelam kat Malioboro tak timbul-timbul :D ngee!~

Oh ya, Ratu Boko pun tak sempat~ Skipped.


Hari kejadian yakni 9 May. Semua berkumpul di Marybrown. Ni semua first time berjumpa ni, memang gila aku ni pergi travel dengan orang-orang yang tak kenal. Before that aku create fb group khas untuk trip ni so boleh discuss-discuss dan warm up ah skit. Hehe. Alhamdullilah yang pergi ni suma otak bes, tak banyak ragam.

Ahlil backpackers terdiri dari 3 chicks from JB, 5 lagi sekitar KL. Thanks korang sebab menjayakan trip ni : Aleez, Siti, Aidil, Farhana, Fiz, Wawa & Nunu~!

However, ada drama sikit terjadi kat airport. Ada member tu tiketnya tak diterima oleh staff AA sebab terkoyak so mereka berlari le check in dan print balik tiket tu. Pastu tambah malang time scan bag tu, lotion tak lepas. Kami dah lama lepas siap dah masuk airplane ni tapi dua orang member ni tak nampak-nampak batang idong. Aku lak dah berkira-kira kalau dua orang ni tak jadi naik trip ni, meningkat lah kos semua orang *gile kalkulatif

Travel

Nasib baik le dorang dapat naik airplane tu! Sebab plane pun lambat gerak nak isi minyak bagai.

Fuhh. Cost still in control *kalkulatif lagi

Drama sebelum trip pun ada gak. Ada sorang member ni quite young dan parents agak skeptikal nak bagi lepas bertravel dengan 1. orang yang tak dikenali macam kami suma ni hahah 2. ke indonesia yang orang kita dengar macam-macam kan...

Aku ni siap console mak dia kat tepon lagi. Bapak dia siap mai kat airport teman anak dia...alhamdullilah parents dia ok bagi green light.

Semua yang pergi ni muslimah muka suci murni jadi jangan risau pakcik~ *dalam hati

 gegegege...~

Setiap kali naik plane mesti pilih dekat dengan wing :D

Ahlil backpackers gonna rock Jogja

 Berlumba ke Kraton


Supir tunggu kat aiport. Flight lambat take off so sampai Jogja pun lambat lah. Supir kata Kraton tutup pukul dua, apalagi bergegas la kiteorg!


Tunggu train melintas lak. Cepat sih gue udah kelewatan~!


Pak Heryanto, our supir. Orangnya banyak bercerita dan interesting 


Bayar entrance fee + camera fee

Kami ada lebih kurang 30 mins je kot untuk explore Kraton ni. Tetibe datang mbak yang offer jadi guide, so aku amik je dia sebab kalau datang tempat macam ni kena ada orang explain if not memang boring la tak tau apa-apa. Tujuan aku datang Jogja pun sebab nak tahu sejarah & culture...so letssgo~













Kraton ni banyak betul potret. Aku terhibur gak ditambah dengan penceritaan mbak tu tentang raja Jogja dan bini-bininya. Banyak gile bini setiap raja Jogja neh. Mereka ni suma Islam. Bini official memang lah empat, tapi unofficialnya baaaaanyak. Anak pun ramai gile weh, berpuluh-puluh. Ntah macam mana lah dia cam anak dia ek...

Salasilah kerabat raja Jogja



Ini ialah salah seorang daripada gazillions putera raja. Muka macam semacam kan? Sebab gambar ni dilukis time dia berkhatan, tu pasal macam cuak/sakit/semacam. 

Dalam banyak-banyak potret, potret budak ni buat aku tetibe terfikir, kalaulah aku sorang-sorang kat kraton ni waktu malam potret ni la yang mendatangkan spooky kat aku.




I am such a geek! Suka tengok persalinan baju dorang and watch how they posed for each potret. 
Epik.
Klasik.


Group pose!

Benda ni untuk angkat hantaran kahwin

Putera dan puteri keturunan raja Jogja

Tak kira putera atau puteri, mereka wajib mempersembahkan tarian kat raja everyday. Aku pelik raja suruh putera menari-nari baik asuh dorang ni seni mempertahankan diri ye tak. Aku tanya gak kat mbak tu. Dia cakap kesultanan raja jogja ni mementingkan kebudayaan katernyer.

Sempat aku tanya mbak tu, Kraton ni ada pantang larang dan angker tak. Dia cakap takda tapi Taman Sari tu ada penunggunya so kena jaga pantang larang lah ya...



Upacara lenggang perut kalau tak salah...

Persalinan putera

Di luar ada masjid Rotowijayan dan berderet kekedai. Tak shopping. Harus bergegas lagi. Ke Taman Sari kiter, ayoh~!!




Menuju Taman Sari



Bayar fees jugak ni..tak ingat brape. 



Daripada percakapan English berhabuk dari guide ni, ni bilik steamroom kalau tak salah...





Aku tak sure kolam yang besar kat atas tu or yang kecik ni, salah satu nya dijadikan mencarik jodoh untuk raja! Macam mana? Dia panggil perawan cantik-cantik untuk mandi kat kolam ni, mana yang dia berkenan dia bagi bunga, ajak naik menara tu. Acara seterusnya terpulang pada imaginasi memasing. Hahaha~





Pengantin arrived untuk wedding photoshoot

Mari pulang ke sarang. Sebelum ke sarang harus makan dulu ye dok! Pak Heryanto cadangkan Nasi Gudeg, specialty makanan Jogja. Adakah ianya sedap? Dari cerita Pak Yanto ni, Gudeg tu maksudnya nangka, dari dia cerita tu aku andaikan macam nangka masak lemak la. Okeh okeh pak, kami suka, sila sila bawak kami ~

*perut berkonserto dah sebenarnye...



Pak Yanto kata di sini nasi gudeg nya kurang manis, tu pasal dia bawa ke kedai Hj Bu Lies



Ada macam-macam set nasi gudeg ni. Aku amik apo pun tak ingat dah. Yang pentingnya, tempe lebih. Hehehee...


oke dah ingat! aku amek set telur, tahu & hati/pedal~ Lauk gudeg tu blakang tempe
Dapat nasi ni, belek-belek manalah nangkanya. Rupenye nangka dia dah hancur habis le sebab lauk tu dia masak berjam-jam woo. Dah tak ghope nangka dah. Ramai ahlil backpacker makan tak habis. Maybe tak menepati tekak kami. Ngee~ Tapi aku makan kan aje..

Kalau macam ni pak yanto kata kurang manis, kedai yang lain ntah macam mana la ye. Sebab begini pun kire manis ah pada aku. Tak selera sangat la lauk memanis neh..~

Then Pak Yanto tanye nak singgah kedai batik idak...
Boleh la pak..saje cuci mata..~







Memang tak ah stakat cuci mata kan! Terkeluar gak rupiah aku beli a few things here...

So, akhirnya check in hotel  di Jalan Sosrowijayan.

Hotel Gloria Amanda. Just nice for 8 of us :)
Sebab musabab pilih hotel ni sebab dekat gile dengan Jalan Malioboro yakni tempat paling happening kat Jogja ni sebab senang shopping and makan.


Ini lah kesibukan Jalan Malioboro..







Acara mengkhatam kekedai Malioboro pun bermula :D
First day kan...lemah skit penguasaan bahsa Indonesia. Langsung tak dapat diskaun pun t-shirt Jogja. Harga macam dah pakat-pakat je. 




Jalan-jalan carik dinner. Niat nak try makan kat lesehan.


Kami pilih yang ni :)




Boleh request lagu gitu. Sedap sore brader ni. Lepas nyanyi bagilah duit skit...hidup buskers!

Nasi goreng udang
Boring betol. Makan kat lesehan pun kene harga tinggi macam lebih kurang makan kt nasi gudeg tu. Pak Yanto cakap kalau orang luar dari Jogja jee dia caj mahal. Macam wife dia orang Jakarta, datang Jogja..makan bakso kena 10k padahal harga biasa 3-5k je. Orang mesia macam kami ni lagi lah dia up gile  :(


Lagi buskers menghiburkan orang ramai. 

Tak sempat merasa naik pedati ni

Hiburan malam hari. Dangdut anyone?


I like Yogyakarta so far!

Sambungan hari esok, kami cover Borobudur, Mount Merapi & Pantai Parangtritis :)
It was so FUN.
Ada cerita mistik pasal Roro Kidul diceritakan oleh Pak Yanto.
I like myth & legends!


Backpacking ke Yogyakarta - Itinerary & Kos
Backpacking ke Yogyakarta - Cerita Mistik Roro Kidul
Backpacking ke Yogyakarta - Selongkar Jogja Habis-Habisan!

6 comments:

  1. salam akak. ada contact number pak yanto x? bape kos supir sehari?

    ReplyDelete
  2. salam ! dik tengok link ni ya : http://nanatronreviews.blogspot.com/2014/08/ruangan-pertanyaan-pembaca.html ada number tepon pak yanto :D

    kos supir depends pada tempat awak nak pegi..

    happy travels ! :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak, macamana nak dapatkan supir? Thanks ��

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb


    ReplyDelete